:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

:: mari ikut saya ::

Tuesday, June 15, 2010

tolong tolong tolong help help help komenga komenga komenga madada madada madada

hello hello

mummy dia lupa yg dia semakin besar. hari hari mengempeng pada selimut, ingatkan dia baby lagi, tapi rupanya bakal bapak baby.

adik dah matang dan nk cari pasangan.

mell jadi mangsa gigitan cinta di leher, tapi mell takde nafsu nk membalas. dan hasilnya, adik kena tendang! juga kena jentik telinga oleh mummy dia sebab macam protect gila kt mell si anak sulung dan anak dara terulung.
bukan apa, kalau mell ada nafsu, mungkin mell rasa nikmat gigitan tu. tp ni lain pulak. mell takde nafsu, so mungkin gigitan adik tu, jadi sakit. tu yg mummy dia risau.

entahlah. mummy takde pengalaman handle benda ni. dulu masa kecik kecik ada kucing, dibiarkan je buntingkan anak orang.

tapi petang tadi, dengar je mell jerit jerit, i terus ambil adik. tiba tiba terpandang torpedo nya dah keluar dan tilam i basah setitis dua.

yaAllah, apa perlu aku buat ni??? aku menyeksa adik ke??? ke aku menyeksa kedua dua mell dan adik???

sila lah ke sini, kalau berminat. khidmat peminjaman kucing jantan.

tolong tolong tolong. dah buntu sangat ni. bila pandang muka adik, rasa kesian sangat sangat. kau bayangkan kau dah kahwin, tp tak boleh nk bermesra dengan pasangan kau. terseksa tak batin?
pandai pandai je aku ni....

mummy, dengarlah jeritan batinkuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu


aku cakap1: keternangan lanjut, klik gambar pun boleh

Monday, June 14, 2010

perangai orang berjenis jenis.

hello hello


* sorry kalau ada yg terasa.


satu hari ''along, kenapa eh masa kenduri jaja hari tu, ramai sedara yg datang, makan, balik? kenapa tak mau datang tolong tolong ek?''

aku takde jawapan, sebab dalam fikiran aku pun, fikir benda yg sama.

untuk pengetahuan, wak wak [tuan rumah] aku bukannya jenis macam tu. dorang ni, kalau ada kenduri kendara kt kampung, kalau tak berkampung seminggu tak sah. dengar je anak buah nk kahwin, zasssss terus balik tolong apa yang patut. kebetulan, wak aku dah pencen. so anytime lah dia boleh balik kampung kan.
balik kampung, beberapa hari awal. nk balik melaka pun, beberapa hari lewat dari sedara sedara yg lain.

tapi kenapa turn dorang sambut menantu hari tu, takde sedara yg tolong macam mana dorang menolong waktu turn dorang kenduri. urm, faham tak??
kiranya macam takde nk balas budi wak aku ni lah. aku perasan sangat sangat benda ni.

tapi tak lah semua. tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii, tetaplah ada. yg datang balik hari, yg datang sehari semalam. apa dorang dah lupa ke wak wak aku selalu tolong dorang dulu?

macam wak aku yg lelaki tu punya hal. dengar je ada kenduri belah dia [wak perempuan belah aku, kakak arwah abah], cepat cepat dia balik. kalau ada hal kecemasan atau kematian, ooo aku ingat lagi, malam raya anak buah dia meninggal eksiden, malam raya tu terpaksa balik kampung. semata mata nk tolong uruskan jenazah. bayangkan malam raya, malam raya beb!
till the end, adik beradik arwah datang hari tu, makan balik. tak menolong sikit pun. tak tunggu sikit pun. at least, kau ingatlah jasa pakcik kau orang kan.

aku tak faham betul jenis orang macam ni yg tak reti nk balas budi orang.

infact, mak aku pun macam tu jugak. kalau ada kenduri kt kampung, dorang bertiga lah yg balik kampung awal.
kalau anak buah mak [belah mak] pun sama jugak. cergas je pergi kl. tunggu bas dekat pasar seni, turun lah mana mana destinasi yg nk dituju. haaa bekampung lah mak aku tu kt kolumpo semata mata nk tolong anak buah dia punya kenduri.

pernah aku cakap kt mak ''mak ni susah susah je. kang turn kita, entah nk entah tak nak dorang buat macam ni''

siyes, ayat aku macam kurang ajar sikit, lagi lagi dikaitkan dengan anak anak buah dia kan.

korang bayangkan, mak aku susah payah naik bas turun bas. duduk kt sana berhari hari. buat kerja. kang turn aku kahwin, sedara sedara datang bawak perut melenggang, makan, balik. hangennnnnnn tak?

oh aku tak dapat nk bayangkan kot. walaupun tak semua yg berperangai macam tu, tapi aku bet lah. mesti ada punya sepupu sepupu aku yg buat macam tu nanti bila turn aku.
lagi lagi, masing masing dah ada family sendiri kan, kang mesti buat alasan , anak tak selesa lah, bawak anak kecik lah. bla bla bla.

oooo sikit punya sedap alasan ek. dulu masa kau kahwin, sikit punya manis mulut kau. bila turn anak anak mak aku, masing masing buat upacara melenggang perut.

serius, kalau jadi benda ni kt aku nanti, sound tepek je aku kt dahi masing masing.

take my words!


aku cakap1: pergi balik baca ayat selepas hello hello tu dan fahami!

my name is adik khan

hello hello


hai reader[s], do you miss me?? im adik lah. mummy malas nk tolong update pasal saya, so saya update sendiri sendiri. hoh, nk harapkan mummy, jangan haraplah dia. lepas balik niaga, bagi kitaorg makan, bersihkan litter box kami, terus dia terbongkang tidur. alasan penat niaga. cetttttttt!

saya sekarang dah besar tau. tp umur sebenar tak tau. mungkin dah 6 bulan.

hai lah, nasib saya baik agaknya. kalau tak mungkin saya masih di chow kit bertemankan kutu kutu rayau dan indon indon.

mummy kata, saya dah makin hensem. masa kecik kecik, dia selalu compared kan saya dengan si mal mel mol tu. dia kata ''adik tak photogedik lah, mell cantik je tangkap gambar''
kecik hati betul!

tapi sekarang, tidak lagi. saya sudah semakin kacak! kalini, mummy selalu puji saya. dia suka bila mata saya besar.

mummy pantang betul bila nampak kami bertiga bersama. terus nk tangkap gambar. hasrat mummy nk tangkap gambar kami bertiga elok elok selalu tak kesampaian, sebab kami pantang berjumpa. mesti nk gaduh gaduh manja.


saya suka main dengan bunga. tp saya bukan mat bunga. nenek selalu pukul montot saya bila saya rosakkan bunga dia. nk buat macam mana. dulu kan mummy tersalah tafsir pasal jantina saya sehingga bagi saya nama anne. terus melekat suka bunga.


budak kecik ni kan, dia suka buli saya tau. kalau saya buli dia, sampai dia jerit jerit mesti mummy cakap ''dik, dah lah tu. kesian ah boy. dah dah stop it please''

tapi bila ah boy buli saya sampai saya jerit jerit, mummy buat donno je. kalau saya jerit, mesti dia ingat ah boy yg jerit. sekali lagi saya kena marah.
erm, mentang mentang saya dari chow kit, salah tafsir lah ni. saya bukan kaki buli tau.
sob sob sob.


tengok tengok. bukan nk tolong saya, lagi mau tangkap gambar.


tapi mummy cakap saya makin manja dengan dia. tapiiiiiiiiiiiiiiiiii, manja saya bertempat okay. mummy kata manja yg hangat hangat taik sendiri.
bila rasa nk manja, saya menyondol lah mummy. bila mummy nk manja balik dengan saya, saya lari. hahaha. padan muka mummy.

tapi taklah selalu saya buat macam tu. kadang kadang, saya tidur sebelah mummy. saya selalu cium telinga mummy, selalu cium rambut mummy.

mummy kata, saya ni buah hati pengarang jantung dia sebab bila mummy gaduh dengan daddy, saya yg paling faham dan selalu buat mummy senyum.



kak mell sekarang dah jadi kekasih gelap saya. bila malam semua orang dah tidur, saya ^ngorat^ kak mell. sampai kak mell jerit sedap marah. esok pagi, mesti mummy tanya kt saya

''kenapa malam tadi adik kacau kak mell dik? adik nk awek ke? adik kn kecik lagi. bla bla bla''

saya malas nk dengar, saya buat buat tidur. tu lah mummy, tak mendengar jeritan batinku sungguh tau.

saya nk awek. saya nk bini!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


kak mell tak touching, mummy pulak lebih lebih. kalau malam saya kacau kak mell, esok pagi elok je dia main lagi dengan saya. mummy ni over tau.

''adik kedek, janganlah kacau kakak. lagipun, kalau adik kacau kak mell, dia tetap macam tu. adik nk kena potong macam kakak ke?''

saya tak mau pun kena potong. tp saya rasa mummy tak mau potong pun. saya tau, mummy sekarang dalam usaha nk carikan bakal bini untuk saya. mummy nk mintak tolong kawan kawan blog dia kot kot berkenan dengan saya untuk dijadikan calon menantu. saya ni terbaik woooook! saya hensem. mungkin saya akan memberi baka yg hensem dan cantik kepada anda anda nanti. saya pun baik, mungkin perangai baik saya akan menurun kepada anak anak saya pulak.

mummy jahat tau, selalu dia ejek saya. ''badan je kecik, testicles besar. dah nak kahwin sangat ke dik?''

ohoooo, dulu confused saya ni jantan ke betina, bila dah terbukti jantan, testicles besar pun nk kecoooooooh!!!

* malulah nk letak gambar tetttttttt.


okay babai. nk sambung tidur. confirm pasni mummy cakap

''haaaa tu lah. besarkan testicles je pandai''

Sunday, June 13, 2010

jaja & saufee - makan makan habis kenduri

hello hello


ohoooo, hooooo. tak habis lagi rupanya cerita jaja & saufee ni [eh, aku kena panggil abg saufee ke lepas ni ek?]

aku tak tahulah, ni adat orang jawa ke, atau memang adat keluarga je. selalunya lepas kenduri, tuan rumah @ pengantin akan belanja makan saudara saudara yang banyak membantu. alah, senang cerita, saudara yg masih ada kt rumah pengantin. tu jelah. kitaorang tolong biasa biasa je. mungkin disebabkan rumah kitaorang dekat dengan rumah waksal, tu yg selalu dapat rezeki lebih. hehe.

so, hari isnin lepas, kitaorang pergi makan makan dekat ikan bakar umbai.

dulunya, ikan bakar umbai dekat dengan jeti penurunan ikan tu. tp dorang [aku tak tahu pun sapa dorang tu], nk upgrade lagi bagus lah kemudahan kt medan ikan bakar tu. jadilah medan ikan bakar terapung umbai. medan umbai yg lama, dijadikan nama medan ikan bakar pernu. tak jauh pun. dalam 100m je dari pernu tu.

pendapat aku, pernu tu lagi best. sebab banyak gerai makan, banyak gerai jual cenderahati yg mahal mahal. haha.

jap jap nk cerita 2 kali pengalaman makan kt pernu tu dalam masa sebulan. bulan april hari tu.

first time, dengan jaja dan kawan kawannya. masa tu jaja bujang lagi. makan berlima rm100 je. makanan pun dikira banyak sebab order macam macam. tempat tu biasa je, bolehlah tahan sedap.

second time, dengan mak, wanie sebab yaya nk belanja on her 1st salary. wow wow wow. restoran hujung sekali. nama dia parameswara. aku lupa exactly figure bil tu berapa, tp lebih daripada yg makan dengan jaja tu. makanan tak berapa nk sedap.


so, yg kt umbai ni, adalah pertama kali untuk aku. cekidaut.

ramai kata budak ni dah kurus. pastu dia bangga dia dah kurus, aku gemuk. siot tol.


host of the day. pengantin dan mak pengantin. yg muka menyerengih tu, sepupu pengantin. hey, tu macam adik aku je...sigh!


mata sembap gila. hari isnin tu, aku tidur dari pukul 930 pagi sampai 5 petang non stop. tu yg mata terkatup je. dengan cheyah dan abang syam-seng!

* aku redo je dapat abg sepupu ipar macam dia. aduh aduh duh duh.


korang pernah makan ni? namanya pepahat. tak pun siput buluh kot. kitaorang pesan goreng cili api. sedap, tp siput tu keras dan liat. rasa siput tu, biasa je. pasir je banyak.

masa kt parameswara dulu, order jugak. lembut je siput tu. tapi disebabkan masak sambal tempat tu macam haram sikit rasanya, rasa tak sedap terus. plus, lagi banyak kulit dari isi.


ini dia pengantin baru dari tengkera. jaja dan abg saufee. erk, abg???? bukan aku lagi pangkat kakak ke??? hahaha.


belah sana.


belah sini.

damn!!! belah sini lagi banyak makan. patutlah belah sana buat muka tak puas hati sebab belah sini dah hentam semuanya.

aku??? aku duduk kt tengah tengah so adil dan saksama. ngeh ngeh ngeh!


yeah, theyre expecting their first child. maybe late of november. after 4 years married. aku tentulah seronok tak terhingga. bukan saja waksal dan wakbok ternanti nanti, kami sekeluarga pun selalu ternanti nanti baby cheyah. akhirnya, setelah sekian lama, baby baru bakal muncul nanti. suka suka suka.

* biasalah, dapat kasih sayang anak buah dari sepupu je.


my mom with my sengaling sistas.


love birds over there!


masa ni, wan takde pulak. dah balik kl. kecewanya kami kena bergambar hanya menerusi handphone handphone. kalau ada wan, mesti gambar cantik. kenapa kau balik kl awal sangat wan? kenapaaaaaaaaaaaaaaaaa????




maka dengan ini, secara rasminya cerita pengantin baru jaja dan saufee, berakhir. entry makan makan adalah entry yg terakhir tentang mereka berdua.


selamat pengantin baru! semoga bahagia hingga ke hujung nyawa! im happy for both of you!

Saturday, June 12, 2010

aku dan rambut

hello hello


aku baru je potong rambut paras bahu. sebelum ni rasanya dah paras hampir ke pinggang. oh, im not free hair anymore ye. aku sudah melangkah ke fasa baru dalam hidup.

jadinya, bila dah pakai tudung, aku jadi malas gila nk bela rambut. yelah, dulu nk pergi kerja, nk keluar jalan jalan, rambut adalah diutamakan. nk letak minyak rambut, leave on lah bagai. nk buat sanggul, nk ikat tocang, nk lepaskan je. dan duit pun, habiskan untuk beli produk rambut. memang tatkala itu, rambut adalah mahkota aku.

tapi, zaman tu dah berlalu. beberapa hari lepas maulidur rasul, aku decided, nk pakai tudung. tutup aurat.

dulu, main reason bergaduh dengan by, adalah pasal pakai tudung ni. by suruh aku pakai, lepas je akad nikah. tapi bagi aku, sukahati aku lah kau. asal kau sebok? haaaa macam tu lah tanpa fikir yg lepas kahwin, menjadi dosa si suami kalau aku dedahkan aurat.
siyes wey, takde benda lain nk gaduh. tudung tudung tudung.

aku berialah ni, plan nk buat sanggul masa akad nikah nanti. nk letak bunga rose bagai.

that y, aku bela rambut panjang. nk buat sanggul masa kahwin nanti. hahaha.

masa tu, terus terang lah aku cakap, hati ni macam dah degil gila tak mau pakai tudung. lagi lagi ada orang paksa. tapi sebenarnya, aku nk pakai. tapi aku cakap kt by, biarlah secara semulajadi which is masa tu atas kerelaan aku sendiri.

rasa tak berbaloi gaduh ntah apa apa.

tp Allah tu maha kaya. aku tak plan pun nk berubah masa tu. aku rasa orang lain, ambil masa berfikir fikir samada nk berubah atau tak kan. tapi aku tak. seingat aku, hari jumaat maulud nabi, ahad malam isnin tu aku dah tekad. kalau esok tak pakai, sampai bila bila aku takkan berubah.

masyaAllah. Allah bukakan hati aku, tanpa aku sedari dan tanpa aku rancang. semua terkejut kot dengan perubahan dan niat aku. paling seronok mungkin mak aku. paling terkejut mestilah by. hahaha.

dah sehingga sekarang, aku rasa bahagia bila aku lakukan perubahan tu, secara tiba tiba. orang lain mungkin dapat petunjuk dalam mimpi kan, tp aku tak. hati aku je berkata kata masa tu.

okay cukuplah pasal hal pakai tudung tu. nk cerita pasal rambut pulak.

dulu masa free hair, bila rambut tu paras lepas bahu tapi tak sepanjang yg sebelum ni, yaAllah hazabnya aku rasa. nk pergi kerja tu, hari hari kot faced dengan bad hair day. rambut aku jenis lurus dan halus. tapi degil. degil in terms of dia melentik keluar. dia tak mau lentik ke dalam. kau trylah blow ke, pakai cream ke, idak dia mahu jugak. at last, aku terpaksa pergi kerja dengan rambut serabai gila.

tapi, bila rambut dah panjang, rambut aku terus jadi macam omg, cantiknya rambut aku. hahahahaha. [siap bold tak tahan]
dia dah start melentik ke dalam, siap ada ikal ikal lagi. rambut aku tak lah hitam legam. macam ada brown sikit. so, macam cantiklah. lagi sekali sila lempang!
masalah keguguran rambut pun dah kurang masa ni.
rasa seronok gila.

tapi tu lah, nikmat rambut cantik tu, hanya orang orang yg berhak je boleh nampak. sebab masa tu aku dah pakai tudung. hikhikhik.

aku tak pernah blonde rambut, tak pernah rebonding secara serius maksudnya, takde nk pergi salon duduk selama 2 jam untuk luruskan rambut, tapi pernah suka suka buat benda tu selama 5 minit atau tak lebih dari setengah jam. blow rambut pun jarang jarang sebab pagi pagi mandi tak pernah basuh rambut. kalau rambut basah pun, aku tak peduli pergi kerja dengan rambut yg orang akan fikir, budak ni mesti baru lepas mandi wajib! =P
curl kan rambut, dulu pernah lah sebab ada curl tong sendiri. tp lepas bendalah tu rosak, dah tak pernah nk curl curl bagai.

last potong rambut, masa kerja kt klcc lagi. so rambut yg baru tu, memang suci murni dari rebonding atau curl.



tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii,

sejak dah pakai tudung, aku malas nk jaga. dan berfikir fikir nk potong. bape juta kali ntah aku fikir. nk potong ke tak, nk potong ke tak.
yelah dulu bela panjang panjang semata mata nk buat sanggul masa kahwin kan. sekarang, kau nk kena belasah dengan orang kampung, gatal nk free hair masa kahwin????? hahaha.

dan aku buat keputusan, potong potong potong!

sendirian berhad ye kawan kawan. takde nk pergi salon bagai.

cara caranya. [untuk hidangan seorang, maksudnya adik kau tak nak tolong kau potongkan rambut kau]

sediakan gunting.
bogelkan diri dalam bilik air. eh ni bukan lucah, kau nk potong sendiri kan. kang kau nk cabut rambut kat baju kau, satu hal lagi. ingat senang???? so bogel atau pakai baju yg rambut tak lekat kat baju. ada ke????
ambil suratkhabar banyak banyak, lapik lantai bilik air.

mula mula, kau bahagikan rambut kau kepada 2 bahagian. kiri dan kanan. pastu potonglah sedikit demi sedikit. janganlah potong sekali pendek terus. contohnya kalau kau dah potong pendek paras bahu, pastu senget sebelah, potong lagi, pastu senget sebelah lagi, kan dah naya tu.
lepas tu, potonglah dan trim yg mana senget benget tu.

see, senang bukan. dan boleh berjimat beringgit ringgit. lagipun pakai tudung, bukan ada orang nk tengok pun kalau rambut kau senget senget. mak korang je akan tengok, tu pun dia akan tengok sepintas lalu dan tak heran rambut anak dara dia senget.

ish, kalau aku free hair lagi, jangan haraplah aku nk potong rambut yg tengah cantik tu. dan aku mengharamkan diri potong rambut sendiri. tu pun kalau aku free hair lagi, kalau kalau kalau!


aku cakap1: ini bukan entry riak eh.

My Water Moments

hello hello



menjadi diri yang bernama etty, memang suka sangat ambil gambar. dari zaman kanak kanak, sampailah diri dah suku abad ni. tp masa kanak kanak dulu, takde kamera. merasa tangkap gambar pun, setahun sekali waktu raya sebab keluarga waksal ada kamera. masa itulah boleh memphotogedik.


konon konon dah jadi blogger ni [kononnyalah], lagi lah bertambah. walau tak nampak muka pun takpe, asal ada gambar untuk diletakkan di dalam entry. ala macam orang lain juga, makan sana sini, confirm nk ambil gambar makanan kan.

selalu kena tegur dengan mak ''apalah asyik tangkap gambar je''.
by selalu macam tak redha bila kamera tu hala pada dia. haha.

tp satu je keadaan yang memaksa, diri tak boleh TERlalu gedik bergambar. keadaan semasa di dalam air laut, kolam atau sebagainya yang melibatkan air. kenapa ek?

sebab kita terlalu menjaga harta pusaka. cecey, harta pusaka tu, kamera lah. kamera yang banyak berjasa pada kita.

perasan tak, bila ada function dengan family atau teman teman di pesisir pantai nan indah [atau melibatkan air], mesti salah seorang terpaksa berkorban jadi photographer. sebab apa? sebab walaupun kamera kita ada tripod, tapi kita tetap rasa was was, kalau kalau kamera tu terjatuh dalam air ke apa. kan? perasan tak semua tu?
rasa macam tak best kalau tak cukup qorum kan?
sob sob sob.

* kebanyakkan gambar di bawah, adalah gambar lama. harap maklum.


okay patutnya kami berlima [+cheyah]. tp cheyah kena jadi tukang ambil gambar sebab alasan yg di atas, takut kamera terjatuh dalam air. jadinya, kami tak cukup qorum.


ni pun sama, asalnya kami berlima [+dayah]. tp disebabkan alasan yang sama, dayah memvolunterkan diri dia menjadi photographer aksi aksi baywatch kami. ahaksssss.

* lokasi air terjun lata kijang, perak


jadinya, hanya gambar ini yg terhasil. cukup kami berlima tetapi bukan aksi baywatch. ooo sadisnya tak dapat beraksi seksi gedik secara berjemaah berlima.

* girlssss, i miss u.


yang ini, memang kami berdua sahaja. tp hanya sempat bergambar di tepi kolam air, bukan aksi berkubang. sebab....sayang woooo kalau kamera rosak.



maka, ini aksi geram tak dapat bergambar macam badak berendam, bukan batu berendam!
melompat dengan lebih tinggi...


kalau dapat buat aksi gedik menggedik, etty memang boleh menang! tp etty seorang, yana jadi dengki. you have to yana. kalau bukan kau yg tolong pegang kamera, siapa lagi. kita semua tak mahu kamera tu rosak. akan datang, nk pakai kamera siapa lagi kalau bukan kamera kau??? =)


baru baru ini, sony telah mengeluarkan kamera baru yg mesra photogedik macam kami kami. syoknyeeeeeee hidup kalau dapat kamera macam ni. hari hari rasa nk pergi swimming sambil klik klik, buat peace segala.

tips: buat peace semasa bergambar, boleh menjadikan kita muda 10 tahun. percayalah!


datang dengan 5 variasi warna yg sungguh...wowwwwww, kebabom, vogidabasssss, i loikeeeeeeeee.


jika aku diberikan pilihan untuk memilih, harusku pilih semua warna. kalau ada duit, terasa nk jugak sedekah pada saudara mara, teman teman dan jiran tetangga yg selalu mandi laut. ish ish, baiknyeeeee etty.


tapi hepppppp, jangan jadi tamak. pilih satu je.

maka etty memilih warna red yakni merah. sebab nampak menyerlah. suka suka suka....

* by nk demand ni untuk anniversary gift boleh tak?? boleh laaaaaa. pliz pliz..


ini antara function yang terdapat pada sony DSC-TX5: T Series ni.


ada nampak macam ala ala guna DSLR tak?

kalau DSLR macam mahal kan, so ini adalah harga mampu milik.



suka betul function ni. selalu bila nk tangkap gambar kucing, mesti nampak blur sebab dorang banyak bergerak. macam adik ni.

kemudian boleh ambil 10 gambar dalam sekali tekan sahaja. contoh macam gambar di bawah. kejadian masih di pesisir pantai ye.

aku memang suka tangkap gambar banyak banyak ni. bila kita tengok balik kt laptop, macam gambar bergerak. tapi tak semua digital camera ada function tu.

but dont worry guys....this camera has that function. so boleh lah bergedik buat muka macam macam dalam sekali klik sahaja.


alangkah indahnya dunia jika dapat kamera ni. sebab kami sekeluarga memang selalu buat function yg melibatkan pantai. samada mandi mandi atau saja duduk duduk sambil makan jagung rebus. bila aku dengan kawan kawan pulak, ada reunion je, terus pilih tempat yg ala ala boleh berendam. so, kalau dapat camera sony ni, huhaiiii, berbaloi baloi lah.


mahukan keterangan lanjut mengenai camera sony T series ini, jenguk jenguk lah pada page mereka di sony malaysia punya website.


cekidaut ye kawan kawan.

selamat bergedik sakan dengan camera baru. nk pinjam boleh??????

Friday, June 11, 2010

selamat datang darlingsssss

hello hello


pernah aku terbaca pasal entry di blog tedi tentang ''adakah pasangan membaca blog anda?''

masa tu, jawapan aku tidak.

dia pernah jugak bertanyakan pada aku, apa url blog aku. masa tu, jawapan aku ''eh tak boleh tahu, rahsia''

sebab teringat blog misteri tu pernah dia baca, dia kutuk macam macam pasal blog aku. ah suka hatilah nk taip apa kan. so sejak tu, aku tukar nama blog so that dia takkan baca lagi.

dan aku berblog dengan blog baru tanpa sekatan. aku nk kutuk dia, aku kutuk habis habisan. hahahahahha. eh, mana ada kutuk sangat kan?? kan?? kan??

tapi, segalanya berakhir malam tadi.

pagi tadi, terkejut aku bila baca sms ''erm pandai ek buat cite pasal thaqif n i kt umah jaja''

haaa, apa lagi yg dia maksudkan kalau bukan entry aku malam tadi pasal thaqif datang melaka kan.

terus macam, omggggggggggggggggggggggggggggggg.. tak suke tak suke tak suke.


petang tadi, aku tanya macam mana dia dapat trace blog aku. kalau dah namanya najib mana dia ingat kan. last last dia cakap ''ntah, i tertekan yg kawan u tanya etty rajinnya kau buat semua ni. u jawab, biasalah jobless memang macam ni''

hahaha, itu adalah formspring aku. kt situ memang ada url blog aku. okay fine lah kalau macam tu.

fyi, dia bukan kawan aku dalam fb. setelah mengadd aku, aku masih ignore lagi. cuma aku jadi stalker terhormat dia. nk tau dia buat apa, apa dia tulis kt wall. haha.

so mungkin dia trace melalui formspring yg ada linknya di facebook aku. dan mungkin saudara aku, pakcik, makcik, sepupu aku dapat trace blog ni, dari situ jugak.

dia cakap, aku tak private kan. cessssss. aku rasa aku dah private kan kot aku punya fb. tak boleh jadi ni, aku nk check balik. aku memang berkira pasal facebook ni.


okay, tapi jangan risau lah. aku takkanlah nk tukar url aku lagi dah. biar jelah pengantintobe tu dok situ diam diam.

dan aku takkan kutuk orang dengan sewenang-wenangnya. pada yg buat onar kt aku je, aku kutuk. tapi rasanya, sekali dua je kot aku kutuk orang dalam blog ni. bila dah geram sangat, baru lah kt sini diluahkan, kalau tak pendam sorang sorang je.

dan kepada sedara sedara yg dah baca blog ni, welcome babeh. bila lagi nk tau cerita etty kalau bukan dari sini kan. kita pun jarang jumpa. so rasanya selain fb, blog adalah medium terbaik nk tau perkembangan semasa saudara mara.

dan juga kepada kekasihku siti nur arena antena [eh, aku bukan lesbian lah], selamat datang jua ku ucapkan padamu kekasih [bluwek, nk muntah hijo rasanya]. nk baca, baca senyap senyap eh.

dan jika ada yg terguris hati kerana penulisan ini, aku mohon kemaafan.


selamat membaca karya picisan ini.

anak dara - mell

hello hello


okay, rasanya cerita pasal kahwin jaja, dah selesai kot. step by step aku buat. mari kita bergebang pasal hal lain pulak. oh ye, dah lama tak cerita pasal anak anak kan. dorang sihat sihat belaka. gemuk bukan main si mell tu. kalau orang tak tau dia dah neuter, mesti ingat dia peknen. haha.




ohhhhh man, ada sumbang mahram berlaku nampaknya di situ. hahaha

etty: aku tengah nk carikan girlfriend untuk si adik. aku rasa dah sampai seru dia berkahwin kot. asyiklah nk panjat badan mell tu.

mell memang suka tidur terkangkang. lagi kangkang lagi syok. sejuk je perut. lokasi tidur dia sekarang, bilik tengah. bilik tengah tu sejuk sikit dan gelap. kalau tak jenguk bawah tengah berjalan, boleh terpijak perut. tapi selalunya, kt celah celah kotak dia tidur. nk tidur mesti sorang sorang [???]. kang adik adik dia kacaulah dia tidur. pastu mulalah gelabah cari tempat lain. hai lah anak dara sekor ni.....


tengok ni, siap beralas lengan. ''berbantal lengan....tidurku'' lagu cindai.


pastu tangan mesti nk buat ala ala ''gitu gitu''. apa pesen tak tau lah.


haaa kt sinilah port tidur dia selalu. sama macam gambar first tu.

mell je selalu tidur dalam bilik tengah tu. kadang kadang bila mak nk tidur, mak tanya aku ''kucing semua mana? ada kt situ ke semua''

sebab hari tu mak tidur siang, rupanya mell terkurung dalam. tu yg dia bergesel gesel dengan mak. nasib lah sekor je terkurung, kalau bertiga sekali, kurus mak aku dikerjakan budak budak tu.


badan gemuk, bulu pun banyak. bulu mell tak lah kembang macam persian tu. tp jenis bulu lebat dan lembut. lagi lagi bulu kt perut tu baru tumbuh lepas operate hari tu, lagilaaaaaaaaa fluffy. geram je nk landing atas perut dia. tambah tambah gemuk, huhaiiii geram!

panggilan mell yg terbaru..

mell gemuk gemuk, mell gemuk gemuk... - janganlah dia kecil hati aku cakap dia gemuk. =)


minggu lepas, curi masa kejap bawak mell turun bawah. nk bawak sekali bertiga, bukan kudrat aku lah nk jaga sekaligus. ingat nk ikut turn gilir gilir. nk kasi makan rumput sikit.

etty: hari tu kt petshop ada jual jugak benda yg aku cari cari. rumput rumputan. nanti bila bila aku beli.

mell ni punyalah penakut. aku letak atas tanah je sibuk nk berdukung. macam budak budak tau. tapi dia pantang nampak rumput, terus nk kunyah. tp lepas tu, ngendeng ngendeng balik kt aku. dasar kucing dalam rumah.
jangan risau, aku pasti kucing dikurniakan deria yg amat tajam. kalau rumput tu kotor atau beracun, aku sure mesti dorang lagi alert.

macam mana lah dorang ni kalau dibuang eh. mesti tak pandai cari makanan sendiri. jangan risau, aku bayangkan je. tak terdetik pun nk bagi dorang kt orang lain, apatah lagi nk buang. aku akan jaga dorang, sampai putus nyawa.



aku cakap1: mell aku amik umur dia 3 bulan - 31 december 2009. sekarang agak agak dah 9 bulan umur dia. besarnya ko mell.

Thursday, June 10, 2010

jaja & saufee - tetamu paling aku tunggu

hello hello


rasa rasa siapa agaknya eh yg aku maksud kan????


eh budak kecik ke??? ingatkan budak BESAR. hahahaha.


taraaaaaaa. meet my thaqif.....say hello to mak etty reader [s] thaqif.

thaqif : alllllloooo.

haha, sebutan bukan macam haluuuu. tapi halo. kelakar.

kak ijan call aku dari pagi, siap bagitau dah sesat barat sampai ke arah semabok tu. terkial kial jugak aku suruh patah balik. tiba tiba, tengah aku terkejar kejar nk wrap lauk, dengan tengah pegang cutter...ternampak muka kak ijan. terus lah aku cari muka budak kecik ni. muka yg selalu buat aku menangis kerinduan. hehe. * bergenang ayor mata

selalu kalau jumpa dia, aku tak terus tegur atau peluk ke apa. aku biar dia pandang muka aku. pastu kang nampak lah muka dia macam mengingat. pastu nanti dia sebut ''mak tyyy'' oh sungguh comel saat dia nk mengingat tu. terus aku peluk dia, cium dia. cutter ntah ke mana. aku tinggalkan kejap tugas tugas khas tu.

selesai je bawak dia pergi dapur, jumpa wak timah [embah thaqif, mak kak ijan], jumpa mak aku, aku bawak dia ke depan. tu pun lepas ingat aku ada kerja lagi. so, dia lah yg teman kan aku wrap lauk lauk.

masa tengah wrap tu, sibuklah tanya ''mak ty, apa ni..apa ni??'' dah diterangkan pn, tetap tanya soalan yg sama berulang ulang. hoh, adatlah umur sekarang ni tengah tanya apa apa, akan datang dia tanya kenapa, mengapa pulak. lagi lah kena kental sediakan jawapan eh.

dia memang tak berenggang dengan aku. siap pegang hujung baju aku, nk mengekor je. aku dah tengah kelam kabut nk uruskan setting lauk pengantin. tu pun kang aku main tinggal je. dah settle semua, baru main balik dengan dia.

by ada pesan, kalau thaqif datang, sms dia. kang dia curi masa kejap turun melaka. padahal tengah gaduh tu, aku mms gambar thaqif tengah pakai pampers.

sekali kau, sanggup dia datang tu. tapi bukan sebab aku, sebab thaqif ada! dia pun rindu sangat kt thaqif tu.

so, dia lah tetamu kedua yg aku tunggu. najibun! even tengah gaduh, tetap rindu. cecey. zassssss.


boleh lak thaqif muntah kt by masa makan marshemallow tu. ada bagitau kt entry persiapan tu kan? kelakar okay. masa tu tengah sibuk tangkap gambar dengan yaya, by bagitau thaqif muntah. hahaha. kalut habis mamat tu. aku dah biasa dah bau muntah dia.

masuk dalam, bersihkan badan dia.


rasa rasa layak tak jadi bapa mithali nanti????????? cepat jawab cepat!!!

thaqif ni, dengan uncle dia, bukan main manja lagi. aku pelik betul dengan keserasian dorang ni tau.

sebelum thaqif jumpa uncle dia, aku dukung dia. aku cakap kt thaqif :
''aqif, atel ada kt sini tak? cuba cari atel''
nampak mata dia kelilau cari kelibat uncle /atel dia. sekali bila nampak, terus dia senyum. kelakar je. bila thaqif depan mata by, terus disambarnya budak tu. aku pun dia tak heran dah.


adoyai, bila buat muka macam ni, asyiklah aku nk gelak. tapi pastu aku nangis rindukan dia. hai lah thaqif.


yezza, gambar kami bertiga. berjaya aku buat jadi wallpaper hp dan laptop aku.



by ajar dia tengok video miau dalam hp aku. bila nampak aku je, ''mak ty, nyau ane?'' terpaksa aku layan dia tengok video anak anak aku. suka betul dia. sampai penat nk layan, aku buat buat tidur. hahaha.

sekejap je masa dengan thaqif. dia balik maghrib tu jugak. tak puas nk main dengan dia. nk menangis jugaklah masa dia balik tu, tp control macho lah beb! bila dia balik, rasa sunyi gila rumah padahal ramai orang masa tu. terus mengadu kt by, rindu thaqif. huhuhu. malam malam tengok gambar, nangis bawah selimut. ni lah kali pertama mengangis sebab anak menakan tau.

malam tu, kak ijan call tanya jalan nk ke ayer paabas. sekali lagi sedih dengar thaqif sebut ''mak ty''
hohhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!! benci tau.


hari isnin, kak ijan miscall 5 kali. masa tu aku kt hall, hp dalam bilik. aku sms tanya kenapa call? kak ijan jawab ''thaqif suruh call''
kalau korang, emo tak?????? aku nangis kot.

aish, kerja aku memang menangis je kalau korang nk tahu. haha.

dan malam tu, aku berjaya bercakap dengan thaqif. tapi disebabkan dia dalam kereta dan baru dapat kren & backhoe baru, aku tak dilayan. dah lupa lah tu.


malam bila ntah, aku bercerita dengan mak pasal thaqif muntah atas by. mak kata, tu tandanya serasi. aku ingat jugak, dulu nursya pernah muntah atas aku. ye memang serasi pun nursya dengan aku. sikit sikit mak etty, mak etty, mak etty, mak etty!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails