:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers

:: mari ikut saya ::

Monday, March 5, 2012

kursus pengukuhan jatidiri ver. 1

assalamualaikum

seronok rupanya kursus / camping dah tua tua ni. lagi lagi satu pejabat, perempuan semua pulak tu. time pregnant pulak tu. alhamdulillah takde benda yg terjadi. semua berjalan lancar. rasanya berat pun dah naik berkilog sebb asyik makan je. mau tak, 8.00 am, 10.00 am, 1.00 pm, 4.00 pm, 6.00 pm, 10.00 pm. sehari 6 kali makan. baby suka. eh tak, mama dia yg suka.

gambar belum dapat lagi dari budak office sorang yg bujang tu. =))))
so cerita bergambar nanti nantilah ye. tu pun kalau ada. haha.

alhamdulillah. takde kata yg boleh aku cakap selain bersyukur nama aku ditakdirkan ada dalam senarai wajib pergi tu. wajib okay.
walaupun pada mulanya weekend aku dah plan macam macam, tp rasanya takde kekesalan pun tak reject kursus ni.

sepanjang masa berselawat, berzikir memuji baginda Rasulullah SAW buat aku rasa bersemangat, gembira, makin dekat dengan baginda walaupun sebelum lalai nk berselawat.

seronok nya bila kenang balik kenangan 3 hari 2 malam minggu lepas. rasa nk ulang balik keadaan kt situ. #hal hal mistik tak mau ulang!!

paling seronok, dapat daki gunung ledang walaupun hanya beberapa km. ya Allah. bila sampai kt air terjun tu, bertafakur mendengar alam berzikir menyebut kalimah Allah SWT, rasa kerdil je diri ni. baby tendang tendang, tak tau lah tanda dia suka atau dia letih. tp mama dia memang letih, kaki kt betis tu dah cramp sampai sekarang. tinggal mamanya dah mc 2 hari minggu lepas je, dia tak mc lagi sekali harini. haha.

dan sekarang baru tau, kenapa ktorg punya tuan pendaftar kerap mengalirkan airmata bila menceritkan kisah Rasulullah, mendengar nasyid wahai purnama. kt sana bila ustaz yusof bercerita tentang baginda, air mata ni laju je turun.

aku beli cd nasyid wahai purnama. walaupun berharga rm5 untuk satu single, tp nikmatnya aku sorang je tau. bila berdendang lagu tu dalam kereta masa suami jemput dari utem, bergenang je mata ni bila hayati balik setiap lirik nasyid tu. pergi kerja pagi td pun, mengalir je airmata.

subhanallah....

terlalu banyak hikmah bila dapat pergi kursus ni.

cukuplah diceritakan pengalaman manis tu. takut dikatakan riak. ustaz kata tak baik riak, ada perasaan dengki, ada perasaan AKU. semua yg kita dapat ni, datang dari Allah. paling sedih, ustaz kata suami adalah amanah dari Allah. bersyukur lah kita dijodohkan dengan suami kita walaupun banyak kekurangannya. masa tu Allah je tau betapa aku sayang, cinta dan rindukan suami aku. mendengar je cerita tentang saidina Siti Khadijah, senang betul nk menangis.

okay kt gunung ledang, mama senang cembeng. =)

ya Allah, kau sedarkanlah aku bila aku lalai mengingatiMu dan kekasihMu, Rasulullah SAW. jadikan aku, suamiku, anakku, kaum keluargaku, hambaMu yg sentiasa mengenang nikmatMu.

2 comments:

cik fadh said...

terbaikk !!..nnt opismate yg BUJANG pas gmbau2 yer..

e.t.t.y said...

cepat skettt...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails