:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers

:: mari ikut saya ::

Thursday, September 8, 2011

mini gathering hari raya!!

hello hello


eh, sebenarnya sebelum ni memang nk cerita kt blog pasal satu benda happppppppppppppyyy ni....happy sampai rasa tak sabar nk tunggu kemuncak. haha.

aku & suami memang plan nk datang kl hujung minggu lepas. so fikir fikir rumah siapa bakal kami terjah, tiba tiba ting!!!!!! dapat idea...terus sms semua cousin cousin yg ada kt KL. #rasanya memang cousin aku kt KL je.

''weols plan nk dtg kl weekend ni. macam best je kalau kita buat mini gathering antara cousin kan. suggestion please'' hantar kt @cheyah, @kak ijan, @jaja, @nurul, @nabila

so, sorang sorang balas. ''menarik jugak tu''

dan semua bglah cadangan itu ini. aku pulak fikir tempatnya.

@cheyah dah tarik diri tak boleh buat kt rumah dia. yelah faham kan rumah tak berapa nk besar, crowd pulak ramai. so harap harap ada volunteer lain. hihi...

tiba tiba @nabila cakap, rumah dia boleh. hall agak besar, boleh muat ramai orang, ah cantik lah tu. bila @abg aizat confirm, terus sms semua orang. cantekkkkkkkkkkk!!

so any update, sms je. oh yea, ktorg buat konsep potluck. jadi update menu apa nk bawak SMS dan facebook je. best betul sebab semua macam bekerjasama kan. siap nk pakai baju apa pun bincang, macam budak budak. hahaha.

antara menu menu:

kak ijan - laksa berdebar #berdebar sebab dia lama tak buat laksa. haha
nabila - triffle
abg aizat - nasi arab & kambing & ayam
etty - kek batik
cheyah - spagetti
jaja - nugget & sandwich
nurul - roti jala & kuah kari

tu je lah kami kami sepupu ni. nampak macam ramai, tp tak semua yg datang. kira kira semua cucu arwah mbah kami, ada 20 orang semuanya. tp not bad lah kan untuk majlis kali pertama dianjurkan.

antara yg hadir:

anak wak pin - 0 [dah inform zul, tp dia kerja]
anak wak usin - nurul & alif [kak anis kt pahang, abg anas - kak imah dlm pantang (tp rupanya abg anas ada kerja luar]
anak wak nor - abg aizat & kak ijan [abg redza - kak zura morning sickness, syafiq of kos kt france kan, irfan kt lumut]
anak waksal - cheyah, jaja & wan [abg izan ada race]
anak abah - aku sorang je [adik aku dua dua belajar]



eh jap jap, tunjuk banner. cecey, siap banner. tak ke poyo namanya tu....


hihi...comel bukan???????????????

so, hari ahad kami laki bini gerak dari tampin pagi pagi. dalam pukul 9+ camtu. tu hujan lebat gila. terus sms nabila cakap hujan lebat. kalau sampai lambat, bolehlah teruskan. rupanya hujan kt negeri 9 je. lepas nilai, terang benderang. alhamdulillah, lancar perjalanan.

@kak ijan SMS ''sampai mana dah? tahlil dah nak habis dah ni''

cehhhh buat gelabah kami laki bini je. laki aku terus pecut. kakakkakakakakaka....
# memang ada plan nk buat tahlil sikit untuk arwah arwah kesayangan kami.

suami janji by 1130 dah sampai. sebab konon janji start kul 11 kan. janji melayu...hahaha.

sampai sana.........................KAMI ORANG PERTAMA SAMPAI!!! TUAN RUMAH PUN BELUM MANDI.............................!!!
# siap bold kakakakkakakakakka

mau tak amukan dlm hati pada @kak ijan. cesss tahlil konon!!

sekali kau, amik balasan dendam kesumat jiwa aku. aku SMS semua orang cakap tahlil dah nk start. kemain kelam kabut semua lagi. lagi lagi @nurul. dia bg salam je nampak muka gabra jadi org diperhatikan waktu tahlil. hahahhahaha. tak boleh blah betul. habis kena kutuk. tp puas hati dpt kenakan orang lambat.

tahlil lah kan. semua orang tolak tolak sapa nk lead tahlil. haha. ilmu belum penuh di dada katanya. makanya, sedekahkah Al fatihah je pada arwah arwah kesayangan kami.

@abg aizat mintak aku bg sepatah dua kata sebab jadi organized & pencetus idea kan. tiba tiba, eh jadi malu pulak nk berkata kata. padahal sebelum ni???? sampai tak cukup mulut nk bercakap.

dan acara makan dijalankan dengan rakus sekali......

oh bila tiba time makan ni, bersyukur pulak kami [suami isteri] jadi single lagi. makan sesuka hati tak hiraukan anak anak. tengok yg lain [yg lain semua dah pangkat mak bapak, ktorg je single lagi], makan gilir gilir, makan pelan pelan. kami pulak, aku ni sibuk bergilir menu, laki aku pulak tak henti henti dengan kambing arab nya. hahahhaha....
kitaorang jadi orang bujang macam @nurul & @alip. =)

makanannya...........................wallah!!!!! semua setap setap!!!

perut dah ketat metat, tp nk makan lagi tanpa henti mengunyah...sedap sangat katanya kan....haha....

lama jugak kt rumah nabila tu. berapa kali ulang makan ntah.

bila agak agak dah mengantuk tu, nk mintak disorongkan bantal, segan kan. maka tapau makananlah kami. best kan. ko bawak makanan, balik pun dapat makanan.
@nabila siap buat triffle lebih dalam tupperware bagi semua orang. clap clap!

banyak jugak makanan yg dibungkus. kira kami tak menyusahkan tuan rumah lah nk penuhkan peti ais dia kan.

balik singgah kampung baru. rumah siapa lagi lah kan....tak sah kalau tak singgah. hehe....

aku rasa, concept potluck ni memang bagus. yelah, open house tp tak menyusahkan tuan rumah. tp hari tu, kira bukan openhouse, tp house warming untuk abg aizat & nabila. dan mini gathering.

yelah, kang kalau aku dtg kl, alih alih jumpa family kak ijan je. so sesekali nak lah jumpa semua kan. nk ke rumah masing masing macam tak dan. so, pergi terjah satu rumah, semua ke sana. setel. boleh jumpa cousin, anak anak menakan. syok tau.

so lain kali boleh buat lagi macam ni kan. tak payah bawak menu susah susah. yg simple tu sedap jugak kalau makan ramai ramai. yg penting, perbelanjaan semua orang equal. kalau open house, byk lagi perbelanjaan kan.

so, lepas ni kita terjah rumah @abg anas pulak. dia kata buat raya haji sebab dia tak datang hari tu. so ganti balik. buat kt rumah dia, dia tak kisah. wahhh best best!!

bestnya.....!!!

sekali lagi aku bersyukur ada adik beradik macam dorang. [bukan macam sepupu dah, tp adik beradik!]

bila dah berjaya yg mini mini gathering ni, bolehlah propose pergi melancong pulak kan. PD ke, genting ke, cameron ke. asalkan dengan mereka yg aku sayangi ni....

okay korang, tunggu raya haji pulak ye......standby menu lain.....hihi


[gambar, next entry ye. tu pun kalau ada. haha]

1 comment:

Fazulra Collections said...

wei apehal ko tak datang rumah aku hah? penyombong punya member. hehe. [fara maju jaya]

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails