:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers

:: mari ikut saya ::

Wednesday, May 22, 2013

orang melaka memang gini, tp baik hati tau...!

assalamualaikum
  
''........................Orang Melaka Cakap Kasau?

Ramai yang dok mengadu terutamanya “orang yang tak masak lagi” dengan budaya orang-orang Melaka iaitu melibatkan bahasa orang Melaka. Mereka komplen yang bahasa Melaka ni kasau sangat? Betul ker sampai begitu sekali?

Sebenarnya beginilah, memang cara orang Melaka jenis cakap lepas. Laser dan suka beterus terang. Tak cukup dengan itu, kalau cakap sesama sendiri boleh bikin riuh satu kampung. Tapi itulah, tak semua orang Melaka jenis macam itu, tetapi hakikatnya sebahagian besarnya begitulah. Cakap pun main lepas sahaja, walaubagaimanapun tiada pun yang simpan dalam hati. Habis kat situ juga. Orang Melaka ini diakui jenis yang cepat mesra.

Macam kami katakan tadi, tak semua orang Melaka jenis yang cakap kasar. Ada gak “orang Melaka celop” yang tak terpengaruh pun untuk kahau bila bercakap. Ada juga sesetengah kawasan di Melaka agak slow down sikit . Tetapi berhati-hati kalau orang Melaka terutamanya melibatkan orang Bachang jumpa dengan orang Melaka yang tinggal di Pokok Mangga (sebagai salah satu contoh). Boleh bergaduh dan riuh sekampung dibuatnya. Orang tua-tua ada kata dahulu……

“masuk kandang kambing mengembek”
“masuk kandang rimau kena la mengaummm”

Setiap negeri ada keunikan tersendiri baik daripada segi budaya mahupun bahasanya. Kami merasakan bahasa orang Melaka antara yang paling menepati tatabahasa bahasa rasmi Malaysia. Tiada yang diubahnya. Selain tu loghat Melaka juga jujur dan berterus terang serta paling sempoi tetapi tajam sehinggakan kalau ada yang tak biasa atau tak tahan mendengarnya, boleh makan hati dibuatnya.

Bagi kami juga bahasa orang Melaka tak kasar, tetapi mungkin juga cara penyampaiannya dilihat agak kasar tetapi ia sebenarnya berniat untuk menyindir atau bertujuan menyakitkan hati rakan mereka (dalam bentuk yang mesra bagiu mereka). Cuma apabila mereka memberikan pendapat, mereka-mereka ini akan menyuarakan tanpa was-was. Dan disebabkan kelantangan seperti inilah orang Melaka dilihat kasar, laser, lagi apa lagi?

Walauapapun, sekasar-kasar orang Melaka pun, hati mereka tetap baik, mudah mesra dan jenis yang tak cakap belakang. Setuju tak?

Kadang-kadang kita biasa dengar ayat, “kalau tak kenal maka tak cinta”. Inilah dia. Jika kita ingin mengenal dan mengetahui rentak bagi satu-satu masyarakat, kita kena kenal budayanya, bahasanya dan istilah yang digunakan. Contohnya, yang sekarang saya nak cakap berkenaan Istilah & bahasa orang Melaka yang selalu mereka gunakan, lebih-lebih lagi kalau dah jumpa sama-sama kroni orang Melaka jugak. Memang alamat riuhla…..

Kalau ada yang tertinggal, tolong bagitau ye di bahagian komen….. Nanti kami updatekan di sini. Contoh bahasa & istilah orang Melaka :

1. Kensal : Tuala

2. Hawau : Lebih kurang macam perkataan “tak guna betul kau ni”

3. Kahau : Cakap kasar

4. Godak : Kacau (contohnya : Tolong godakkan air teh dalam jug tu) See….sebut betul-betul GODAK. Pandai….

5. Lahanat, Lahabau & Sial (Lahanat dan lahabau berasal dari percampuran budaya Arab di Melaka sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka). Contohnya, lakh khabar dan akhirnya menjadi lakhabau. Maknanya tidak dengar khabar. Ayat mudahnya, “Usin lahabau kau, ingat dah mati” (Maksudnya : Usin lama tak dengar khabar atau berita, ingat dah mati).

6. Berboko, barah, cekik : Makan

7. Orang Melaka kalau sebut perkataan yang hujungnya berakhir dengan huruf A mesti sesuka dan sesenang hati mereka tukar kepada huruf E kemudian meleret pulak tu. Contoh? Contohnya : Ko nak pergi mane……..Yele………Ikut suka hati ko le………

8. Satu lagi jikalau sesuatu perkataan itu berakhir dengan huruf R, maka akan ditukarkan kepada huruf U. (Contohnya : ular jadi ulau, keluar jadi keluau, pasar jadi pasau).

9. Kepau : Sepah ( contohnya, ko suka betul buat kepau kat dalam bilik aku) Jelas?

10. Kumbah : (contoh ayatnya, “aku baru aja kemas baju, ko dah kumbah balik)

11. Dak : Biasa digunakan apabila memanggil nama seseorang. Contohnya : kau kenal dak Samad, duk kat belakang rumah dak Leman.

12. Membongkah : kuat makan ( Asyik kerja membongkah jer. Mana ler perut tak naik)

13. Gobok : Almari

14. Membongkang : tidur yang amat lena

15. Nau : Longat nau, Besau nau, Kecik nau, jauh nau, tinggi nau. Asaknya daripada perkataan Benar @ Benau

16. Melohau : Besar Sangat (Contohnya : Seluar kau besau melohau)

17. Sakau : Mengaut secara haram @ mencuri @ rampas

18. Handau: Kalah @ tewas @ lemah

19. Antu : Kalau di Kampung Seberang Gajah, orang tua-tua kalau nak sebut nama orang tua yang lain depan nama tu mesti ada perkataan “antu”. Contohnya : “antu” Munah duk mane?

20. Lopak : Pencil box

21. Beledi : Baldi

22. Lemari : Almari

23. Lebang : Pemalas

Sebenarnya tak semua pun orang Melaka macam itu. Sesetengah sahaja sebenarnya. Sebab kadang-kadang nama sahaja orang Melaka, tetapi disebabkan banyak merantau atas urusan kerja kerja atau pun sambung belajar di luar Melaka, kemungkinan cara percakapan agak berbeza. Bagi orang Melaka yang duduk sekitar kawasan Alai, Bachang, Klebang dan Ujung Pasir. Mereka ini terkenal dengan bahasa Melaka yang boleh tahan pekatnya. Kena pula orang Melaka yang pure, tiada celop-celop punya. Kalau kawan mereka dan dah lama tak berkunjung ke rumah. Jangan terperanjat kalau mereka cakap begini bunyinya :

” Lama kau tak datang, ingatkan dah mampos !” (Sabar…… tu tanda kemesraan sejati orang-orang Melaka)

Admin : Nampak ucapan dan ayat tu keras dan pedas bukan, tapi itulah realiti sebahagian bahasa orang Melaka. Istilah & Bahasa Orang Melaka nampak sahaja “kahau”, tetapi hati orang Melaka baik-baik belaka sebenarnya.
 
Tekan butang `SHARE' ............................'' credited to facebook - Negeri Melaka


aku mula menetap kt melaka tahun 2002.  lepas SPM.  tp masa tu, mak, adik adik aku dah lama tinggal kt melaka.  aku je lambat ngikut.  time tu aku dok kt bagan datoh, perak dengan arwah embahtok & embah lain - bahasa jawa.  atuk nenek aku. 

tinggal pulak area pokok mangga.  haaa kalau korang baca artikel yg aku credit dari Negeri Melaka fb tu, taulah area pokok mangga tu camne gayanya.

dulu mana ada kereta nk ke mana mana.  pergi bandar, naik bas.  tunggulah aku kt bus stop pokok mangga tu.  naik bas nombor 18, plat kuning.  kalau ada teman menunggu, makcik makcik yg dari pokok mangga tu.  taulah mulut masing masing camne kan. 

oleh sebab komunikasi begitu, aku pun terikut ikut dengan percakapan orang melaka.  kejap je terel.  hahaha bab mencarut ni memang cepat je belajar kan.  kakakakakak...

bila dah kerja di area melaka, haaa lagilah kan.  memang akan bergaul dengan pelbagai jenis umur dan bangsa. aku pernah kerja kt kedai jamu kt ocean jalan hang tuah. pada yg tak tau, situlah org gelar jakarta malaysia.  sebab ramai gila indon kt situ.  tp masa aku kerja situ tahun 2002-2003, ocean tu kira happening lagi lah.  skrg dah tak best.  kedai jamu tu pulak memang kt depan.  depan tu pulak banyak taxi parking.  dah tempat taxi kan.  haaaaa bergaul lah aku dengan pakcik pakcik taxi tu.  dari pelbagai pelusuk pakcik taxi tu datang.  masjid tanah, bachang, cina, melayu india, semua ada.  so bertambah lagi kenalan aku.  kadar carutan pun meningkat.  kui kui kui...

aku mula mula pun macam tak boleh terima cara dorang bercakap sesama mereka.  aku kan orang perak.  orang perak ni macam lemah lembut sket kot.  sopan santun. hew hew

mula mula banyak lah sentap wey dengan pakcik makcik ni.  mcm pening kan, cakap tah apa apa...tp lama lama dah boleh terima memang gaya gitu deme deme ni bercakap.

lama-lama aku dah boleh terima yg orang orang melaka ni memang bercakap kasar, tp baik hati.  kalau pergi kenduri, memang riuh.  tp semangat kerukunan tu tinggi.  bergotong royong sesama penduduk.

okay macam aku.  cara aku cakap ''aku kau'' je.  even dengan orang yg lagi tua dari aku....ni aku kasi contoh ekkk...

''kak, ko nk kirim beli makanan ke?  meh aku belikan''....

tengok.  walaupun berAKU KAU dengan kawan yg pangkat kakak dengan kita, tp still ada KAKAK tu kan...

dah memang gitu cara orang melaka cakap...so tak payahlah sentap sentap....begitulah cara kami bergurau senda.  dan juga nampak mesra....percayalah, bila korang di kalangan orang melaka dengan gaya cakap camtu, mesti mudah mesra macam dah kenal lama...

tapi aku faham, ada jugak segelintir yg tak boleh terima cara percakapan yg kasar.  macam sesetengah negeri tu memang cakap lembut kan, contoh mcm negeri pahang.  koi koi...
so bila pahang bergabung dengan melaka, ada yg memang tak boleh masuk...

terpulang pada masing masing punya penerimaan.

sapa yg kenal aku taulah aku camne kan...cakap memang kasar.  tp tah....terpulang lah kt korang...

tapi pada sesiapa [yg lebih tua dari aku]...aku dah terpanggil kau aku kau aku tu, kalau akak akak terasa tersinggung, kita mintak maaf ek...tp tu lah caranya kita bergurau dan rapatkan diri nk beramas mesra...jangan risau, hati kita baik.  ewah...




info credited to Negeri Melaka fanpage @ facebook

20 comments:

Hana Soffelia said...

Suami Hana orang melaka. Dah biasa sgt dengar kensal dia. Kalo mandi, dia lupa bawak masuk kensal mesti terpekik2 dlm bilik air, "yang, kensal..kensal!" Hahaha sampai hana pun terikut sama.

fifi said...

Selalu gak dengar orang kata orang melaka ni cakap kasar..hihi..

Asz Miza said...

Husband kita org melaka..hihi

Wawa Yusoff said...

ehem. ex-boyfren dlu org melaka gak. nenek dia selalu tau call2 i tanye kabau. selalu panggil I Dak wa :)

Siti Haslinda Sadiken said...

saya bangga saya anak negeri melaka..ehehhe

Cik Puan Mimi said...

Hoi lahabau. Update panjang berjela. Malas bacauu. Eh. Ok x ayat melaka aku. Sy budak baru belajar. Heheeh

SweetLikeWhat said...

erm tak rase kasar pun..anis rase sempoi jer..ahah..agaknye sebab anis pun kasar orang nye..kikiki..
la ade org sentap bagai ke!!!!
haha tetiba garang jugak..ekekeke

cikpingu said...

xpenah ckp2 or borak2 ngn org melaka...

kumbah tu klu bahasa JAWA = basuh...

gmbr nek beskal tu gmbr abg acaii jawe.. hihihi.. :)

Nurul Hamimah said...

hahaha...betul..mula2 kenal orang melaka memang pelik2 sikit la cakapnye kasau bukan main.......incik suami banyak terpengaruh ngan melaka...tahan hati je layan kalau dia cakap...kasau!!!hehehe...

~baru ku tau kensal tu asalnye melaka rupenye..ingat jawa~

Chekgu Azrine said...

yang penting baik hatikan..

With Julia said...

Hehhe kelakar lah u mama...nk terkekek2 baca entry u dok menelaah bahasa org melaka...x lma lg org kl nk pi melancong melaka leh ler belajor hehhe....hawauuuuuuu

Mimy Hamid said...

baiklah orang melaka....ulau melintas atas pagau...hehehe

Misz Pinkie Winkie said...

lahabau pon melaka gak ker etty..walopon kasar tapie baik-baik belako ;)

LisaLisut said...

uhh panjang gile. aku skolah 5thn kt melaka.dh biasa dgr pakcik makcik asrama ckp kasar.ahahah.oo lahabau tu igt mencarut.rupanya gabung kata arab n malay.lps ni aku lahabau dgn org lain la if jmpe keh3

mcm class mengajar la entry kali ni haha

Nadt said...

biasa da ngan bahasa orang melaka ni. perkataan tu pun ada yang sama ngan johor. alah..tampin ngan melaka pun da sipi-sipi kan. MIL ngan sedara maranya semua cakap kasau..bingit telinga eh..perkataan dak tu sangat nostalgia. suka guna perkataan tu.

Nadt said...

selalu guna perkataan kumbah (abes dikumbahnya kain baju tu!)tu tapi tak tau plak tu bahasa melaka. ingatkan bahasa jawa.hahahah..

Veelara Shamsyul said...

Semua nya btul.kensal tu sume,mmg guna je.hihi

Kat uma mmg adik kitevakan ckap ' kak,ko nmpk x lopak pensel aku'

mmg ber aku ko je,tp pangkat ttp ada.dan...akk mn y terasa ngn u tu

Anak Lebah Comot said...

Kak mimy...tue ayat power....kalau tak boasa dengan org melaka mmg ckp ganas...

ctmah said...

belajar kat utem so mmg dah biasa aa dgn bahasa2 kasar camtu..pulak tu FIL i org melaka. so setiap kali raya dengar aje la mereka pung pang pung pang bahasa mereka..hihi

Orang Melaka said...

Suka

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails