:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers

:: mari ikut saya ::

Thursday, March 15, 2012

cerita pasal kucing pulak boleh tak?

assalamualaikum,

rasa rindu pulak kt budak budak kt rumah tu. nk bercerita tapi takde gambar nk attach so tu yg rasa tak seronok. takpelah, agak agak rindu kt dorang, tengok jelah gambar lama eh. hehe.

mell

aku balik kerja, dia tengah tido kt bilik mak. kang aku nk tido, baru dia bangun duduk depan. so bila masa berkualiti aku nk spend dengan dia. kadang kadang kalau dah rindu sangat, aku masuk bilik mak, kacau dia tidur. pastu kang dia marah. wakakakaka. gigit telinga baru tau. dah lah perangai manja ngade ngade. konon nk bermanja, tp kang bila kita panggil datang lenggang lengguk macam nk kena belai. tp dia boleh baring 1km jauh dari kita. boleh?? camne nk gesel gesel kan. perangai tah apa apa. ikut siapa lah ni. hahaha.
cuma dia suka bila abang dia usap usap badan dia. abang dia lagi suka sakat sebb kang keluarlah bunyi ngade ngade. aku pulak angin sebab bunyi dia bising!


madik

weekend hari tu, abang dia gatal dukung konon nk bawak masuk bilik air nak mandikan si madik ni. memang selalu menyakat je pun. aku awal awal dah pesan. madik ni bukan spesis suka kena dukung. cara dia bermanja lain. so janganlah nk main main lidi dengan dia, nk dukung kalau tak rela tangan kaki tu dicakar. okay aku dah pesan ye kt laki aku.
tapi hari tu, gatal gak nk mendukung si kadik ni. haaa mendapatlah...10 bekas cakaran kottt...hahaha. dalam hati cakap jugak haaa padan. dah kena. bukan aku tak warning kan. banyak kali dah pesan. sekali mestilah madik tu kena bantai ng bear aku. sampai sekarang dia takut takut ng suami aku. elok elok dia bermanja main ala ala anjing, terus kalau suami aku balik, dia nyorok masuk dalam bilik. dalam hati, bagus jugak adik buat perangai camni. takde lah kena buli.


kaboy

ini budak kan...alahai. dah pandai curi lauk bawah tudung saji. eeiiiiiiiiiiiiiiiiiii geram aku....!! mulanya mesti sebab makan ikan goreng, ayam goreng. pastu sekarang dah pandai curi lauk. terjadi pagi tadi, seketul ayam goreng untuk lauk mak aku sebelum pergi kerja. lauk tu kira besarlah jugak. sekali aku bangun tidur, nampak tudung saji bawah meja, atas meja tinggal cendawan goreng je. ayamnya hilang. tak lain tak bukan kerja kaboy jelah. yg lain mana makan ikan goreng goreng ni. geram!!!!!!!!!!! aku apa lagi, sebat bontot dia, gigit telinga dia. hahahah. padan muka.
dia paling suka makan ikan bilis. bila orang sibuk kopek ikan bilis time tu lah menyibuk. tp bila dah kenyang, dia boleh muntahkan balik. eeeeeeeeeeeiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii kaboy!!!!!!!!!!!!!!

bila tak bagi, dia buat muka kesian. cuba bgtau aku, sapa yg tak cair bila kucing buat muka kesian??? haha. kaboy ni pulak, siap pakej suara kesian, body language kesian. so nak tak nak kena bagi jugak. mula mula bagi taik ikan bilis je. muntah. so switch bagi ikan bilis dah siap kopek. amboi kelas kau kan. manja kemain siap dah berkopek. tp muntah jugak. alahai kaboy.
so lepas ni no more lah ikan bilis gemuk kaboy.

kalau bagi ikan rebus, semua bekas dia sapu bersih. hahaha. tp perasan budak budak ni lebih suka ikan kembung. tak suka ikan tongkol, ikan sardin. ikan kembung jugak yg licin.

kalau abang dia balik, tak lain tak bukan, mencari kaboy jelah. asyik lah sebut ''abang sayang tom sekor je tau''. abang sorang je panggil tom. haha.
sebab dia paling manja dengan abang, dia jugak selalu kena buli, kena babap. ingatkan sakit, tp bila abang dia masuk bilik, mengekor jugak. pelik tau. aku jelah terjerit jerit ''jangan lah pukul dia...!!!!''.

sejak perut dah besar ni, tak berani nk biarkan dia tido atas perut aku. selalu kalau aku tertidur dekat dengan dia, kang dia naik atas perut, landing situ. sekarang tak dapek lah. senak perut ni ha. kalau nk tidur pun, celah kangkang. manja sangat anak si bongsu ni.

oh yea, baru baru ni kt bawah rumah tu ada sekor kucing siam. sebijik macam adik masa kecik. ingatkan nk amik, tp eh...takpelah cukup lah tu. lepas tu plan nk open for adoption. sms tedi. dia suruh mms gambar. sekali esoknya suami cakap, dia dah pakai collar. means, adalah tuan nya tu kan. ooo sedih sebb dia terpaksa berpanas kt bawah kereta. tak dapat bayangkan kalau kena langgar ke apa. sob sob sob...

budak budak sekarang dah kena quarantine. sebb baru je baik dari kutu. mana datang tah kutu kutu tu. bawak pergi vet tak jalan. sekali beli sendiri frontline combo ng syampu machiko. belek belek bulu kaboy [sebb dia je paling putih], alhamdulillah takde dah. selalu tu, check je kemain banyak kutu. tp lepas ni, kena jugak mandikan selalu. cuma tak malas nk bawak turun. fobia oooo....


okay tu jelah.

aku selalu berdoa, dimudahkan urusan menjaga kucing kucing ni walaupun dah ada anak nanti. mintak mintak lah takde perkara yg tak seronok berlaku. sekarang dah kena rajin nk potong kuku dorang seminggu sekali. hahahaha.

okay aku publish tanpa menyemak semula ejaan. harap maklum.

2 comments:

veesakura said...

muka kesian? konpem cair. i pon slalu gtew. marah gila ni, tapi tengok muka kesian dorang, terus melting. haha!! me pon dah lama tak buat entry pasal dak 2 ekor tuh. slalu post gambo jer kat fb. cuma memang dak 2 ekor tu, i tak bagi naik atas perut dah. senak kot. masing2 berat sampai 4 kilo lebih. hehe

Syima Syaz said...

banyaknye kucing....i dulu pun byk...tp skrg tina sekor je la...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails