:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers

:: mari ikut saya ::

Friday, June 24, 2011

cincin risik hilang....=( =(

hello hello

cincin risik @ bertunang hilang.

sedih betul. sampai sekarang walaupun dah hilang seminggu...

bila pandang jari manis tangan kanan yg kosong, sayu je rasa...

hilang masa honeymoon ke pangkor hari tu.

kisahnya, sampai je bilik, semua taksub tengok ada rose petals atas katil. yelah amik pakej honeymoon kan. haruslah bilik dihias cantik. lepas tu kitaorang tanggalkan jam tangan, cincin masing masing. letak atas katil. nk tangkap gambar barang barang kitaorang yg sama. yelah, jam, hp kitaorang sama design. jam tu hantaran, beli couple watch. cincin pulak cincin kawin kan. konon nk abdikan sekali dalam gambar. * faham tak ni? aku pun tak berapa nk faham.

dah bukak semua tu, snap snap. najib tolong kemaskan barang barang tu semua letak atas dressing table. pastu dia tanya ''mana cincin berlian u?''.
''eh kan ada sekali tu''
tengok takde. yg ada melekat dengan cincin kawin najib, cincin risik je. sebab cincin najib kn besar, so dia termasuk dalam cincin najib. pastu bila aku angkat kaki, cincin kawin tu ada bawah kaki. so lengkap semua cincin atas dressing table. sekali dengan 3 biji handphone, gelang emas, 2 biji jam tangan.

petang tu ke pantai. gelang semua dah tanggal siap siap kan. cincin dan semua barang berharga yg disebutkan tu, tak bawak. semua tinggal atas dressing table.

sekali malam nk pergi dinner steamboat, gelabah gila cari cincin risik tak jumpa. sampai aku naik angin. aku jenis kalau tak jumpa barang tu, aku cepat berangin. sampai emo kot tak mau dinner. yelah, macam dah berbau benda tu hilang kan....dinner pun, takde mood gembira sangat sebab fikir ''aku pakai ke masa pergi pantai tadi...tak pakai rasanya''.

dan bermulalah operasi mencari kitaorang. angkat segala tilam, katil, almari. geledah habis habisan. sampailah hari ke 3 kami kt pangkor, masih tak jumpa. najib sayangkan cincin tu, maka effort dia lebih sikit. sanggup dia cari sampai bawah chalet kami sebab kot kot terjatuh dari atas kan. nan ado.....!

kitaorang siap tanya kt en. azmi * nanti cite lebih pasal en. azmi ni
''ada benda yg tak elok ke kt sini''
dia tanya apa benda yg tak kena. yelah takut lah kan. tempat sunyi, pastu yg hilang cincin semata mata. barang lain takde pulak hilang.
kitaorang citelah kt en. azmi tu yg cincin hilang. dia pun agak terkejut.

housekeeping pernah datang. sekali je! tu pun masa kitaorang baru check in tak sampai 10 minit. tp tak masuk bilik, just tanya towel ada ke tak. the rest, aku letak signage do not disturb instead of tolong kemas bilik. aku takut sesuatu terjadi, makanya aku rela tinggal kt bilik yg tak kemas. haha....

aku berdoa semoga jumpakan balik cincin aku tu. tp takde rezeki kan....sedih tau.

sehingga sekarang, cincin tu hilang. nk jumpa balik macam mustahil unless ada miracle kot kot cincin tu terselit kt mana mana. so far, masa aku mengemas luggage kitaorang, takde jumpa....


kami tak salahkan masing masing. sebab rasanya benda tu betul terletak atas dressing table. dan kami anggap, takde rezeki kami nk jumpa balik.

redooooo je.




walaupun cincin belah rotan yg biasa, tp dialah pengikat kasih kami......gaduh ke, merajuk ke, kalau pandang cincin ni terus cool. tu yg masa bertunang gaduh tak lama. compare dengan masa couple, gaduh berhari hari.........


tips uols pergi bercuti, bawalah sekali bekas kecik untuk simpanan benda benda berharga ni. even sebekas tupperware / container dadih tu. kalau uols jenis pakai barang kemas sampai ke siku macam mami jarum tu, tinggalkan kt rumah. balik bercuti baru pakai balik. kang menyesal tak sudah....


dalam perfect aku menguruskan segala even masa nk pergi honeymoon pun aku sediakan full checklist things to bring to honeymoon, ubat, segala benda remeh sampai najib kata aku nk bawak 1 rumah pun takpe. tapi, tempat simpanan memang takde dalam fikiran aku.....

tu maknanya, manusia memang tak sempurna........

3 comments:

veesakura said...

sedihnyer.. sabar ye etty..

e.t.t.y said...

hai veesakura - a'ah sedih sampai sekarang.

anadelisha said...

sabar ea kak

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails