:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

:: mari ikut saya ::

Tuesday, May 17, 2011

mell hilang

hello hello

pagi pagi, sebelum pergi kerja kebiasaan aku, aku akan pastikan tiga tiga ekor tu ada depan mata. takde sorang, sanggup aku tunduk cari bawah katil. bila dah cukup bertiga, baru puas hati pergi kerja.

tapi pagi ni........mell takde....puas aku panggil...takde jugak. yg ada adik & ahboy je. main berdua. yg menjadi pelik aku adalah, awal awal subuh aku perasan adik panjat tingkap. selalu dia tak berani...

aku panggil kuat kuat. sampai adik mak aku bangun. haha. yelah cuti wesak kan. aku je bangla yg kerja harini...

sekali terdengar bunyi mengiau tp sayup sayup je suara tu. terus gegas betul betul kt wanie. cepat cepat bangun cari mell. gila stress minah tu kena paksa bangun pagi...mak aku dah marah mana ada mell tu, suara orang lain. well, instinct mak ni kan kuat [aku]. mestilah aku kenal suara mell camne kan....

semua orang keluar. melilau cari mell. mell tetap mengiau bila kena panggil. aku naik atas cari dia, takde. mak pergi belah kiri rumah. takde. aku suruh adik aku turun tingkat 2, takde.

aku sms bos aku...bgtau tak jadi tumpang dia. aku tumpang budak office lain. dia macam marah. haha..aku siap berpehlis pehlis cakap ada hal emergency. sanggup amik unpaid leave!

bila aku jengah corridor, nampak lah si mamell montel tu. tengah ketakutan atas bumbung rumah orang kt tingkat 1. dia pandang atas elok je masa aku panggil dia. alo lo looo takut ye kamell...

terus lah kami bertiga turun tingkat 1. tp cmne nk capai mell sebab bumbung tu rendah sangat. wanie turun bawah. tp mell tak reti nk lompat. asyik dok pandang aku je. wanie marah suruh aku turun sebab kalau aku kt atas, si mell mesti nk pandang aku je...okay fine aku turun..

dah kt ground floor, tetap jugak tak reti turun kan. mana mana kucing pun camtu kot. nebes!!

aku tolak bontot wanie, dia capai terus grill dapur orang tingkat bawah...terus rembat mell. terus aku peluk mell kuat. alahai...siannya dia. bulu meremang jeee...pastu rasa yg dia tengah takut....

aku tak dapat bayangkan camne dia boleh terlepas. dia terjatuh dari dapur, i dont think so. badan dia tak muat kot masuk dlm grill tu.

aku assumed, dia keluar masa pakcik tukang yg bikin rumah aku malam td balik. [malam td pakcik tu datang buat wiring].

agaknya semua dah ngantuk, so orang tak perasan yg dia takde. selalu mesti bertiga kan. aku pun ralat kemas bilik baru....

aduh lah mell. nasib baik takde apa apa jadi tau tak...kalau tak...........................berhenti kerja terus aku......

kesian mell....

ni td aku sms adik aku tanya mell tengah buat apa, dia jawab, mell tido atas almari. janganlah dia demam terkejut...

mell ni kan....malam td dia lain sikit. selalu orang datang rumah, dia menyorok bagai. tp malam td tak. pakcik amran tu drill dinding, dia relax je pandang apa pakcik buat.

mell, jangan buat macam ni lagi ye nak....terkejut mak.......

nasib baik jugak dia jatuh kt bumbung. kalau dia biar kt corridor, mesti gaduh dengan kucing lain kan....pastu mesti orang curi dia ke apa.

dah lah hari tu najib bgtau orang vietnam makan kucing, pastu ckap kt kawasan rumah aku pun ada orang vietnam....saja je tau........

alhamdulillah...terima kasih ya Allah kerana bagi peluang aku bersama mell lagi.......

2 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails