hello hello
menjadi diri yang bernama etty, memang suka sangat ambil gambar. dari zaman kanak kanak, sampailah diri dah suku abad ni. tp masa kanak kanak dulu, takde kamera. merasa tangkap gambar pun, setahun sekali waktu raya sebab keluarga waksal ada kamera. masa itulah boleh memphotogedik.
konon konon dah jadi blogger ni [kononnyalah], lagi lah bertambah. walau tak nampak muka pun takpe, asal ada gambar untuk diletakkan di dalam entry. ala macam orang lain juga, makan sana sini, confirm nk ambil gambar makanan kan.
selalu kena tegur dengan mak ''apalah asyik tangkap gambar je''.
by selalu macam tak redha bila kamera tu hala pada dia. haha.
tp satu je keadaan yang memaksa, diri tak boleh TERlalu gedik bergambar. keadaan semasa di dalam air laut, kolam atau sebagainya yang melibatkan air. kenapa ek?
sebab kita terlalu menjaga harta pusaka. cecey, harta pusaka tu, kamera lah. kamera yang banyak berjasa pada kita.
perasan tak, bila ada function dengan family atau teman teman di pesisir pantai nan indah [atau melibatkan air], mesti salah seorang terpaksa berkorban jadi photographer. sebab apa? sebab walaupun kamera kita ada tripod, tapi kita tetap rasa was was, kalau kalau kamera tu terjatuh dalam air ke apa. kan? perasan tak semua tu?
rasa macam tak best kalau tak cukup qorum kan?
sob sob sob.
* kebanyakkan gambar di bawah, adalah gambar lama. harap maklum.
okay patutnya kami berlima [+cheyah]. tp cheyah kena jadi tukang ambil gambar sebab alasan yg di atas, takut kamera terjatuh dalam air. jadinya, kami tak cukup qorum.
ni pun sama, asalnya kami berlima [+dayah]. tp disebabkan alasan yang sama, dayah memvolunterkan diri dia menjadi photographer aksi aksi baywatch kami. ahaksssss.
* lokasi air terjun lata kijang, perak
jadinya, hanya gambar ini yg terhasil. cukup kami berlima tetapi bukan aksi baywatch. ooo sadisnya tak dapat beraksi seksi gedik secara berjemaah berlima.
* girlssss, i miss u.
yang ini, memang kami berdua sahaja. tp hanya sempat bergambar di tepi kolam air, bukan aksi berkubang. sebab....sayang woooo kalau kamera rosak.
maka, ini aksi geram tak dapat bergambar macam badak berendam, bukan batu berendam!
melompat dengan lebih tinggi...
kalau dapat buat aksi gedik menggedik, etty memang boleh menang! tp etty seorang, yana jadi dengki. you have to yana. kalau bukan kau yg tolong pegang kamera, siapa lagi. kita semua tak mahu kamera tu rosak. akan datang, nk pakai kamera siapa lagi kalau bukan kamera kau??? =)
baru baru ini, sony telah mengeluarkan kamera baru yg mesra photogedik macam kami kami. syoknyeeeeeee hidup kalau dapat kamera macam ni. hari hari rasa nk pergi swimming sambil klik klik, buat peace segala.
tips: buat peace semasa bergambar, boleh menjadikan kita muda 10 tahun. percayalah!
datang dengan 5 variasi warna yg sungguh...wowwwwww, kebabom, vogidabasssss, i loikeeeeeeeee.
jika aku diberikan pilihan untuk memilih, harusku pilih semua warna. kalau ada duit, terasa nk jugak sedekah pada saudara mara, teman teman dan jiran tetangga yg selalu mandi laut. ish ish, baiknyeeeee etty.
tapi hepppppp, jangan jadi tamak. pilih satu je.
maka etty memilih warna red yakni merah. sebab nampak menyerlah. suka suka suka....
* by nk demand ni untuk anniversary gift boleh tak?? boleh laaaaaa. pliz pliz..
ini antara function yang terdapat pada sony DSC-TX5: T Series ni.
ada nampak macam ala ala guna DSLR tak?
kalau DSLR macam mahal kan, so ini adalah harga mampu milik.
suka betul function ni. selalu bila nk tangkap gambar kucing, mesti nampak blur sebab dorang banyak bergerak. macam adik ni.
kemudian boleh ambil 10 gambar dalam sekali tekan sahaja. contoh macam gambar di bawah. kejadian masih di pesisir pantai ye.
aku memang suka tangkap gambar banyak banyak ni. bila kita tengok balik kt laptop, macam gambar bergerak. tapi tak semua digital camera ada function tu.
but dont worry guys....this camera has that function. so boleh lah bergedik buat muka macam macam dalam sekali klik sahaja.
alangkah indahnya dunia jika dapat kamera ni. sebab kami sekeluarga memang selalu buat function yg melibatkan pantai. samada mandi mandi atau saja duduk duduk sambil makan jagung rebus. bila aku dengan kawan kawan pulak, ada reunion je, terus pilih tempat yg ala ala boleh berendam. so, kalau dapat camera sony ni, huhaiiii, berbaloi baloi lah.
mahukan keterangan lanjut mengenai camera sony T series ini, jenguk jenguk lah pada page mereka di sony malaysia punya website.
cekidaut ye kawan kawan.
selamat bergedik sakan dengan camera baru. nk pinjam boleh??????
1 comment:
miss u darl
Post a Comment