:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

:: mari ikut saya ::

Saturday, May 19, 2012

10 may & 19 may

assalamualaikum

mesti pembaca dulu dulu [kalau masih setia lagi lah] terkejut, eh tahun ni takdok entry birthday kew???  macam pelik je etty ni...hahahahhaa....
pelik ke?  mmg pun.  selalu aku siap gila kuasa taip entry birthday tarikh 13 mei, aku tukar jadi date 10 mei. kahkahkhkah...

tahun ni, simple celebration je pun.  gambar pun malas nk tangkap.  ada pun sekadar kenangan dalam blog sendiri.  tu pun malas nk transfer ke laptop.

malam birthday tu, org pertama wish semestinya suami sendiri.  walaupun sekadar sms.  aku lagi suka.  sebab aku simpan sms yg dia bagi.  2 tahun punya wish birthday pun aku simpan lagi.  tepat jam 12 dia dah sms bla bla.  malu lew nk taip kt sini apa yg dia tulis kan.  lepas tu bertalu talu lah sms dari saudara mara, kawan kawan.  lepas tu sambil pegang hp nk balas sms, tertidur...oi oi, dah pukul 12 kot.  tido tido tido.....

tapi sebelum tido tu biasalah ada drama sket.

sms suami ''sedihnya u takde dengan i malam ni''...sob sob sob....sambil usap usap perut, cakap ng baby ''mama bukan nangis gaduh ng ayah tau, mama nangis sebab ayah takde kt sini malam ni.  takpelah, ada baby pun cukup''....waaaaa...drama tak drama tak???


esoknya kerja macam biasa.  mentang mentang birthday kau, buat kerja pun dah malas kan.  melayan fb je sepanjang hari.  macam tak sangka je ramai yg wish birthday.  pada yg aku kenal rapat, aku ambil kesempatan juga untuk minta maaf kalau kalau ada, pernah selalu buat salah silap.  yelah, bulan depan nk bersalin dah.  tak mau lah ada yg simpan dendam kt kita kan...kalau boleh, nk semua orang mendoakan kita selamat bersalin.  tp kita hanya berusaha meminta maaf, terpulanglah pada saudara mara, kawan kawan untuk memaafkan atau tidak.  selebihnya berdoa pada Allah....

petang suami pesan nanti mandi pakai baju cantik cantik wangi wangi tau.  macam ada bau bau je makan kt windmill sebab dari hari tu aku request makan lamb chop.
dia sampai dari tampin dah lewat.  nk solat maghrib, nk tengok berita lagi.  perut aku ni lapar.  last last makan buat alas perut roti cicah kuah kari.  lepas tu tekak rasa tak sedap, nk muntah.  terus mcm bad mood.  lepas solat isyak, teruslah aku moody tak tentu arah.  hahaha.  biasalah dah hujung hujung ni macam awal awal dulu.  tekak rasa loya semacam je.  boleh emo jadinya.  tp suami beria ajak keluar.  aku pun siap macam tak siap jelah.  seretkan jugak kaki....

sampai kereta, suami siap bukak kan pintu kereta.  aku dah gelak dah.  pastu nampak sesuatu yg tempat letak GPS tu.  pastu dia cakap ''happy birthday sayang i''...pastu kt hand break tu ada bunga...kahkahkahkahkahkah...eh apsal aku gelak ni kan....tau dek suami aku gelak, tahun depan takde lagi suprise agaknya...

sebenarnya macam malu dia buat suprise camtu.  haha berdua je pun, tp malu kemain.  siap gedik cium cium bunga tu.  yelah kalau dalam drama, mesti org cium bunga tu kan.  padahal bunga tu tak bau wangi pun.

then ktorg pegi windmill, makan kambing.  dah dua dua order kambing pulak kan.  takdenya nk merasa menu lain.

balik rumah, kt parking tu tiba tiba aku bersuara ''yang, macam segan je nk bawak bunga ni naik atas.  malu aaaa...u bawak!!''.......''eh i pulak.  haaa camtulah i bawak bunga tu ke hulu hilir tadi tau''.  rupanya ada kisah bunga ni.  tp suami aku tak sempat nk cerita sampai habis.  till now pun, aku lupa ceritanya pasal apa.

naik tangga pun pelan pelan sebab satu tak larat dah nak naik 3 tingkat tu.  dua sebab aku malu kalau jiran depan umah aku tu lepak lepak situ.  kang mesti dia senyum senyum.  dah lah tiap kali keluar anak dia macam perli aku ''asyik dating jeeeee''....hahahah.  fuhhh selamat dorang dah tido, tp satu hal lagi nk menghadap mak, adik aku.  segan segan ni, kt luar dah gelak gelak ng suami camne aku nk bawak masuk bunga tu dengan tenang.  last last, cepat cepat aku masuk rumah, berlari lari aku masuk dalam bilik.  hahhaha..

dalam bilik, tak henti henti aku cium bunga tu.  orang jakun dapat bunga camni lah roman eh.  excuse me please.


cukup sangatlah tu 3 kuntum bunga.  nk bagi banyak banyak pun membazir sebab kang kering jugak kan bunga tu.

motip lah laki aku tulis nama penuh tu kan............hai lah...!


yang aku tak tahan, siap tulis your husband 2012.  ek eleh suami aku ni, macam tulis dalam majalah sekolah lak.  hahahahah.  dok jadi bahan je lah ayat tu.


sampai bilik, budak gendut ni pun sibuk menempel kt tangan.   dia suka kalau kita tepuk tepuk lengan, kang dia datang kt lengan tu jadi alas tido dia.  suitttttttttttt sangat si kendut kendut ni.  lepas tu agaknya ada bau kambing, dok bau bau tangan aku.  hahaha kantoi tak basuh tangan lepas makan.  lepas tu dia gigit gelang tu.  pastu sama sama ktorg tido, masa suami aku pergi mamak seperti biasa.

habis cerita birthday.........................


19 may...

harini birthday arwah abah aku.  abah aku dah lama meninggal.  tahun 1996 [aku darjah 5 time tu] sebab sakit buah pinggang.  dah lama kn arwah tinggalkan kami sekeluarga.  kami pun dah teruskan kehidupan tanpa abah.

rindu memang rindu.  siapa tak rindu.  lagi lagi sebelum bernikah tahun lepas.  hari hari sedih teringatkan arwah abah yg tak dapat walikan aku.  hari nikah, mungkin terlalu sibuk sampai aku lupa perasaan tu.  sampai lah hari bersanding, bila waktu wak usin [abang ke2 abah, wali nikah aku] merenjis kt atas pelamin untuk kali kedua, kami suami isteri menangis.  waktu tu, wak usin cakap ''wak dah anggap ko macam anak wak sendiri sejak abah ko takde lagi...''.  sedih gila time tu.

bila dah kahwin, dah ada teman hidup, kuranglah kesedihan.  tapi sesekali kerinduan tu datang jugak.  lagi lagi bila tengok kemesraan suami & adik beradik ipar dengan ayah mertua.  jeles tau.  syukurnya aku dapat ayah mertua yg sangat ambil berat.  mana ayah pergi, tak pernah lupa pada menantu dia yg sorang ni.  pada dia je tempat aku lepaskan rindu seorang bapa.

bila mengandung ni, sesekali sedih juga bila kenangkan abah tak dapat nk tengok aku membesar, masuk universiti, bernikah dan beranak pinak.  tak dapat peluk cium cucu dia.  tapi apa boleh buat selain menghadiahkan abah surah al fatihah, dan berdoa semoga abah ditempatkan di golongan yg beriman.

harini birthday abah.

aku hanya mampu mendoakan kesejahteraan, keamanan, kedamaian abah di sana.  semoga rohnya aman, tenang dan ditempatkan di golongan yg dirahmati oleh Nya.  semoga Allah meluaskan kuburnya seluas lautan.  semoga diampunkan dosa dosa abah.  semoga abah ditempatkan di syurga yg hakiki.  semoga kami dapat berjumpa di sana kelak.  insya Allah.....

etty rindu sangat kt abah...............Allah je tahu....


























1 comment:

Unknown said...

Happy birthday etty..semoga pjg umur murah rezki..

Alfatihah utk arwah ayah etty..amin..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails