:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers

:: mari ikut saya ::

Monday, March 19, 2012

nk pergi IKEA

assalamualaikum,

last week, ktorg mak mak dara ni plan lah satu hal ni baekk punya. plan nk pergi ikea. mesti ada orang cakap, eleh ikea pun beria nk plan bagai. haha. sejak aku pindah balik melaka ni, ikea adalah tempat yg paling aku rindu nk kunjung. selain dari sogo dan pasar malam jalan TAR. so korang mestilah faham, kt melaka mana ada IKEA noks. so aci lah ktorg berangan nk g ikea kan. hew hew.

lepas tu dah masing masing kelam kabut, siapa nk drive. ktorg ni, setakat nak race kt highway SPA tu no hal, tp highway lain. hik hik...maafleee...tunduk kepala.
* termasuk aku.

lepas tu hari sabtu kelmarin aku pergi kluang. ambil adik aku dari PLKN. on the way tu, aku pun bukaklah cerita tu dengan somi aku.

''ayang, ktorg kan, staf office plan nk pergi ikea. semua perempuan. boleh tak nk join?''

''siapa drive, kereta siapa?''

''urmmm kereta ikin kot sebab dia bawak alza. ktorg ni ramai, mestilah kena bawak kereta yg selesa. tp drive tu tak tau siapa. sebab masing masing tak reti nk drive kt highway sana. ktorg jaguh di highway SPA je. hahaha''

''tau ke jalan?''

''i tau. tak mau lalu federal, masuk KLIA boleh kan. pastu kuar kelana jaya''

''ermmmmmmmmmm''

''tak pun nanti boleh pinjam garmin u kan? kan ? kan ?''. haha padahal belum diberi keizinan lagi, dah siap bodek nk pinjam garmin.

''bila nk pergi nya ni? larat ke? nk beli apa kt sana?''

''ktorg plan nk pergi dapat gaji tertunggak tu [wahhhhhhhhhhhhhhh plan baik]. ala boleh lagi time tu. sebelum beranak kasi can lah jalan jalan, tengok barang. bukan nk beli apa pun. nk jalan jalan ng budak office je''

diammmmmmmm...bunyi cengkerik.

so far, apa yg aku faham perangai somi aku, diam tu bukanlah tanda setuju dan bukanlah tanda tak bersetuju. lagipun benda ni sekadar planning. tunggu bila dah confirm nanti, baru kena tanya lagi sekali.

------------------------------------------------------

jauhnya kluang tu masyaAllah. penat aku. dah lah bantal yg selalu aku guna tu, somi aku letak kt boot. balik dari kluang tu, aku dah tak senang duduk dah. patutnya singgah RnR, nk capai bantal tu, tp tah boleh terlupa. last last sampai ke melaka lah badan aku sakit sakit. since dah jamak kt RnR tu, balik teruslah baring golek golek. sambil tu mengadu lah sakit badan kt suami. sampai ke maghrib sakit tu. lepas je isyak, terus mintak suami urut belakang. memang tak boleh tahan badan ni kalau travel jauh jauh. pulak tu, 2 jam perjalanan ke kluang, sampai kluang berapa minit je, redah lagi 2 jam balik ke melaka pulak. haiii lah..mau tak sakit badan ni.

----------------------------------------------------

sambil dia urut tu dia cakap:

''kalau sakit camni, tak payah laaaaa pergi IKEA''....

terus aku bangun............''ala, g KL lain. g KL badan tak sakit''..

hahahha. =) =) =)

-------------------------------------------------

pandai pulak dia bagi alasan tak bagi aku pergi kan.

benci tau....!!!

-------------------------------------------------

okay, pagi tadi driver dah jumpa. cik fadh akan jadi driver ktorg. hehe. tapi kereta alza tak confirm lagi sebab tercedera ketika ini.

hahahahah. macam ke laut je planning ni madam.....

2 comments:

miszatie said...

atie love IKEA!!

http://miszatie.blogspot.com/

sesemut said...

gi la cepat, tub mandikan baby tu baru 10 hengget....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails