:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers

:: mari ikut saya ::

Friday, March 16, 2012

healthy food for momma

assalamualaikum

mama kena makan makanan berkhasiat, tp mama selalu malas. harharhar. mama kena minum susu untuk ibu merandung, tp sekali lagi mama buat alasan mama malas. sian baby. mama kena makan cukup cukup, tp mama selalu malas makan malam bila papa takde. konon nk diet, tp naik jugak berat badan. hehe.
supplement pun kadang kadang mama skip. sian baby tau.

1. susu

malasnya mama nk bancuh susu tu. plus tak sedap. sebelum pregnant memang minum susu ni sebab dapat sampel dari pantai hospital. lagipun, untuk membiarkan badan kita menyediakan keperluan untuk kehamilan. eh apa ayat ni. tp sejak awal awal mengandung hari tu MALAS MALAS MALAS lepas tu asyik nk MUN MUN MUN je, terus tak minum.

agak lama jugak tak consume susu. harapkan susu pekat je buat teh tarik. wakakaka. tp minggu ke berapa tah hari tu, nurse banyak kali tarbiyah suruh minum susu etty, minum susu!! okay tak berkesan sangat. mula mula amik cheese je. lepas tu baru lah start balik minum susu. tp susu ready made. HL, dutch lady, marigold fresh milk. hehe. aci lah kan. asalkan susu.

masa tak minum susu tu, doktor panel ada bagi pil kalsium. tapi sejak dah menjadi peminum susu yang tak berapa nk tegar, pil kalsium itu sudah ku pandang sebelah mata. har har har. haaaa gelak kau ye. ingat cukup minum susu semata mata? badan aku dah start sakit balik. dulu masa amik kalsium tu, tak lah berapa sakit. okay, start malam ni makan balik pil kalsium tu.

2. nasi, lauk, sayur

nurse kata makan bayam nk maintain kan HB. noted. saya suka bayam nurse! tp rasanya bayam masak sup lagi sedap dari goreng.

nurse jugak pesan, makan hati, organ dalaman haiwan ternakan [wakakakaka] eg ayam untuk naikkan HB juga. sebelum merandung, wah memang faveret hati tu. tp sejak first time makan beli kt cafe, eiiii yakssss....pahitnya. terus tak suka. suami pun pelik kenapa aku tak suka padahal masa student dulu dah dipesan banyak kali jangan makan organ dalam ayam nanti bengap. wakaka. rela bengap dari tak makan hati ayam derrr..

ayam pun kurang suka makan.

feveret adalah ikan. okay takpe, omega banyak kt ikan kan? moga moga anak mama kang bijak sebb mama dah makan banyak omega. hehe.

seafood, sotong, udang semua tu, kalau ada boleh lah tak pandang langsung. dulu macam jakun kan. haha. sekarang, eiii i dont like!

aku akan makan nasi at least sekali sehari. selalu ktorg makan start pukul 10am. time tu dah makan berat dah. malam tengok lah kalau mak masak, aku makan. kalau mak tak masak. hehe faham faham dah leeee.....


3. buah buahan

beli nasi kt cafe, mesti beli sekali sepotong buah. paling suka tembikai lah. sebab kt mana tah makcik cafe tu beli, manis kemain. takde tembikai, kita beli honey dew. pun manis. sedap sedap sedap!!! nenas takde pulak makcik tu jual kan. jambu batu pun suka, tp kan selalu dia jual dengan serbuk asam tu. kalau boleh tak mau makan asam banyak sangat. so jaranglah makan jambu batu. jambu batu pun okay untuk naikkan HB tau.

asmida ada pesan jangan makan betik banyak sangat sebab kakak dia cakap, nanti baby kuning. sebab anak asmida pun kuning lama [dan dia gila gila makan betik masa dia merandung]. tp nasib baik aku memang tak makan betik. plus seingat aku, jaundice ni berkaitan dengan darah kan. tapi takpelah, nasihat yg dah jadi ibu ni, dengar jelah. bukan salah pun.


4. vitagen

minuman mesti ada dalam fridge sekarang. sebab lepas minum vitagen, senang nk berak at least sekali sehari. dulu??? dulu aku berak seminggu sekali. hebat bukan pembuangan aku??? tapi hari tu konon bertukar selera beli yakult. manis gila okay. jangan beli! minumlah vitagen, sayangi perut anda setiap hari...vitagen!


so far itu ajelah makanan yg menyihatkan yang aku ambil selama aku merandung ni. tp janganlah ingat aku tak makan makanan tak berkhasiat pulak. mrs perfect sangat ke aku ni. haha. amik jugak, tp jarang lah. eh tp aiskrim, sehari sekali. mesti kena makan aiskrim, kalau tak, rasa tak lengkap hidup. wakakaka. jajan, jarang sangat. coklat tengok mood kalau terasa nk makan. minuman bergas, kalau makan mcd, aku switch to minute maid pulpy atau milo ais. fast food pulak, tengok poket. haha.

roti canai, teh tarik pun ikut kehendak lidah. kalau terasa baru makan. nasi lemak pun jarang.

supplement. since check up kt KK, hanya diberi iron tablet, vit C, b complex, acid folic. hari tu makan iberet folic ke apa tah nama dia. so just makan tu je sebb nk maintain HB pada paras normal. HB aku pernah turun ke 10.7. tp sekarang dah cecah 11+. =)

so since sekarang baby dah aktif bergerak dan sudah pun mempunya pola tidur yang tersendiri, dia akan melasak ketika mama dia makan. kadang kadang terfikir dan pernah pun tanya kt suami ''bila i makan, immediately ke dia sampai ke baby? sebab baby aktif betul time i makan, macam dia enjoy menikmati makanan tu''. haha tp suami cakap, tak lah semua makan sampai kt dia, cuma nutrien je. whatever lah, yg penting kami dua dua enjoy bila makan.

2 comments:

aTy _faRed~ said...

yang penting makanan harus seimbang..segala nutrisi akan dapat kat baby..:)

veesakura said...

hohoho! i pon memang ada i yogurt dalam fridge. utk bantu nak lawas. susu, memang mengelat gila nak minum. minum yang ready made ja. dutch aldy choc. sedapp! ngeee. tapi pil kalsium mmg tak tinggal la. hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails