:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

:: mari ikut saya ::

Saturday, January 29, 2011

uruskan wedding sendiri memang penat.

hello hello

memang letih, memang penat. tapi aku berdoa, semoga semuanya berbaloi.

walaupun lama lagi majlis aku tu, tp aku dah plan awal awal. rasanya dapat inspirasi dari blog blog bride to be jugak. sebab kebanyakan blogger tu, setahun awal dah mulakan buat preparation. so aku pun dah terikut.

my tips, sediakan satu buku. coretlah apa saja di situ, contengkanlah segalanya di dalamnya, tulis kan segala harga, quotation di dalamnya, tampalkan pelbagai gambar atau insprirasi di situ. dan bawalah ke mana sahaja kamu pergi!!!


sampai ke kedai perabut pun aku bawa!


this is mine. buku ni dari najib. buku majlis daerah! aku dah boring pandang pintu gerbang majlis daerah tu, aku tampallah benda lain. =)

buku tu, lagi tebal lagi bagus. bila aku dah tampal segala macam maklumat, gambar, harga terus jadi tebal.

tips: yg mana dah booking vendor tu, print email atau note kt bahagian masing masing.

macam aku, setiap muka surat utk setiap perkara.

so bila op dah booking, aku print email tanda dah booking, details yg diminta dan tampal di bahagian OP. so senang nk rujuk pada masa depan.

buku ni dah macam apa ntah aku tengok. berconteng ke main.

masa nk cari mua tu lagilah, pelbagai warna pen dah kt dalam ni. =)

tips: kalau nk diy sesuatu, print siap siap. dan terusssssssssssssss tampal!! nanti senang nk review. kalau print semata mata, takut missplace kan.

macam aku, aku suka kt satu dress ni. dan memang nk sangat pakai dress macam tu. aku dah save dlm pc. sekali lupa nk print dan tampal! masa jumpa cik idah hari tu nk tempah baju, still tak boleh nk explain aku nk baju tu kt dia. nasib baik dalam majalah pengantin ada dress tu.

so bila dah jumpa yg mana berkenan tu, terus tampal. senang!


sebenarnya, tak mudah buat kerja kahwin ni. banyak sangat masa, tenaga yg kena dikorbankan.
nasib baik, internet kt office belum lagi diblock sepenuhnya. hingga ke saat ini, blogspot telah pun diblock!!!!!!!!!!!!!!!!! sirap tak rasa????

so source yg mana nk cari, fikirkan lah. balik rumah, on laptop, cari lagi. tanpa henti!

belum lagi fikir apa orang sekeliling cakap lagi.

orang menganggap kerja kahwin ni mudah, adalah orang yg tak pandai nk menghargai setiap detik menuju perkahwinan tu.

ada je kt office aku cakap aku macam macam. kalut lah itu ini. sebab yg nk kahwin raya cina ni pun, relax lagi.

takpe, tu bahagian dia. lantaklah dia nk relax ke apa, dan lantak jugak aku nk kalut ke apa kan. yang penting, wedding aku, kerja aku. aku takde pn nk menyusahkan sesiapa.

cuma aku mahukan kesempurnaan walaupun semua sedia maklum, tiada yg sempurna kt dunia ni. takpe takpe, kalau takde sempurna semua tu, hampir sempurna pun takpe.

aku suka details. aku tak suka benda benda yg kecik pun boleh terlepas pandang.

dalam buku aku, even daun inai, gambir pun aku tulis! hahahahahaha

okay tu je lah. nk sambung balik design tq tag, guest book lagi...

bye.

2 comments:

meowwmania said...

mmg penat tp dapat jimat, berbaloi plus memuaskan kot ;)

e.t.t.y said...

a'ah pun. memang jimat dan puas hati.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails