assalamualaikum,
letihnya badan ni tidak terhingga. semalam baru balik dari PD. berkursus 3 hari 2 malam. at first macam excited nak pergi, konon seronok macam jati diri itu hari. tp lama lama lemau pulak. bukan sebab lemau tak nak pergi, tp malas nk packing bag. packing bag paling tak suka okay. tp nasib baik kalini punya format, pakaian adalah formal ketika di dalam dewan. kebetulan, baru dapat stock baju dari cheyah, so angkut jelah blouse maternity. hi hi hi.
packing packing packing, tersedialah bag tu malam jumaat. 1 bag roda, 1 beg sandar, 1 beg letak iron. iron penting sebab faktor baju yg berkedut seribu....
hari jumaat bertolak dari U dalam pukul 3 camtu. weols naik bas PLKN yow. haha. driver ikut jalan lama. masjid tanah - sungai udang - PD. baru je sampai sungai udang, aku dah tertido. bangun je dah sampai PD. dasarrrrrrr....
weols menetap kt selesa beach resort [rasanya]. oh agak selesa jugak bertepatan dengan namanya. cuma...............................nasib tak berapa nk selesa. dapat tilam sakit badan, shower tak berfungsi. tapi since bilik tu strategik dekat dengan cafe @ swimming pool @ foyer so agak sayang nk menukar bilik. plus takut dapat bilik tingkat atas. mak buyung ni nk senang jee. hehe.
awal awal lagi ada unsur cemburu di hati officemate. ''untungleee dapat pergi pintar time peknen ni..........'' sambil muncungkan mulut jeles. wakakakakakakakka.
aku memang berharap aku pergi siri yg ni. sebab kalau ditakdirkan pergi lepas bersalin nanti, macam agak susah. nk tinggalkan anak, nk mengepam. lepas tu, pintar ni wajib buat rakit, naik rakit sampai tengah lautan selat melaka. oh tidak. alhamdulillah, rezeki aku pergi tengah peknen ni. [tak payah naik rakit leee derrrr]
tapi ada sorang akak ni, anak dia kecik lagi. so dia bawaklah suami & anak sekali. tapi bayaran tu lain lah kan. perbelanjaan diri sendiri. [macam best je bawak suami & anak sekali kan]
ada satu hari tu, aku terdengarlah keluh kesah sorang staf ni dalam surau. time tu dia baru lepas pam. dia cakap risau camnelah nk uruskan susu bila pergi pintar nanti. sebb dia pun baru masuk kerja.
alhamdulillah, urusan dia dimudahkan. dalam bilik kami, disediakan fridge. best kan.
so far aktiviti tu............bolehlah. takde lah yg menarik sangat, takdelah yg langsung tak menarik kan. so so je. best bila buat aktiviti berkumpulan. plus, kalini pergi dengan fakulti & jabatan lain. so boleh kenal kenal. in fact, dalam group aku, ada sorang lecturer indon, sorang lecturer bangladesh. so best lah kan boleh sembang sembang. yg lecturer indon tu siap lah tanya aku ngandung anak ke berapa, bulan ke berapa, dah tau jantina ke belum. wakakakka. org berakit, aku menyembang. dah macam cerita sinetron pulak. =))
balik semalam, suami aku amik. best best. ingatkan nk mandi laut sebab sepanjang kt sana, tak mandi laut pun. dapat mandi pool je. aty fared kata kalau swimming senang nk beranak. hahaha tp masalahnya aku tak berenang pun. berkubang je. kahkahkah.
sampai je teluk kemang, panas kemain. suami kata, usahkan berenang kt laut tu, keluar dari kereta ni pun boleh sunburn tau. so aku malas nk pakai sunblock bagai, tak keluar kereta pun. lepas tu suami bawak pulak pergi pantai cermin, tanjung biru [eh tah nama tu betul ke tak]. masa tu cuaca macam dah redup. tp sampai sana, air surut pulak. nun jauh ke tengah haaa...hai lah tak koser lah aku nk berjalan ke tengah tu kan. maka jalan jalan jelah kami. ke perkampungan nelayan kt tanjung agas lah. aku ni penat, tp layankan jelah. plus bukan aku drive pun kan.
sampai melaka singgah kejap area pantai puteri makan mee kari, coconut shake. ui dapat makan aiskrim.....................heaven heaven. [jap g kena minum air gula pun heaven gak!!]
singgah MP [mahkota parade] sebb nk tengok tengok handphone. adik aku kan dapat 8A hari tu SPM. so nk kasilah hadiah. ingatkan hari tu sebelum dia pergi PLKN nk belikan hp murah murah yg samsung rm80 tu je. tp bila dah cemerlang SPM ni, takkanlah nk bagi hp murah kan. bagilah yg up sikit. tak dapat bagi belakberry, kita bagi pinkberry. hehe. asal ada wifi cukup. alhamdulillah, ada rezeki ni bolehlah tunaikan janji nk bagi dia hadiah. tp tak dapatlah nk belikan dslr as per requested kan. kopakkkkkkkkkkkkkk...!!
sampai rumah, terbongkang!!!!!!!!!!! penat ngantuk semua ada....laki tah kemana, baju kerja tah ke mana. yg tau aku nk tidooooooo....!!
sampai le kt masa sedang menaip ni....aku mengantuk!! dan tiba tiba aku rasa entry ni macam entry sampah tidak berobjektif, tidak bervisi, dan tidak bermisi.
selamat tinggal.
2 comments:
ghupe tido mcm selesa nk amat kt katil tu..hahaha
hish xde misi n visi !!
rupa kena mesti ada cik fadh gothic oiii..
Post a Comment