:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

:: mari ikut saya ::

Tuesday, March 23, 2010

cincin tunang / kahwin - april for diamond

hello hello

ada beberapa orang teman, yg nk berkahwin / bertunang dalam masa terdekat ni, tapi belum lagi beli cincin tunang / risik / kahwin. ish ish ish, suka buat last minute tau uols.

oleh itu, aku suggest kan korang beli di bulan April ni sebab bulan April adalah bulan diamond. mesti korang nk cincin lip lap lip lap anak mami kan??? haaa, bulan April adalah bulan yg sesuai. since bulan diamond, korang yg bertunang harus / wajib / sunnah mintak kt bakal tunang tu, cincin diamond instead of cincin belah rotan.

mana aku tau bulan April bulan diamond??? budak rumah aku bagitau! sebab dia pun dok sibuk bagitau aku ''kang nk beli cincin, beli bulan April. bulan April kan bulan diamond'' ooo sebenarnya aku baru tau.

dan lagi satu, sila baca di sini okay. terima kasih kerana sumber itu.




pada sesiapa yg mencari, di sini aku warwarkan beberapa event shopping yg korang boleh dapatkan cincin / barang kemas dengan harga yg mampuandamilikkot.


update: sorry guys, aku tak tengok date. da habissss laaaaa

dua risalah ini datang dari sini ya! haaa yg ini sempat lagi korang nk pergi ni. tomei pun kalau bagi diskaun, memang kaw kaw lah harga dia. cuba try tengok. kot kot dapat yg berkenan kan.

dan ini datangnya dari sumber ini. yg ini pun sempat lagi nk pergi.

tp kalau dah terlepas event ni semua, bulan depan, rajin rajinkanlah pergi kedai emas. mesti setiap kedai ada menawarkan harga yg lebih rendah dari bulan bulan lain. kalau rajin, buat survey dulu. kadang kadang, lain branch, lain harganya.

satu lagi tips yg boleh dikongsi, dinasihatkan pada bakal pengantin / bakal tunang orang yg tak kisah bentuk cincin tu asal cantik dan berkenan tanpa memikirkan soal trend sekarang whatever, pergi beli cincin tu semua kt kedai biasa je! jangan beli kt kedai ternama sebab yg buat dia mahal adalah kos upah. kalau kt kedai yg kecil kecil ni, upah masih lagi harga mampu. kalau ke kedai emas kelantan, baiknya hati pemilik org kelantan adalah, sap sap soi je kos upah tu. tp aku tak sure lah kedai mana yg boleh bagi harga murah tu. tu korang kena survey sendiri okay. aku berkongsi info je.

aku bagi contoh ye. along by, masa nk bertunang dulu dia beli kt kuala pilah. sebab kt sana murah! haaa, tu dah contoh dah. pastu, masa kawan aku kahwin dulu, dia beli kat bagan datoh. tu pun murah gak. pendek kata, kedai tu berada di pekan pekan kecil!

kemudian, beli kt kedai emas yg biasa kita sekeluarga beli. korbankan masa yg mana dok kl, balik kampung, tanya mak kita ''mak biasa beli cincin/ rantai kt mana?''. jadi, pergi ke sana dan beli di sana. kebanyakannya, kalau dah biasa dengan mak kita, sure tokey kedai tu bagi diskaun kan??? kan??? kan???

kedai kedai biasa pun banyak choice what. kena pulak tu dengan budget kita.

dan terpulanglah nk beli belah rotan atau diamond kan. aku suka diamond! hehe.

walaupun by kata, diamond kalau jual balik tak laku. helllloooo, sapa nk jual balik cincin tu semua. simpan sampai mati lah!

kemudian, kalau bakal anda tu yg beli sendiri tanpa anda sekali masa memilih tu, redha jelah. anggap jelah tu hadiah dari mereka. terimalah seadanya. lagi bermakna kot kalau cincin tu 100% idea dia. kalau rasa tak cantik, lama lama pandang mesti jatuh cinta kali kedua!!! percayalah!

okaylah, selamat membeli. jangan beli mahal sangat. gunakan wang selebihnya untuk kegunaan yg lain. ingat tu tau.

aku cakap1: takkan aku nk beli bulan depan kot????
aku cakap2: aku mengimpikan cincin mutiara.


bubye pengantin~to~be - take care!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails