:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

:: mari ikut saya ::

Tuesday, January 25, 2011

ikut cara kami.

hello hello

* kalau ada terkecil hati, aku minta maaf.


habis majlis merisik hari tu, banyak sangat persoalan dari pelbagai pihak. dari segi jumlah hantaran yg dipertikaikan, barang yg bakal digantikan sebab cincin nikah dah guna masa tunang. banyak lagi lah.

bila pelbagai pihak cuba untuk push aku, aku stuck. aku stress.

tapi, lama lama, aku sedar. jangan ikut cakap orang lain. ikut kemampuan sendiri.

memanglah, kahwin bukan ikatan 2 hati, tp melibatkan ramai pihak, banyak hati yg perlu dijaga.

tapi, kena ingat, pihak tu bukan bagi kami duit utk tambahkan duit hantaran, bukan bagi duit utk beli gelang, rantai emas segala. mereka hanya tau mengeluarkan air liur. senang, tau provoke je.

oleh kerana tiba tiba dah rasa ada tanggungjawab sebagai isteri, teman rapat pada suami, aku cuba nk bertoleransi, cuba nk senangkan hati bukan susahkan hati najib.

aku terima seadanya apa yg najib akan bagi pada aku nanti. segala galanya.

aku terima je jumlah hantaran seperti yg telah dijanjikan, aku setuju je cara recycle cincin tu. aku bukan kisah pun pasal barang kemas ni.

aku cuba tak menyusahkan najib lagi dengan segala pertanyaan, segala paksaan.

selama preparation ni pun, dia yg banyak berkorban dari segi harta benda. so, cukup cukuplah membebankan dia dengan perkara material ni.

malam tadi, aku tanya mak ''tak kisah ke, etty guna balik cincin tu? sebb cincin tu memang kami beli beribu utk nikah''
mak ada suggestkan beberapa perkara.

tp minta maaf mak, etty tak dapat nk tunaikan. mak kata ''mintaklah rantai, kamu takde rantai''

maaflah, budget kami terhad.

tahukah semua orang, matlamat kami membeli cincin harga lebih rm1k tu hanya utk pernikahan. kalau ada matlamat lain contoh nk beli rantai, gelang, takdelah kami berhabis hanya untuk cincin semata mata.

mak memahami. ''takpelah, karang dapat mas kahwin, beli rantai''

alhamdulillah. harap mak ikhlas memberi cadangan tu.

belanja kahwin ni, betul betul duit kami berdua. duit najib lebih banyak semestinya. duit simpanan aku, ada berapa je. boleh lah buat tampal yg mana mana.

kami tak harapkan langsung duit mak ayah. macam orang lain, ibu bapa ada membantu. tp kami lebih selesa duit sendiri. susah senang, kami berdua tanggung. kalau sikit duitnya, sederhanalah kami. kalau banyak duitnya, grand lah lebih.

kalau bakal suami inginkan aku tinggal bersama ibu bapanya, aku redha. dia bakal imamku. mana mana pun, dia tetap aku agungkan selepas Allah dan rasul. insyaAllah.

aku cuba untuk berfikiran positif tentang tinggal di rumah mertua.

boleh save duit banyak untuk bakal rumah sendiri. boleh saving untuk keperluan anak anak. boleh save utk beli kereta baru. masa ni, baru aku boleh dapat rantai, gelang.

aku cuba berubah utk kebaikan semua. ikut rentak org lain yg dulunya asing, tp sekarang keluarga aku.

aku cuba buang jauh jauh negatif nya tinggal dengan mertua.

apa yg aku nak, sentiasa di sisi najib bila dah halal nanti....insyaAllah. dan najib boleh berlaku adil antara aku dan keluarganya.


tolonglah jgn desak aku mengenai harga hantaran, gelang tangan, rantai semua.


this is our wedding, please follow our own way.....
selama ni aku tak pernah pun nk tanya, kacau hal kahwin orang termasuk sepupu sepupu aku......tolonglah............................

1 comment:

Lyena Vee said...

sabar ye etty.. memang banyak dugaan nak kawen nih. kalau bukan dalam perhubungan, dugaan dari oarng sekeliling yang dok push kiter. me pon, plan to recycle jer cincin tunang for nikah. save cost dah. bukan nak pakai pon kalau ade banyak2 kan.be strong k, dear..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails