:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

:: mari ikut saya ::

Tuesday, July 10, 2012

umar raihan : berpantang

assalamualaikum

bila dah czer ni, pantang tak sama macam orang lain.  orang lain syok lah boleh pakai bengkung semua.  tu yg paling aku aim kot dulu.  bila dah dibelah belah perut ni, hampa je nk pakai bengkung kan.  sobsss....

aku keluar ward hari ketiga.  hari keempat, aku dah start berurut dengan mak bidan.  aku urut 5 hari.  mak bidan tu just urut belakang badan, kaki, tangan jelah.  memang best.  perut memang dia tak usik.  plus dia tolong pakaikan aku param ng pilis tu semua.  umar raihan pun dia tolong mandikan. sbb masa tu mak aku tak berani lagi nk handle newborn.  lagipun masuk dalam pakej sehari rm30 yg dia mandikan anak tu.

menu berpantang.  lepas discharged tu je makan halia, lada hitam.  lepas dah nurse datang umah tengok umar raihan kena jaundice, dia suruh aku stop makan tu semua.  so makanan adalah dari unsur bawang putih, bawang merah je.  source utama adalah ikan haruan.  dekat 2 minggu kot makan ikan haruan fresh.  bekalan tak pernah putus.  sebabkan ikan haruan ni jugak suami aku dapat kawan baru iaitu ''kakak ikan''.  tu yg dia save dalam handphone dia.

alkisahnya, tengah dia mencari breakfast kt kedai yg selalu ktorg pergi dulu, dia saja tanya kt akak ni.  ''akak  tau tak kot kot ada orang jual ikan haruan...bla bla bla''.  bla bla bla tu dia cakap lah bini dia baru pas beranak, czer bagai.  akak tu ''laaa adik nk ikan haruan ke, anak akak selalu memancing ikan haruan kt sungai.  bla bla bla''.  bla bla bla tu akak tu mintak nombor phone suami aku.  lepas tu dia balik rumah tengok ada stock tak dalam fridge.  alhamdulillah, rezeki aku hari tu ada sekor.  dia siap bekalkan kt suami aku perencah buat sup - bawang putih, merah, halia, serbuk lada putih, serbuk sup.  hahah comel okay akak ni.  malangnya mak masak hari tu, tak guna pun bahan bahan yg diberi.  sebab nurse dah pesan kan.

so, bila ''kakak ikan'' call, barulah aku makan ikan haruan balik.   sebab skrg dah stop makan ikan haruan.  aku tiba tiba naik muak makan tu je.  suami aku pun dah tak cari stok lagi.  tp kalau akak tu call, ktorg beli gak lah.  sebab akak tu jual rm5 je sekor.  murah gila dah lah besar.

dah stop ikan haruan, suami aku beli pulak ikan kerisi dan ikan ikan lain.  ikan yg tak gatal.  tp kan, bila dh biasa makan ikan haruan, pastu telan ikan lain, tiba tiba mengaku ikan haruan the best!!  sebab ikan haruan isinya padat.  hahaha.
pun sama, mak buat sup je.  dalam sup tu, mak letak lah sawi ke, alfalfa ke.
hari lain pulak, mak beli daging.  haaa ni best.  daging masak kicap.  hoh...terbaik...!!
ayam aku tak berani nk makan banyak.  sebab takut gatal.  makan sebab nk merasa boleh lah.

jamu.  aku beli homemade jamu dari member office aku punya akak.  jamu jawa.  tu sekali dengan set param, piris.  jamu aku tak makan lagi.  yg best jamu ni, aku mintak dia masukkan dalam kapsul supaya aku senang nk telan.  haha.  apa kes jamu kampung masuk dalam kapsul kan.

masa makan.  pagi breakfast either milo, horlicks.  tp since umar punya jaundice tak hilang lagi, then aku pun gugel kt forum cakap kena stop minum milo, aku pun stop minum milo.  fakta dari mana tah, aku main ikut je sebab yelah anak sakit kan.  kang kena kt batang hidung sendiri, tau lah korang macam mana nk handle antara realiti dan fantasi.  eh apa aku tulis ni. hew hew.
minum tu sekali lah dengan roti sapu planta ke, jem strawbery ke.  biskut kering hup seng jangan dilupai.

horlicks bagi aku adalah milk booster yg simple lagi mengenyangkan.  memang rezeki umar raihan lah.

makan tengahari, nasi yg kadang kadang panas, kadang kadang sejuk.  aku hentam je malas nk tunggu dia panas dalam cooker.  tu kalau tinggal sorang sorang lah.  kalau weekend, confirm aku makan nasi panas.  hehe.  kadang kadang, nasi tu terbiar je sejuk atas meja.  sbab suami atau mak aku dah serve kan untuk aku, umar raihan nk susu pulak.  so anak didahulukan, perut belakang kira.

minum petang pun sama macam breakfast.

buah.  aku makan buah oren.  buah oren untuk sembuhkan luka.  memang stok banyak gila sunkist kt rumah ni.

sayur.  alfalfa pada aku memang terbukti membanyakkan susu.

air masak.  satu botol memang kena ada kt sebelah aku.  lepas menyusu memang confirm haus gila gila.  so senang nk capai.

bengkung.  since eena pun czer, memang aku banyak tanya dia lah kan.  dia cakap ada bengkung untuk czer.  leee mana aku tau kan.  yelah sapa je plan nk kena belah perut dia.  haha.  so masa tu lah aku baru nk gugel.  terjumpa yg mahal tu.  rm200+ kot.  hampir nk terbeli.  tp nasib baik tak jadi.  beli kt kedai yg jual nursing punya kelengkapan kt tesco melaka.  rm70 je.  memang selesa kalau pakai.  tp aku tak berani nk pakai lama lama sebab ntah lah, aku ni paranoid ingat bengkung tu akan telan luka, so luka akan pecah kt dalam.  haha. so aku pakai time bila nk keluar [g hospital, klinik], lepas mandi aku apply pati halia, then pakai bengkung dalam sejam dua je.  lagipun aku banyak bergerak, so tak maulah lasak sangat pakai bengkung tu, takut perut sakit.  perut aku still sakit sampai sekarang, tu yg tak berani.

set tanamera.  hari tu beli dengan nadya rm90 je instead of rm300+ kan.  cuma takde herba tea tak silap aku.  set ni banyak untuk external use je.  herba soap aku dah pakai.  feminine wash, scrub pun dah.  tinggal yg tak pakai lagi, herba bath ke apa tah.  haha.  mestilah macam takde masa.  atenya nenen kesayangan anak ada kt aku, mestilah aku risau tengah berendam dengan seronoknya, anak kt luar tengah kelaparan.  minyak kelapa dara dia syok.  minyak berurut bau best tp belum try lagi.  apa tah ada lagi dalam tu.  rugi jugak sebab dalam set tu ada bengkung.  cisss 2 bengkung tali dibiar begitu saja.

apa lagi ek nk cerita pantang aku ni...

aku rasa not bad pun pantang ni.  makan pun takdelah horror sangat kot.  aku agak culas gak.  tu pun dari segi pemakaian param pilis.  sebab bila pakai satu badan, mesti rumah aku berdebu.  so aku tak suka.  aku pakai sikit sikit je.
stokin pun takdelah 24 jam pakai.  tp bila tak pakai, kita dapat rasa badan kita camne.  kalau pakai, rasa selesa.  kalau tak pakai, haaa mendapatlah tulang tulang dlam tu rasa sengal je.  [cepat cepat sarung stokin]
sweater pun takdelah pakai.  time malam kalau sejuk aku pakailah.  lagipun rumah aku ni panas.  tak selesa kot.

ni je rasanya cerita berpantang aku yg tak seberapa ni.  aku lebihkan pada pantang makan.  apa yg mak aku cakap tak boleh makan, aku tak makanlah.  air sejuk, air coke tu aku dh telan sebenarnya.  tp sikiiiiiiiiiiiiiiiiiit je.  tu pun mintak kt suami aku, macamlah dia nk bagi kan.  tp bila aku cakap nk rasa [macamlah tak pernah rasa coke selama ni], dia pun bagila sket.

pantang makan yess sebab nk kurus.  tp kena pantang sejuk sejuk tu sebab tak mau kacau production susu. tu lagi penting. ikutkan hati nk kurus, sehari sekali je makan nasi kot.  tp big no lah kan.  sekali lagi umar raihan diutamakan!!

okay tu je.

korang pun berpantang elok elok tau nanti....tak rugi pun kalau pantang sekejap...!!




11 comments:

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

cerita yg panjang lebar Yana habiskan jugak, sbb seronok baca pengalaman2 orang ni.. tak semua orang sama kan. Yana dulu pantang gugur pun 2minggu makan ikan haruan buat sup.. jemu jugak tapi betul kan isinya padat :)

cik fadh said...

kak fadh ade bace kt blog akk ni bru bersalin..ank die jaundice jgk then mak die suh minom air cincau tanpa gula(bkn tin) tu 2xsehari pg n mlm pastu anak die makin kurang jaundice..so bole try ;)

FarizAtie said...

wah panjang btol entry..
xde pengalaman la plak berpantang..pengalaman jaga org berpantang adelah..huhu

FarizAtie said...

wah panjang btol entry..
xde pengalaman la plak berpantang..pengalaman jaga org berpantang adelah..huhu

Julia Johari said...

Best yer dgr cerita berpantang...selamat berpantang tau...weee x sabar nak alami pengalaman berpantang...aminnn

Shakina Farhan said...

haha..rezeki tu jupe kakak ikan..:P..xpnh mkn ikan haruan..cmne la kepadatan die..

sarah shamsyul said...

dear,sama ngn kite...bpantang dr segi mknan..tu mmg jg..tp y lain2 tu,kadang2 ngelat gak...ayam pn x sentuh,takut gatal.ikan haruan mmg menu utama...

perut kite pn ade la sakit sikit2,tp dah leh tdo mengiring n tdo atas katil(slama sebulan ni tdo kt sofa,sbb bl tdo kt katil,sakittt )

Unknown said...

Bagus berpantang ni..badan cepat sihat..makan byk sayur ijau k tuk banyakkan lg susu..

tp anak lelaki memang susu banyak dr anak perempuan..itu org kata la..hehehehe...

Alhamdulillah ada rezki baby..

Isabella Iman Iskandar said...

sedap makan sup ikan haruan..bubuh halia lebih dgn daun kucai. mak teh makan 42 days non stop. lepas tu bila doc scan next pregnant..dia akan scan tempat last cezar.. ok. Makan hari2 sbb kita x nampak dlm perut kita. rupa2 nya tpt czer yg dlm perut tu ada 7 lapis jahit..dia boleh mlekat ke tempat lain..spt pundi kencing. Jangan sapu cream tau...takut mresap ke dlm dan boleh terbuka bahagian dalam..

Isabella Iman Iskandar said...

doc pesan kena byk bjalan..biar proses luka kat dlm cpt baik. tapi betul kita bukan nak czer, kalu normal habis pantang dah kuat tapi bila czer bdn x kuat ...perut dah rasa lain...rasa nyilu tu akan ttp ada biar dah btahun..

Unknown said...

Hari ni saya br seminggu berpantang czer gak. Balik dari spital amik urut 3 hari jerk sbb nak testing ok ke tak plan nanti nak urut lagi dengan akak yg sama. Mandi air inai merah tak taulah apa kelebihan tp std lah mandi air suam dan bau inai tu menyegarkan badan. Then even czer basuh gak bahagian bawah dengan herb atika beauty. Bab jamu mmg tak amik just amik vitamin shaklee, dan hari2 makan sunkist. Haruan tak mkn lagi just mkn ikan bilis goreng, tenggiri bakar. X byk pilihan mknn sbb mil yg jg dia takde pengalaman jg org pantang. Bertungku pun dah start skit2 just utk buang angin jerklah. Nasib kita sama sis ada 2 barut tali tu tak taulah bile nak pakai huh. Agak risau nak pakai barut modem pun ada beli tp time ukur2 aikh pesal cam tak muat jerk hahaha beso sgt perut yg lebih lps bersalin. Kecewa gak susu tak kuar byk pun plan nak minta mil masakkan sup lobak putih dan buat kerabu pegaga. Tak boleh tewas nak gak breastfeed baby. Huhuhu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails