baru perasan, aku mengambil masa yang lama nk siapkan entry ni. ya ampun, malas gila...!! tersimpan dalam draft kemain lama.
pening gila nk pilih stroller. sama macam pening nk pilih breastpump. betul tak?
aku ni tak lah memilih sangat nk beli stroller. cukup criteria yg aku nak, dah boleh beli dah. asalkan baby selesa. brand gah ke tak gah, tolak ke tepi. dapat harga rm200 tp menepati criteria yg aku nak, aku sebat je. oh ye, cuma bab beli stroller ni, kita serahkan pada bapak baby. mama tau nk order je. hew hew.
1. boleh face in, face out
tu bahasa aku. bahasa omputih aku tak tau. banyak kelebihan bila masa baby ni dia baring sambil menghadap wajah ibu bapa nya. antaranya meningkatkan IQ bayi. sila lah google sendiri. so first sekali pilihan aku adalah, stroller tu mestilah boleh face in face out. time baby, dia pandang muka kita. sesekali biarkanlah dia memandang alam sekeliling kan. bila dah besar, memang akan disuruh untuk memandang alam, luaskan lagi pengetahuan.
so bila cari stroller walaupun dia cantik bergaya macam mana sekalipun, aku tanya SA dulu. boleh face in, face out tak? bila jawab tak je, hahaha goodbye. bapak baby pun pening. eh memanglah senang cari boleh face in face out, kita cari criteria lain pulak.
2. saiz
saiz memainkan peranan penting sebab meminimumkan space ketika dilipat. aku mahukan yg compact bila dimasukkan dalam boot kereta. kereta suami aku, sedan. aku pulak kelisa. even ada beberapa jenama pun, kelisa tak muat okay. okay kelisa tu kereta jalan jalan kawasan kampung je. so kalau katakan nk bawak anak jalan jalan, takkan nk bawak kereta besar kan. confirm lah bawak kereta yg jimat minyak je. kemudian, bila nk balik kampung atau berjalan jauh, even bawak sedan, mana nk sumbat beg semua kan. ni bila dah anak anak, lagilah banyak barang anak dari barang mak bapak. so walaupun stroller tu boleh face in face out, tapi kalau dilipat adalah super bagak, goodbye darling jugak. bapak baby pening lagi sekali..
3. senang nk install, uninstall
ceewah macam nk install, uninstall program / software pulak. asal faham dah lah kan. yelah, kadang kadang, nk pergi check up [kalau kena pergi sorang soranglah], nk dating berdua je dengan baby, aku perlukan stroller yang pantas terbentuk. haha faham tak ni?
kalau kalau terhegeh hegeh nk pasang stroller tu, dah buang masa kan.
tu je criteria yang aku nak. mudah bukan. cerewet pada certain part je. brand semua tolak tepi. okay, tengok pulak brand apa yang aku dah survey.
a. SCR5 & SCR 6
okay, memang stylo mylo. menepati criteria number 1 dan number 3. tetapi tidak number 2. besar okay. memang tidak berjodoh series ini dengan kereta kelisaku. tayar belakang tu dah memang kelakar super besar. bila lipat lagilah besar. suami minat macam mana pun, isteri tetap reject sebb fikirkan saiznya itu.
b. my dear
jaja punya cantik. 3 roda lagi. oh thank god criteria aku takde masuk yg beroda 3. haha. memenuhi kehendak number 2 dan 3. tidak number 1. so how??
kan aku cakap, aku tidak mementingkan brand. tp kalau dapat yg bagus, berjenama bersyukurlah kan. setidak tidaknya, boleh pakai sampai anak seterusnya. kalaulah my dear ni boleh face in face out, sudah tentu aku mahukannya. serius!
c. quinny zapp extra
kini semua orang mampu milik. cewah. aku tak pernah survey quinny. sbb tah, macam tak berminat. tapi sejak masuk kedai yong fong itu hari, suami beria ia nk beli quinny.
okay, ketiga tiga criteria yg aku nak, semua ada pada quinny zapp extra ni okay!! macam manalah si bapak baby tak meroyan....dia dah penat layan kehendak mama baby ni ha...nk itu, nak ini. haha.
saiznya, ya ampun....kelisa muat tu yg penting tu. compact sangat sangat. ringan pulak tu. aku pun suka. tp walaupun motto kini semua orang mampu milik aku sudah war war di awal paragraph tadi, tp aku masih memikirkan hal lain juga.
insyaAllah kami dalam proses nk berumah sendiri. so rasanya kalau bab rumah ni banyak pakai duit kan. tak maulah kerana stroller nan satu ni, kami berhabis hampir 2k. [walaupun kami mampu sebenarnya] ye betul. brand bagus, insyaAllah anak seterusnya boleh pakai. tapi since aku bersalin pun lambat lagi, rasanya banyak lagi masa aku nk survey brand lain juga yg maybe boleh sama dengan criteria yg aku nak tu. duit yg tinggal tu, bolehlah guna untuk benda lain. maybe...maybe...ah beli apa apa jelah kan.
so untuk beli quinny zapp extra ni, kami KIV dulu. ada rezeki kami nk berquinny, insyaAllah merasalah anak kami naik quinny ni. kalau tak merasa, kami ke kemaman nanti melawat nana. boleh letak anak dalam quinny dia. so merasalah jugak anak kami naik quinny kan. kan nana kan??? =))
d. quinny buzz
masa expo klcc tu, dapatlah tengok face to face dengan quinny buzz. okay sangat bulky. tolak ketepi dulu.
e. sweet cherry series lain
E192A Giro Stroller
fizikal beroda empat. tak pernah terfikir pun nk survey. masa ni kami ke jusco ayer keroh. aku sibuk nk tengok baju baby, bapaknya sibuk cari stroller. lepas tu dia panggil aku. dia cakap stroller ni boleh face in face out, bila lipat kecik boleh tahan. aku membayangkan kereta kelisa aku amat muat sangat! eh ringan pulak tu. senang nk pasang balik. eh cukup lah criteria aku nak kan. macam menarik. cuma yg tak menarik, kt jusco tu takde warna lain. ada biru turqoise je. tp apa ada hal dengan warna kan. harga pun lebih kurang rm500+ je. even scr 5 & 6 harga rm400+. aku tanya lah kenapa dia lagi mahal [sedikit] dari series scr. rupanya dia aluminium frame. tu sebab ringan. ooooooooooooooooooooooooooooooooooooo...okay not bad.
so sekarang masa untuk membuat keputusan yang bernas.
10 comments:
suka dgn quinny buzz tu, awesome!
nmpk macam motorbike.. versi baby..huhu
comel2 semuanya.....mmg pening pun tak tau nak beli yg mana
lebih kurang sama la kriteria kita. me pon bwak kelisa. tengah pikir stroller mana la yang muat nak masuk bonet kete kecik tuh..and nak yang ado reversible handle. kalo tak, kesian baby. asyik kene tengok orang len ja, tak nampak mak dia. hehe
madam lala - okay u boleh beli sebb kereta u besar. beli kt yong fong bachang okay. harhahahar
hunny kitty - takpe, since u ada byk masa lagi, boleh keep on survey okay...
veesakura - so vee dah beli belum?? kang dah beli bgtau tau. kot kot boleh beli sama. kita kan sama sama pakai kelisa. hehe
yg letak kat stroller nana tu paling tak tahan...tergelak i...
well... criteria sama tp 1 kena add 1 lagi...STYLO.hahah
syima - okay u beli quinny zapp extra tu ek. nanti lepas letak kt nana, i letak kt u pulak. stroller angkat. hehe.
hoho. i pon tak beli lagi. sebab my SIL bagi pinjam stroller lebih dia, sweetcherry. tak sure model apa, tapi sesuai utk newborn, reversible handle and ringan jugak la. so, stroller boleh tunggu sampai pas abes pantang kot. boleh test baby nak duduk dalam tu ke tak b4 beli. hehe
veesakura - itulah, ingat nk buat camtu gak. habis pantang, bawak keluar dia sekali. test letak dalam tu. kalau okay, baru beli. tp rasanya dah tau nk beli mana satu. hehe.
hikhikhik. me pon aim yang satu itewww. tengok la, ada rezeki, i bli yg tu jugak. hehehehe
google2 terjumpa entry lama etty ni..hehe..ok eh giro stroller tu? mcm berkenan gak..
Post a Comment