:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers

:: mari ikut saya ::

Monday, December 17, 2012

umar raihan : pengalaman bersalin

assalamualaikum

lama gila benda ni letak kt draft.  aku publish kan terus lah ye.

okay nk cerita pengalaman bersalin.  anak tengah tido ni, baik aku tulis cepat cepat. 

entry ni panjang sangat sebab aku tak buat part part.  aku tau, kalau aku buat part by part, sure takkan habis punya.... 

kan aku cakap, tetiba masuk 36 minggu, aku dapat darah tinggi kan.  masa tu check up kt KK macam biasa.  mula mula check BP tinggi.  so nurse suruh duduk dulu, g amik urine test pastu datang balik check BP utk kali kedua.  okay tinggi gak.  bacaan tak tau, malas nk cari buku pink.

jumpa doktor.  check BP lagi sekali.  pun tinggi.  so doktor rina kata, dua hari sekali, aku kena check BP kt mana mana klinik.  panel pun boleh.  kalau bacaan tinggi jugak,  next appointment, dia bagi ubat.  kalau still tinggi lepas makan ubat, nak tak nak, aku kena induce sebab takut kena sawan atau pre eclampsia. gituww...aku tanyalah, adakah BP tiba tiba naik sebab aku baru lepas eksiden?

selingan:

30 mei 2012, aku eksiden dengan 6 biji kereta.  aku kereta paling belakang.  nasib baik takde sapa hentam aku, kalau tak mesti dah tak hidup lagi.  lepas eksiden dalam kul 745 pagi, pergi panel kul 9 sebab baby tak gerak.  terkejut agaknya.  alhamdulillah, jantung okay masa tu.  doktor annur buat surat refer to admit hospital sbb nk pantau pergerakan dan jantung baby.  pukul 3 pm baru admit sebab nk uruskan report polis bagai.  sobbbssss....kereta BUJANG aku dah total lost pun.  sedih.....
aku bersyukur sangat Allah masih bagi aku peluang untuk bernafas.  yelah ko bayangkan eksiden dengan 6 biji kereta kan.  aku malas nk cerita balik hal ni, sebb aku still trauma.
so tinggallah aku dalam ward 1 malam je.  time tu merasa kena buat VE utk pertama kalinya.  
badan okay, cuma lebam lebam sket kt perut.  kesian baby.  masa tu kepala baby kn kt bawah.  lebam tu sebab aku pakai seatbelt.  dan dada pun sakit.  
kesan dari tu, aku sangatlah trauma.  sampai sekarang.  aku tak boleh tengok laki aku bawak kereta dekat dekat.  kalau kereta depan dah bagi lampu brek, cepat je aku suruh dia brek gak.  haha

sambung balik:

esoknya, aku pergi klinik pelajar je check BP. silap sebab pergi petang.  stress banyak kerja.  memang bacaan time tu tinggi.  siap jumpa doktor.  doktor kata awak nk mc tak rehat kt rumah.  aku boleh cakap tak nak sebab kesian kt bos sebab aku dah cuti banyak hari, banyak kerja tak setel.  dan kalau boleh nk setelkan cepat sebelum cuti panjang.  lagipun aku ada plan nk cuti awal mengenangkan dah takde kereta susah nk pergi kerja kan.  

esoknya check lagi sekali.  kalini pergi pagi pagi.  badan tengah fresh time tu.  still tinggi bacaan tapi okaylah.  tak jumpa doktor.

2 kali tu je aku pergi klinik pelajar. 

ada sehari lagi kena check, so hari ahad 10 jun 2012 lepas solat maghrib aku laki bini pergi klinik panel.  gila masa tu bacaan tinggi gila kot.  200 bawah 100.  doktor tengok rekod yg aku pergi klinik panel tu, doktor marah kenapa time tu tak refer hospital.  patutnya hari tu dah kena admit dah sbb bacaan tu terlalu tinggi.  tapi yg malam tu lagi tinggi.  terus dia buat surat masuk ward.  aku dah macam...............alahai....risau kot....

balik rumah jangan cakaplah risau camne.  risau kena paksa beranak.  tp mak kata takde, doktor akan pantau dulu.  okay sejuk sket hati.

pukul 11 malam, terus daftar masuk labour room.  ah benci gila datang sini.  hahaha.  okay confirm kena admit sbb bacaan masa kt hospital tu pun tinggi.

doktor tanya ada sakit kepala, kepala pusing, rasa mual, nk muntah [tanda tanda nk sawan]..semua aku cakap takde takde takde.

sekali lagi buat VE.  kalini sakit sbb doktor india tu sket punya ganas.  doktor perempuan tu.  

dia terangkan, at first dia bagi makan ubat.  kalau dah normal, dia just pantau je.  kalau tinggi, kena induce.  tp induce ni boleh jadi gagal jugak sebab baby belum engage lagi time tu.  kalau failed, kena czer.  aku macam redha je kan sebab hari hari dok fikir takut kena czer, tapi kalau dah tu ketentuan, nk buat camne.

malam tu, nurse amik BP yes lah still tinggi.  bagi ubat pun tak jalan gak.  degil betul nk turun bacaan tu kan.  haha.

aku tak tidur kot sepanjang malam tu.  dengan tak selesa, dengan takde hp kt tangan, dengan fikir mana laki aku ni, dengan fikir esok apa akan jadi pada aku.  

esok paginya, doktor jumpa aku, dia cakap ''kita akan induce awak lah since awak punya darah tinggi sangat ni.  kita takut awak kena sawan dan itu akan membahayakan ibu.  kalau lambat, takut jantung baby pun stop''.........OKAY AKU REDHA...!

suami aku pun sampai dalam kul 8 am camtu.  ada doktor lain briefing suami aku pasal induce ni dan mintak persetujuan.  aku pun kena sain borang tu.

pukul 10 am tak silap aku, nurse sumbat bontot dengan ubat paksa berak.  gila best lah ubat tu.  masuk je terus nk terberak aku.  nasib aku pandai nk control kemut bontot.  

lepas tu masuk dalam labour room.  kes aku ni macam teruk sangat je tau.  dapat bilik pun, dekat dekat dengan kaunter sebb nurse cakap kalau apa apa jadi kt aku senang nurse nk tengok.  eloooo aku sihat je kot....

pukul 12 pm, ubat induce pertama dimasukkan ke dalam vagina aku.  doktor cina yg buat.  SAKIT NK MMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMMM OKAY!!!!  eiiiiiiii...dorang ni tak reti nk berhemah kot....rasa mcm nk sepak sepak jeee...dah lah doktor cina.  kalau islam melayu okaylah sebab baca bismillah kan...

lepas je ubat tu masuk, okaylah datang contraction sikit sikit.  tapi boleh tahan sebab macam senggugut.  aku kan dah biasa senggugut ni.

ubat kedua masuk pukul berapa tah.  sakit dari yg first.  tp masuk ikut drip.

doktor masuk tengok BP aku makin naik.  hahaha.  maunya tak stress.  cucuk drip berkali kali tak jumpa urat.  sakit kot.  cakap sorry je boleh.  gila punya doktor.  tu je punca BP aku tinggi.  stress dengan doktor yg tak reti nk buat pelan pelan.

tengah tahan sakit, tiba tiba rasa sesuatu mengalir dari celah kangkang.  eh aku terkencing ke.  tapi kenapa lain macam sangat.  so aku assumed tu air ketuban.  

ada nurse lalu, aku panggil cakap ''nurse ada air........''.......pastu terus dia jerit, patient dah keluar air ketuban.  cisss malu aku.  pastu dan dan pulak nampak muka suami aku.  eh cepatnya boleh masuk teman.

so dimudahkanlah urusan aku.  suami dah boleh masuk teman.  walhal masa tu tak tau bukaan dah berapa.  masa tu boleh tahan lagi.  boleh gelak gelak.  boleh check hp sebb time tu kan hp suami aku pegang dari malam tadi.  

bila doktor nk buat VE, suami kena keluar.  seingat aku masa tu pukul 4 petang, bukaan dah 3 cm.

pukul berapa tah, doktor kata nk masukkan ubat induce ketiga.  sekali dengan drip ubat darah tinggi.  masa tu dah kena pakai tiub kencing.  heaven kencing dengan sesuka hati.  hahaha.

ubat darah tinggi tu bikin aku lagi berdarah tinggi.  bila masuk ubat tu, badan aku panas gila.  mana nk menahan sakit contraction, nk tahan panas lagi...aaaaaaaaaaaaaahhh stresss aku


lepas tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu...haaaa mendapatlah sakit azab gilaaaaaaaaaaaaaaaa.....aku tak sanggup nk genggam tangan suami sebab aku tau, nanti dia sakit atau tangan dia boleh patah aku kerjakan.  haha.  handle katil tu jelah mangsa aku.  masa tu mulut tak henti henti berzikir, baca surah yg aku ingat, baca doa itu ini.  bacaan dah tunggang langgang pun aku baca jugak.  masa ni tak tahan sangat.  siap mengadu dengan suami, ''by sakit sangat.................''.  tp boleh tahan dari menjerit lah.  seingat aku lah, aku tak keluarkan suara pun.  alih alih...hish hish hish.  ala bunyi tahan sakit tu....

pukul 10 malam.........!!  Ve again.  aku harapkan bukaan dah makin luas sebab aku sakit yg tak tertanggung....sekali.................3 cm!!!!!!!!!!!!!  what dari 4 petang tadi 3 cm tak gerak gerak.  pastu doktor cakap, pintu rahim pun belum lembut lagi.  baby pun jauh lagi.  contraction 2/10.  what????????????  sakit mcm nk mati ni 2/10???????????????????  ya Allah...tuhan je tau perasaan kecewa aku cmne...macam ada bau bau czer jeee.....

doktor chika..haha doktor ni aku ingat sampai bila bila sebab dia yg handle aku dari petang sampai ke penghabisan.  dia yg sambut anak aku pun.

doktor chika cakap, kita bagi awak 4 jam lagi.  kalau takde bukaan, kami terpaksa czer awak lah.  aku dah....down gila kot time tu.....
masa tu aku berdoa diberikan keajaiban dalam masa 4 jam, bukaan dah fully dilate.  walaupun harapan aku tipis sebenarnya nk beranak normal.

pukul 11 malam macam tu, doktor chika masuk lagi.  dia kata dia dah call boss dia [doktor pakar o&g hospital melaka].  doktor kata kes aku ni tak boleh tunggu lama.  kena emergency czer.  allahuakhbar.  nk menangis aku dengar okay.  aku pandang suami aku mintak semangat.  dia angguk tanda setuju.  aku cakap ''i nk bersalin normal sayang...please jangan setuju.  kita tunggu je bukaan tu fully dilate''.  tapi suami aku tak setuju dengan pendapat aku.  dia cakap dia tak sanggup nk tengok aku sakit macam tu.  paling aku sedih, dia pergi kt sinki, dia menangis kt situ.  terus aku pun menangis, aku genggam tangan dia, aku minta maaf.  berdualah kami suami isteri menangis sama sama.  

doktor lain masuk, buang segala macam ubat kt drip aku.  masa tu, contraction pun makin lama makin kurang, hilang terus.

kami suami isteri kena sain borang persetujuaan czer.  menangis aku kena sain borang tu.  sebab aku sedih tak mampu lahirkan anak suami aku dengan normal.  sedih tau tak.  kalau boleh, nk lahirkan zuriat dengan normal.  sedih sangat.  rasa down gila.

sempat lah minta maaf sekali lagi dengan suami ''i minta maaf yang, tak boleh lahirkan anak kita dengan normal''.  suami aku cakap balik ''takpelah, asalkan semuanya selamat.  u dengan anak selamat i dah bersyukur''....oh emo lagi....

tak silap aku, pukul 12 malam, aku dah disorong kt OT.  takut gila okay...menggigil takut.  tak pernah rasa gigil camtu sekali.  tengok muka risau suami, lagilah aku risau.  lagi lagi doktor kata kemungkinan yg bermacam macam ketika operation.  dengan keadaan aku high BP ni.  

dah sampai lobby OT tu, nampak ayah mertua.  lepas tu nampak mak aku, mak mertua.  terus menangis.  sebelum tu rasa sedih jugak sebab tak sempat jumpa mak.  bila nampak mak, terus aku panggil mak, mak aku pun meluru ke arah aku.  mak aku dah menangis siap siap, aku lagilah sedih kan.  terus salam, minta maaf kt mak.  mak aku pun cakap dah maafkan aku.  sedih okay time tu.  
lepas tu salam mak mertua pulak.  dia pun cakap dah maafkan aku.
dengan ayah mertua pun sama.  dengan suami je tak buat camtu, sebab masa tu macam rushing gila.  lagipun fikir takpe, sebelum tu dah minta maaf kan.  lagipun, dengan keadaan macam tu, aku rasa mesti aku lagi teruk menangis kalau minta maaf dengan suami.  nk pandang muka dia pun aku sedih.

masuk dalam OT kena interview, briefing lagi.  kena sain borang lagi.  lepas tu baru pindah ke katil operation tu.  ya Allah........takutnya.

doktor suruh bangun sebab nk bius.  dia suruh aku peluk bantal.  oh seram okay.  aku ingat sakit gila.  yelah cucuk tulang belakang kan.  rupanya tak sakit pun.  haha.  lepas tu doktor suruh aku angkat kaki banyak kali.   sampailah aku tak boleh angkat lagi kaki.  doktor cakap, aku akan rasa segala perbuatan doktor tu cuma tak sakit.  uuu seram...!!
MA bagi aku oksigen, tp aku tak selesa.  aku suruh dia tanggalkan oksigen punya benda tu.  lepas tu nk muntah pulak.  aku cakap aku nk muntah.  pastu dia masukkan batang penyedut air liur.  baru rasa lega.  MA tu ada cakap, kalau puan nk tido, boleh je.  masa tu nk tido pun tak selesa, tp rasanya hampir hampir tertido gak.

tetiba je dengar suara baby.  aku dah senyum senyum dalam mamai.

masa baby keluar, MA tu kejutkan aku yg lalok tu.  ''puan dengar tak suara baby?''.....''aaa dengar dengar''....masa tu tak henti henti aku ucap alhamdulillah....allahuakhbar.  menangis aku dengar suara nyaring anak aku.  masa tu dengarlah MA lain cakap berat anak berapa, pukul berapa lahir.

lepas tu, aku tertidurrrrrrrrrrrrrrrr....

sedar sedar, dia kejutkan aku tunjuk anak.  subhanallah....indahnya ciptaan Allah...putih bersih anak aku time tu.  comel je tidur.  dia tanya anak apa, aku jawab ''mestilah boy.  saya dah tau''.  pastu baru MA tu tunjukkan bebird anak.  haha comel okay.

pastu tertidur lagi.......................

sedar sedar dorang kejut nk tukar katil.  disorong ke area depan kaunter nk check BP, bius.  disuruh angkat kaki banyak kali.  masa tu bius dah tinggal sket.  boleh gerak kaki sket sket.

sebelum keluar OT, kena dok kt bilik panas kejap.  menggigil okay kt bilik tu.  macam nak mati!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!  nk tido tak boleh, nk mengiring tak boleh.  dok lah aku kejung kt situ...

at last, keluar jugak aku dari OT.  on the way nk ke labour room balik, aku dah nampak muka suami aku.  senyum jelah kami berdua.  alhamdulillah....dipermudahkan segalanya.

malam tu kt labour room, nurse yg jaga aku malam tu cakap baby kt nursery.  dah menyusu.  oh aku fahamlah dia dah di bagi formula milk kan.  masa tu, aku redha je.  takdelah nk marah ke apa sebab aku tau aku tak mampu nk menyusukan dia lagi.  nurse cakap pandai dia menyusu.  hehe senyum jelah aku kan.  malam tu pukul berapa tah, nurse bawakkan baby pada aku.  dia tunjuk semua semua aku pun tak lah sedar sangat pun.  sebab penat gila kot.  dari hari ahad aku tak tidur kan.....

esoknya, sekali lagi baby dibawak ke aku.  masa tu dah boleh bangun.  suami aku pun ada sekali. kiranya itu adalah moment pertama kali kami berkumpul sebagai satu keluarga.  aku pun mula menyusukan dia.  alhamdulillah, pandai menyusu anak aku ni.

malam tu tidur labour room lagi.  anak kt nursery lagi.  sedih kan jauh dari anak...

esoknya hari rabu baru masuk ward biasa.  anak pun dah diserahkan kt aku.  malam tu bermalam dengan anak sorang sorang.  mencabar okay.

esoknya khamis dah discharged.  tak sanggup nk tinggal sorang sorang kt ward dengan anak. hahahaha.

alhamdulillah...selesai sudah tanggungjawab melahirkan seorang lagi khalifah Allah.  sekarang tanggungjawab mendidiknya pula...

alhamdulillah..walaupun pelbagai dugaan sepanjang melahirkan umar raihan, Allah mudahkan segalanya.

dah bye.  habis hutang entry beranak..

 




14 comments:

MimahAjil said...

takpe la etty..normal ke czer ke tetap pengorbanan kita isteri dan ibu melahirkan zuriat sendiri kn..dah besar pn ank kita wlupn baru 6bulan...Amin..Alhamdulillah..

Gadis said...

tiba2 part yang nak mintak maaf ngan mak ayah tu air mata ni turun je dgn tiba2..sebak sgt..teringat time gadis bersalin hri tu..huhuhu

CikNaa said...

tetibe seram sbb ujung2 ngndungkan razin darah tinggi gak.sib baik induce sekali terus laju bukaan..

~Lieza~ said...

tetiba sebak lak bc.. huhu.. pengorbanan seorg ibu melahirkan...xkira la czer ke normal.. xtau la Lieza nnt cmna...skrg dh 37 weeks so risau sgt..

erin said...

apa ni etty, apa ni..umar dh nak pandai berjalan bru up entry bersalin..wahaha.. :D

ctmah said...

ada part yg boleh wat i tergelak.ada part yg boleh wat i sedey.hihi!lama sih nak tunggu u update entry niii..lalalaa

Vee said...

Umar dah 6 bln oi bru kuar entry ni. Apela mama ni....


Ade part lebih kurang je kisah kite...u sbb darah tinggi. I pas cser, hilang byk giler darah sbb i ade tekanan darah rendah :-) apepun, da slmt smuanya......alhamdulilah

salmia saidin said...

hahaha..setuju.
malam pertama tido ward berdua je dengan anak memang sangat mencabar.tapi tak tido pun sebab syok tengok baby tido. :)
miss that moment.

yUmIe said...

oitt bergenang air mata bce tahu!!
errkss bilik induce u tu mcm bilik yg sme i duk tuk induce gak.hahaha

Syima Syaz said...

ape ni lambatnya nak story? umar dah makan dah pun...hahaha

takpe etty...u tetap dapat pahala melahirkan.jgn risau besan, menantu i tetap hensem!

Wan Afzan said...

Tahniah.. Selamat berpantang :)

Asz Miza said...

etty sedey kan kena emergency czer..sedey sbb tak dapat nk beranak normal..

pepe pun kita da selamat bersalinn...umar pn dah besau da..hihi

memang sejuk gila mengigil i dalam tu..siap terberak dlm OT pn i xsedar..power gila bius...hahaha..

Misz Pinkie Winkie said...

alhamdulillah..dah selamat semuanya etty

suhaila Johar said...

yg penting baby selamat dan sihat semuanya

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails