:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers

:: mari ikut saya ::

Thursday, November 18, 2010

apa lah nasib?

hello hello

sedih aku bila baca blog kak tedi. pasal orang yang menzalimi kucing kucing ni. beria nk tubuhkan pusat jagaan kucing, tp habuk pun tarak. agak agak lah kot. buatlah kajian terperinci dulu kalau nk bina pusat macam tu. fikir baik buruk, dari sudut negatif, positif. kalau agak agak susah, tak payah buat. menyusahkan banyak pihak, banyak hati yang terluka.

* termasuk hati aku dan kawan kawan bloggers aku yg lain.

sampai hati dorang kan.

tak ke dorang pernah fikir, doa doa kucing yg tak bersalah tu terus sampai ke Allah??? haiwan adalah makhluk teristimewa. lagi lagi yg jadi mangsa tu, mahkluk teraniaya....
urm, spesis camni, baik humban ke laut je. kasi jos makan. buat kerja acuh tak acuh.

sedih.

pergilah tengok blog tedi. aku malas nk link sebab internet lambat gila nk mampus.

aku boleh berbangga sebab harta aku yg bertiga tu, dua darinya adalah kucing jalanan yg terbiar. bila tengok dorang sihat, gemuk dan gembira di sisi keluarga kami, aku terfikir...macam manalah agaknya kalau jodoh mereka bukan bersama kami??

macam manalah kalau perut mereka terasa lapar dan dahaga?

macam manalah perasaan mereka bila dicaci, dipukul, disepak oleh orang orang yg zalim??

uhhh, sedih bila aku bayangkan macam tu.

sedangkan bila kami ada kt rumah, dorang lapar tu aku dah cemas. air kt bowl habis pun cepat cepat aku top up....inikan pulak, dorang menggigil tahan lapar.

dan aku sangat rasa bersalah, bila balik kerja, masing masing tunggu depan pintu, dan makanan dah kering kontang. terfikir kenapa aku tak letak banyak banyak td.....????

aku seboleh bolehnya nk sempurnakan keperluan kucing kucing aku. aku anggap ini adalah amanah Allah pada aku. so aku nk jaga amanah ni sebaik baiknya. macam jaga anak. anak pun amanah dari Allah kan.

takpe lah. hanya Allah je boleh memberi balasan yg setimpal pada manusia yg menzalimi haiwan haiwan yg tak mempunyai akal dan fikiran. tp ingat, mereka ada perasaan. mereka ingin disayangi, dibelai, dilindungi. siapa lagi nk bagi semua tu kalau bukan kita sebagai makhluk yg mempunyai akal dan fikiran, yg selalu berbangga dengan semua nikmat Allah swt....

bersyukur lah, sebab aku bukan jenis suka kucing yg mahal mahal. nafsu aku tetap pada kucing kampung. kalau aku mampu, semua kucing yg aku jumpa, aku bawak balik. tp aku tak mampu. rumah yg sempit, menghadkan keinginan aku.

ada hikmah juga aku tak de banyak duit. kalau aku bergaji besar, mesti aku habiskn duit beli kucing yg mahal mahal. dan langsung tak pandang kucing kampung. kan...masyaAllah, walau halus hikmah mu, besar maknanya...

dari jauh, aku mendoakan, kucing kucing yg berada di pusat jagaan jasin tu, berkeadaan baik, dan mendapat hak mereka yg selayaknya. jugak pada semua kucing jalanan yg tidak mendapat apa yg kucing lain dapat. biasalah, masing masing ada rezeki dan nasib yg berbeza.

kucing kucing yg kita bela, mungkin rezeki lebih sikit. rezeki mereka mendapat keluarga yg menyayangi mereka sepenuh hati....

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails