hello hello
eh eh, ni bukan statement utk boipren. ni untuk bos bos.
haha mati lah bos kalau baca blog ni. haha.
rezeki aku di sini. alhamdulillah, panjang pulak jodoh kt sini. walaupun hati sentiasa terdetik, aku nk berhenti kerja. dok lah ulang ulang ayat tu dalam hati.
bukan tak bersyukur. aku bersyukur. tapi.......................
* sila baca tajuk.
selama aku kerja sini, dari PA, ke HR, kemudian bahagian lesen. aku nampak syarikat ni langsung tak hargai staff.
selama aku kerja di HR, ramai yg resign. kalau ikut surat, ayat standard lah. tp being me, mahu kepoci kepoci. korek sana sini, baru tahu lah apa alasan dorang berhenti kerja.
kawan baik aku kt office, dapat offer lagi best. tp bila resigned, macam macam janji manis bos HR tawarkan. menanam tebu di tepi bibir je pandai.
nk offer naik jawatan lah, gaji riban riban lah.
lepas tu nak saiko kerja baru kawan aku ni tak secure.
what the hell betul.
tu resigned. yg kena transfer atas alasan tak munasabah pun ada, ramai.
disuruhnya buat rayuan. bila dah bagi surat rayuan, pandang sebelah mata pun tak.
tanpa fikir kos ulang alik yg mahal, keadaan anak anak, family, kawan aku kena transfer jugak ke tempat jauh.
ayer molek ke pengkalan balak, kira jauh lah kan.
lagi lagi, gaji ciput, berapa pulak kos dia kan. mesti berganda.
kesian sangat sangat kt kakak ni. dia dah lama kot kerja kat company ni, tp sikit pun rayuan dia tak diterima. malah ditolak mentah mentah.
''ala, tu sebenarnya nk suruh akak berhenti lah tu. tp cara halus''
ye, aku faham sangat.
kawan aku sorang ni, ''aku kerja sebab fikir nk kahwin je''
betul jugak tu. aku pun sama. ikutkah hati......
aku geram jugak bila ditukarkan ke unit lesen.
masa bos HR panggil aku, aku dah agak dah.
direct je aku sound dorang, ''saya ni dah macam bola kan, disepak sana sini''
alasan dorang, kalau amik orang baru, kena ajar.
habis tu, aku ni tak payah diajar lah ye?
yg aku geram, kerja kerja aku kt HR langsung tak dihargai. berapa hari aku retype balik segala policy, form form yg confirm bukan kerja aku! tu kerja DCC tp dia tengah maternity leave.
* ikutkan hati, aku nk delete segala mak nenek dalam pc tu. tp dorang tu kawan baik aku. tak sampai hati...
apa je si pendek (bos HR) tu suruh, aku buat kot walaupun bukan kerja aku.
tapi dia langsung tak tak hargai aku sebagai staff dia.
tu yg lepas je aku tukar department, aku tak tegur dia. tegur keperluan je. nk hai, bye kirim salam lah!
* si pendek tu suka menyampuk cakap org tau. kalau aku tengah sembang ng en. ABC, dia pun sibuk je menyelit. dah terus aku buat muka tak suka. terus aku sambung kerja!!!
aku jeles bila kawan kawan aku yg lain, disayangi bos, dihargai oleh bos bos dorang.
aku tak dapat benda tu.
aku sakit telinga bila ada org kutuk company aku kerja sekarang. sebb owner company ni, adalah seorang Datuk. tp nk buat macam mana, dia punya rules, company dia.
dan aku fikir sekarang, tak mustahil kalau khidmat aku tak diperlukan lagi, lambat laun cara halus tu akan digunapakai terhadap aku. sekali kena hantar kt terengganu kan.
bila aku tolak, dia dengan senang hati suruh aku letak jawatan.
see senang je percaturan hidup ni.....
bila tak nak, dibuang macam kain buruk.
2 comments:
penah jugak ada pengalaman keje kat cmpy camni, mmg makan hati jelah kan...mmg xde nawaitu lah nak menetap lama sntiasa je carik peluang lain, dpt je lubang lain tak tggu lama larikkkk.......
tu lah. tp peluang tu tak muncul lah. terpaksa redha..
Post a Comment