assalamualaikum
nk membesarkan anak dengan sempurna, sihat, cerdas, cergas memang memcabar....lepas satu satu datang. aku ni tak lah merungut. tp aku kesian dengan anak bila dia sakit. kalaulah kawan kawan rapat, mesti tau satu satu umar raihan sakit. sampai badan tak naik banyak. alhamdulillah tak turun. walaupun makan boleh tahan selera, tp tu lah, bila nk sihat sikit, ada pulak sakit lain datang.
minggu lepas start batuk selsema. then sabtu ahad demam. tp aktif macam biasa. bila malam je naik mencanak. 39"c. aku tak tidur malam pantau temperature anak. sambil layan movie. hehe. esoknya, jadi kak limah episod 2 lah aku. siang dia aktif. memanjat, menjerit jerit. tp bila time waktu tidur dia dalam kul 10pm camtu, slowly badan panas. sapa tak risau....
malam time tido tu lah aku sejukkan dia. lapkan badan dia.
nenek dia dah risau dah..siap mimpi mimpi cucu sakit. mak aku mimpi ada orang suruh bawak umar pergi jumpa ustaz. sebab kerap demam kan. umar start demam camni, masa umur dia 6 bulan. alhamdulillah, lepas tempoh kritikal kan lepas 6 bulan tu. then mak aku bgtau kt suami aku.
dan suami aku terus buat appointment dengan sorang ustaz ni. dia pengasas darul syifa' untuk negeri sembilan. rumah kt tampin je.
dan hari selasa cuti CNY tu, ktorg balik tampin kejap. pergi rumah ustaz untuk rawatan umar raihan. ustaz tu baca ayat ayat alquran, tepuk badan umar slow slow, raba raba, usap usap. umar raihan taulah perangai camne, mana boleh dok diam. time tu lah nk merangkak, memanjat. tp bila orang pegang dia, mulalah start menangis. aku tau peel dia, takdelah aku anggap menangis tu sesuatu yg pelik semasa ustaz tu buat rawatan kan. hehe.
kejap je ustaz tu baca ayat ayat. dalam 10 minit camtu. ustaz cakap, takde apa gangguan tu. sikit jelah yg ada. standard baby ni jin syaitan kacau. then ustaz suruh mandikan umar dengan air doa yg dia bekalkan dengan daun kacang botol. tp ktorg cakap, susah nk dapat daun tu. so ustaz bagi solution lain. dia suruh petik daun bidara kt depan rumah dia. sehari sekali je mandi guna air + daun tu. sekali mandi, 7 helai daun. so ramas ramai daun sapun kt badan anak.
lepas rawatan, singgah kejap rumah mertua. lagi best singgah kejap kejap camni dari balik lama lama...wakakkakakakak...
masak sama sama, lunch. masa lunch tu umar dah lain macam gelisah. panas kot. aku dah makan yg supersaiyaaa makan laju laju. terus basahkan badan dia, bukak baju, baru dia okay. then naik atas bilik nk tukar pampers mandikan dan ready to balik melaka. hehe kejap je kt sana kan.
naik atas bukak ekon bilik. masa tu umar dah merah muka. aku dah agak akan jadi camtu. sebab bilik tu jarang digunakan. plus ada burung bertenggek kt hose aircond. so kalau first time pasang ekon, memang akan bau hancing. pastu muka gatal gatal. dek hama burung tu.
bila ktorg balik, umar back to normal. merah tinggal sikit je. mandikan lagi sekali untuk pertama kali ikut apa yg ustaz suruh. aku gosok daun bidara kt badan dia.
tapi pagi semalam, waktu tukar diapers, aku tengok belakang umar merah sangat. aku ingat ruam biasa, so aku sapu je ng tepung ubi.
hantar kt sekolah, aku cakap ng teacher, ni ruam je sebab balik rumah atuk dia. bla bla bla lah aku bebelkan supaya ticer ingat bukan sakit lain kan...
tengahari aku datang, okay dah benda tu. surut sket. tapi petang masa aku amik dia, aku tengok makin merah lak. kt dagu ni dah teruk gila. aku call suami aku cakap nk direct pergi klinik bawak anak. tp hujan pulak time tu. so cancel.
malam bawak pergi klinik.
since umar dah kena campak keladi hari tu, doktor kata bukan campak. takut dia allergic due to some food ke apa kan. aku ingat balik, dua tiga hari ni takde aku bagi dia pelik pelik. semua yg dah pernah bagi. infact, ayam aku dah stop kan sebab hari tu balik langkawi, ada ruam sket kt leher. lambat benor nk baik, aku stop terus ayam. so bila stop ayam, cepat sket baik. ala mcm kita lah, kalau ada gatal gatal, jgn makan ayam kan...gitulah...
then masa demam, memang selera makan dia ke laut. so aku tak lah masak banyak banyak letak macam macam. senang je nk kembalikan selera anak aku ni, bagi bubur nasi + kurma. laju je makan. tu je pun makanan dia. so aku tak rasa dia allergic.
ke sebab aku bf dia, aku makan macam macam. so far, untuk seafood memang aku takde masalah. sotong, udang name it. umar pass. telur pun sama. well, kalau dari segi makan, memang takde masalah pun untuk umar.
tp doktor bagi je ubat allergic then ubat virus. doktor kata campak memang dari virus, since campak dah keluar, ada banyak lagi virus dalam badan nk keluar. so ubat ni utk cepatkan proses virus tu keluar sama macam campak tu.
dan calamine losyen tu macam biasa.
yg peliknya umar tak pulak menggaru....relax je...dan dia aktif seperti biasa. ya mungkin Allah melindungi umar raihan dan tak bagi umar rasa sakit, gatal tu semua. Alhamdulillah...
ni balik sekolah. terus aku tanggalkan baju dia, letak calamine losyen. susah lak aiiii nk pakaikan ni....dia sibuk nk memanjat.
kecik kan badan dia.
kecik bukan sebarang kecik tu. kecik ringan badan nk memanjat. memang dia lajuuuuuu...sup sup sup terus eh dah berdiri. sampaikan atuk dia pun kagum lah dengan umar. pantas betul dia ni...
ni satu lagi tempat kegemaran. bila dah pandai berdiri kang sengih sengih kt aku. lepas tu lepas tangan yg aku tak tahan tu!!!!!!!!!!!!!! aiyaaaa
awal awal aku dah pesan kt suami aku, lepas ni kalau anak sakit, u pulak take over jaga dia. i tak boleh cuti dah. dia pun kata okay okay.
so harini, memang umar tak pergi ke sekolah. aku risau kang, ticer call aku suruh angkat balik. so tak kuasa nk ulang alik kan. biasalah, sekolah bukan boleh tengok badan camtu. mesti dia ingat sakit apa apa kan. so aku cakap, umar dok umah, ayah jaga!! hahahahaha..
pagi tadi, dia bf kul 630am. tp kul 7am, dia dah bangun waktu aku sibuk buat kerja. then aku kelam kabut sampai dah lambat kan. umar nampak aku je dah merengek. tp aku cakap, sorry mama tak boleh susukan umar. mama dah lambat. umar tinggal dengan ayah okay. harini tak yah g school.
tp aku macam sebak gila pagi tadi. masa aku cium dia, boleh lak aku menangis sikit.
hahahah risau gila laki aku jaga camne kan....
well, umar raihan bukan nk sangat kt ayah dia. kalau ayah dukung kemain lagi protes..
tu yg aku yg kami risaukan tu....
bukan ayah je risau, aku pun risau...
tapi, aku doakan semuanya berlalu dengan sempurna. janganlah umar buat perangai dengan ayah.
dan suamiku, aku harap dia faham tugas aku menjaga anak selama ni macam mana. macam mana aku jaga umar sampai aku tak sempat nk mandi, tak sempat masak. haaa rasakan!!! kahkahkahkahkah...
update: umar dah sarapan, minum susu, makan ubat. dan sekarang tengah tido...jap lagi balik tampin. aiyaaa dah lah dapat ruam dari sana, lagi mau balik sana. dok jelah diam diam kt rumah tu....
3 comments:
Ammar pn lately naik merah2 kat muka balik..nak kata sbb makan ayam selama ni i mkn ayam okey je..seafood memang reject la.
sabar yer etty..lin rasa alergik tue..dulu falliq pon ada kena camtue..tapie lagie terok badan bintat2 lebar2 macam kayap..belakang kepala macam bengkak besarrr...mmg menangis la...anak relax jerk...upernya sbb lin bagai pavlova (povlova kan putih telor) huhu..tak tau upernya putih telor boleh bagi bila bayi dah 9bln...huhu.
alala..
pity to umar raihan..
get well soon ye sayang..
pssst...i pun xsuke dok lelama kt uma PIL.rasa panas je punggungku ini.haha
Post a Comment