:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

:: mari ikut saya ::

Wednesday, April 13, 2011

pelajaran rumah tangga - bekal air suami

hello hello

wahhhhh tajuk gempak!! belum lagi kahwin, dah pandai cakap rumahtangga. tengok ticker tu tinggal bape hari lagi. haha.

ehem ehem...okay meh dekat dekat....saya hendak bercerita....!

kt office, aku rapat dengan budak budak HR. sebab dulu aku HR. kebetulan, dua dua budak HR tu dah kahwin. sorang atas aku, sorang bawah aku [umur]. dan puan PA datok tu yg agak berusia. umur lebih kurang mak aku. 40++.

bila bercerita tentang hal rumahtangga masing masing, maka terkeluarlah pelbagai cerita yg seronok, tak seronok. yelah, masing masing baru kahwin. muda lagi kan. yg sorang tu pulak, balu. lagilaaah dah lama kan hidup rumahtangga camne. cuma aku lah, out. tapi dengar je lah dorang bercerita dan jadi tukang gelak, tukang kutuk.


okay, lemme share 1 story.

akak HR ni, suami dia jenis tak minum pagi. so dia memang cakap, dari awal kahwin dulu memang tak buat air sebab suami dia memang tak minum pagi. kalau buat pun, confirm air tu takkan disentuh. so, sampai ke harini, dia mmg tak buat sarapan untuk suami dia.

suami dia akan minum pagi pukul 10-11++. which mean, dah sampai office baru breakfast lah kan.

dorang ni pulak PJJ. akak HR ni duduk melaka, suami dia kerja kt PD. balik melaka hari rabu dan sabtu je.

tapi................................
puan PA ni bagi nasihat......aku rasa, nasihat ni bagus dari seorang yg berpengalaman. dan aku anggap, nasihat dari seorang ibu kepada anaknya.

buat je air tu. letak dalam termos buat bekalan untuk suami. so nanti dia sampai tempat kerja dan tiba masa nk breakfast, air dari isteri yg akan diteguk dulu, bukan dari tangan orang lain. macam simple je kan, tp besar impact dia.

akak tu buat alasan, kalau buat pun, suami dia macam terkejar kejar nk cepat gerak balik PD.

puan PA tu pulak balas ''dah tau suami jarang balik, nk pergi kerja awal pagi, tak boleh ke bangun awal sikit. bukan selalu pun kan''.

haaaaa amik. betul betul macam mak mak kan...

ye betul. nampak je benda tu macam simple gila nk mampus. remeh temeh. tp siapa tahu, pasal seteguk air tu lah bukti sayang dan kasih kita pada suami. dan mungkin boleh buatkan suami kita setia dengan kita dan asyik teringat tentang kita [isteri]

cuba bayangkan, dah lah jarang balik. lepas tu hari hari minum kt luar. bila masa dia nk merasa minum sarapan dari tangan kita kan.

ni, dah lah jarang balik. hari hari pekena kopi janda kt kedai minum janda depan office. mana tak sangkut dengan janda. haaa jangan main main zaman sekarang ni.....

oleh itu...ambil lah pengajaran ni.

kalau sayangkan suami, rumahtangga....benda yg kecil tu pun kena ambil kira. mengelakkan suami mencari yg lain suatu hari nanti. kita sendiri pun tak nak kan...

aku cakap bukan sebab aku nk tunjuk pandai ke apa. tp aku kongsi dengan semua cara cara nk ambil hati suami walaupun benda tu sangat sangat remeh tapi senang sangat nk buat.

solution nya adalah;

beli termos / bekas air yang tak lah membebankan kita harga dia pun kan.
buat air yg paling suami suka. kalau tak suka pun, air suam pun jadilah labu.
bekalkan suami dengan air tu sebelum dia pergi kerja.
bila waktu makan, minum, suami akan minum air tu instead of dia order air kedai.

[tapi kalau suami tu nak jugak minum air kedai, tu nasib kome lahhhh]



maka, suami akan bertambah sayang pada kita....kan....

alhamdulillah....aku dapat ilmu ni sebelum aku kahwin. insyaAllah, aku praktikkan....

4 comments:

~SESEMUT~ said...

ni akak pon nak bagi petua,
masa bancuh air tu selwat la sket, doakan suami selamat pergi selamat balik.
1st day x minum , jgn putus asa, even kalau dia kata x payah. u buattt jerrr...
sekian dr cik seri siantan

Reen Tart Nenas said...

idea yg bagus! :)

e.t.t.y said...

cik seri siantan - amboi nama ko kak. hahahahaha. insyaAllah, dah kawin kang boleh kita praktikkan....bakal PJJ gak ni...

reen - kan. senang je kalau nk buat. tak rencah sgt...

amal salleh said...

i loike :D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails