:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers

:: mari ikut saya ::

Tuesday, October 12, 2010

film review - magika & jangan pandang belakang congkak 2

hello hello

well well. dengan bangganya, aku adalah penyokong cerita melayu. kalau best, aku suka, kalau tak best, aku mengamuk. haha.
tapi tengok director lah. kalau yg kt pangkal dia ada prof. tu, hehe, aku tak tengok. aku tunggu raya tahun depan baru tengok. boleh??

okay, first film is magika.

ni pun berapa juta kali aku merengek manja kt najib. jomlah tengok wayang, jomlah, jomlah. kang habis camne???
najib suruh beli dvd je. tp aku???? adeh. aku tak rajin kot nk tengok dvd. hari tu beli mualaf & my name is khan tu, dari bulan 3 kot. haram aku nk jengah. serius. aku takde masa yg lapang. haha.

jadi, bersamaan dengan 101010, kami akhirnya ke panggung wayang. nk tau tak, dulu kitaorang plan kawin tarikh ni. huhuhu...

okay. setiap kali movie review, aku akan review seikhlas hati aku. bila best, aku puji. bila tak best, aku kutuk kaw kaw. so korang sendiri boleh buat keputusan yg tepat kalau nk tengok.

magika.

hurm....aku tak lah kata 100% sedap cerita ni. tapi, bolehlah katakan 70% sedap, 30% tak sedap.
sedap dari segi penataan cahaya. cgi. okaylah kot. etc etc..aku lupa. haha.
tak sedap sebab asyik menyanyi kot. suara tak sedap! haha. upsss.
kalau suara tak sedap, otomatik jadi boring, ngantuk.

lagu pun, ada sesetengah je yg best, yg menarik. paling aku ingat lagu m nasir lah.
''nak ke mana kamu bertiga???? jangan sampai kejutkan naga''
sebab tu je yg dia ulang ulang, so aku ingat. yg lain tu, tak berapa ingat.

lagi lagi part pokok tiga tu nyanyi. walaupun rentak lagu tu catchy, tp mendalam maksud dia. suka!

bab pengajaran, aku insaf kejap. yelah adik beradik kan. hahaha. air dicincang takkan putus. haaa, betul lah tu. siapa yg selalu gaduh adik beradik, tengok cite ni sure insaf. =)

elemen sedih pun ada jugak. tersebak kejap tengok masa doktor nk tamatkan riwayat mak ayu & malik tu. ah aku tak tahu apa nama prosedur tu, tp bila seseorang dah mati otak, tak dapat hidup lagi, doktor kena matikan dia. oh tu sedih owh....bab mak mak ni, mana yg tak sedih kan.

pelakon terbaik.

aku suka sabri yunus kot. haha. dia pembantu pada ning baizura puteri gunung ledang

ziana zain nenek kebayan - sebab dia suka menjerit, so tak berapa dengar apa butir percakapan dia. tp okaylah nk bawak watak nenek kebayan. salute sebab dia tengah peknen kan masa tu.
nabil orang minyak - orang minyak yg jual minyak. boleh?? tp adegan nabil tu cam sengal sket. haha.
mawi badang - bolehlah. paling tak tahan scene makan muntah. wek wek wek..
bawang putih bawang merah - comel.
maya karin bunian - banyak gila maya karin
aznil & raja azura pak pandir & andeh - kejap je scene dorang.
vanidah imran mahsuri - haaa ni kelakar. tak tahu nk cakap camne. tp memang kelakar
norman hakim awang lembing - pun sama. walaupun menyampah kt dia. haha
senario 5 hang - bolehlah. lawak senario tak dapat dipisahkan. boring.
ning baizura puteri gunung ledang - okaylah.

watak watak sampingan yg lain. okay lah.

watak utama??? urm....ntah. tak berapa ump kot. lagi lagi fimie tu. cam gedik je. haha.

see..aku cuma boleh kata, watak sabri yunus adalah yg terbaik.

so, siapa yg belum tengok, pergilah tengok.

najib marah aku ''apsal tak cakap ni cerita muzikal???''

hahaha, nampak sangat dia tak suka. aku layan je.



kalau nk tahu, dalam sehari kitaorang layan 2 movie.

next...jangan pandang belakang congkak 2.


sekali lagi urmmmmmmmmmmmmmmmmm.....

aku prefer jangan pandang belakang congkak yg first tu.

sebab yg ni, takde kick nya. biasa biasa je.

aku tak tahu nk bagi berapa bintang. 50-50 je kot.

ada yg menarik nya. ada yg biasa. ada part yg seram, apa part yg sengal.

so kesimpulannya, biasa biasa je cerita ni.

watak pilihan - aku pilih ebby yus & ruminah sidek. yeay!!!! sebagai bomoh bomoh yg sengal alam. aku suka......

watak watak besar spt nora danish, kuman, lan pet pet, cat farish...sekali lagi...bolehlah.....so so.

lisa surihani pun, kalini tak berapa best.


so tu jelah review aku. haaa aku condem bukan tak menyokong industri filem tempatan ye. aku tengok apa. aku bayar gak, bukan tengok free. cuma nk cakap lah, ada yg best, ada yg tak best. so mana yg tak best tu, boleh diperbaiki. mana yg best tu, jangan mendongak ke langit tanda berpuas hati, kalau boleh, asah lagi bagi lagi baik. kan??

okay..selamat menonton..


aku cakap: * walaupun watak kecil, tp mereka pandai nk psiko penonton supaya teringat ingat watak tu. itulah yg kita cari sebenarnya. bukan watak utama, tp langsung penonton tak ingat. tabik spring pada sabri yunus, ruminah sidek & ebby yus....

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails