assalamualaikum
wawa dah selamat update pasal langkawi. aku macam malas! sebab takde yg fun pun. hahaha upssss.....so tak payahlah...sikit sikit tips tu bolehlah...
tp sekarang nk cerita pasal makanan umar raihan je. tu yg best kan nk bercerita..sebab hari tu pening kepala fikir camne nk handle umar ni....sebab since dia dah makan ni, dia sangat kuat menyusu. so mestilah kena kenyangkan dia betul betul. kalau tak amukan puaka sebab laparrrrrrr....
as seen above. aku bawak....
1. pisau - utk potong buah
2. penapis - utk tapis buah buat fresh puree
3. penumbuk kayu - utk tumbuk buah
4. bekas makanan - utk makan hehe
5. bip
dan aku membawa bekalan umar raihan seperti:
1. buah - aku bawak buah plum, buah pear [ke buah lai tah] dan kurma.
2. serbuk ikan bilis - siap goreng dari rumah
3. cerelac - aku beli yg beras + sayur
4. biskut rusk
untuk breakfast
aku bancuhkan biskut dengan puree kurma + plum. apa guna penapis + penumbuk tu kan....kurma sebab umar raihan memang suka kurma. plum untuk lawaskan perut dia. lepas tu letak EBM sikit. - buat pagi pagi derrrrr...bersilat kt dapur hotel.
untuk lunch
aku bancuh cerelac. lepas tu aku tambah serbuk ikan bilis.
minum petang
takde pun. tp kalau jalan mana mana, sebelum keluar aku akan kupas buah pear, potong dadu dan masuk dalam tupperware. agak agak kt luar dia macam lapar atau boring, aku masuk dalam food feeder. kasi dia nyonyot.
makan malam
repeat menu lunch.
aku kt langkawi 3 hari 2 malam. then kt penang 1 malam. tengok menu atas ni macam kesian kt anak kan...sebab tak puas. memang pun. once anak kau dah terbiasa dengan bubur dan lauk pauk yg yummehh buatan tangan mama dia ni, makan cerelac mana kenyang. walaupun ketika makan dia menolak konon dah kenyang, tp lepas tu tido ke, berjaga ke mesti merengek. tu tanda tak kenyang. tp aku dah pesan dah kt umar raihan, cerelac ni makan time berjalan je. sebab terpaksa!!! kat rumah mama masak bubur macam biasa. no cerelac at home okay.
masa kt langkawi, takde rezeki nk jumpa wawa ng elman walaupun ktorg satu pantai. ktorg berwasap wasap je. tanya wawa pasal elman makan apa. wawa cakap kedai kt langkawi ni famous pasal MOI. macam bubur. so wawa mintak moi kosong, dia campurkan dengan serbuk ikan bilis.
[wawa gigih siap bawak slow cooker]
bila aku cakap kt suami aku camtu, dia tak bagi. dia takut letak msg ke apa. derrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr....pffffafa....so memang selama kt langkawi, anak aku tak makan pun bubur even MOI!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! haha
bubur mcd???
tu bukan suami aku yg haramkan..aku pun banned!!!!
when its about baby's food, memang aku akan jadi fussy.
aku akan jadi mak yg cerewet pasal pemakanan anak aku.
tolonglah jangan samakan anak dulu dengan anak sekarang. ada je cakap, ala anak aku dulu makan macam macam okay je. OKAY TU ANAK KAUUUU...!!!. so jangan suruh aku bagi macam macam.
that why, aku sanggup bangun pagi pagi siapkan bubur, lauk, fresh puree untuk bekalan ke nursery. aku memang nk bagi anak aku fully homemade. buatan tangan mak dia ni.
sebenarnya, terpulang pada masing masing kan nk besarkan anak. nk jadi fussy macam aku, silakan. aku sokong je, at least ada geng fussy dengan aku kan. hahahahahah
nk jadi mak yg sesuka hati bagi anak telan macam macam pun sukati. tp kang kalau anak sakit ke apa, janganlah meraung kan...anak tak sakit sekarang, tp akan datang...
okay berbalik pada cerita langkawi, so dalam diapers bag umar raihan penuh dengan makanan dia lah. aku standby kan cerelac dalam tupperware. that y aku banyak bawak bekas kecik kecik tu. then buah dah siap potong dadu, bip aku bawak. botol susu isi air suam.
masa pergi langkawi aku belum introduce couscous pada umar raihan. tu pasal tak bawak tu. ingat dia dah masuk 8 bulan nanti, boleh try couscous dan sekali lagi try oat pulak.dan kalau ada travel mana mana, no more cerelac.
kenapa no more cerelac...?? amboi etty, banned betul kau kan kt cerelac....
banned bukan sebarang banned lah kawan...cerelac taik anak aku seketul seketul. sembelit derrrrrrrrrrrrrr.........
9 comments:
haha!comel je bace entry u ni..xpe2.soon i pulak follow u..nak gak join geng fussy2 ni..kekeke
rajin mama Umar bawak small2 tools pergi bercuti. tapi yelah, kalau anak kita sakit, siapa yang susah? kita jugak
Amboi bff.ni entry psl mknn ank ke entri luahan perasaan.garang semacam...yeah.ank kite..kite tentukn....masing2 knal ank masing2 kan
ctmah - yeayyy...ada geng fussy mom..!!!
yana - betul yana, bila anak kita sakit, kita jugak yg kena berjaga malam jaga dia. bukan org yg sumbat makanan tu kan...
veelara - hahahahhahaha..tetiba emo tak memasal kan...hahahah
hahaha! garangnyer mak etty oi. ala anak kite, mestila nak fussy kan? i pon seboleh2 mau homemade. bagi yang instant, rasa pilu je dalam ati.huhuhu
i igt nak try bagi aisya cerelec la...itu pun kalau dia tak reject...
kurma - accept
sweet potato - accept tp 2,3 suap je..jadilah
sweet pear - reject!!
apa lah yg aisya suka sbnrnya...kurma je lah.eh mcm sama je dgn bf...
jgn terkejut kalau aisya tak makan smp 7bln...jgn kata i obses bf.hahaha
Hahaha. Ety melepaskan geram lahhhh. Haha. Woi buat entry makanan anak kena hati bersih. Hahah. Kelaka la ko ni
uii tegasnya mama ni..kihkih..insyaallah air tgn ibu yang terbaik kan :)
ha..gitu! mommycha dulu kasi Mikha homemade sampai exactly 8bln. pastu nan hadoo...cerelec semua dah masuk dlm perot dia. Tak mampu dik, ahkak dah morning sickness giler. tak daya nak bgn pagi stim2 buah bagai dah :(
Post a Comment