:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

:: mari ikut saya ::

Monday, May 30, 2011

4 hari.

hello hello


aaaaaaaaaaaaa last week sebagai orang bujang yg howt....!!!!!! minggu depan dah bersomi....aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa tak suka tak suka....eh....suka suka suka!!!
mau tak suka?????? pang....!

hantaran dah siap. percaya tak dalam 2 jam dah setel. haha....apa guna gundik gundik istana kristal beta kan...hehe......

orang nk kawin ni, bila dah dekat hilang mood. last last, serah tugas pada cheyah je. sap sap soi je dia siapkan. cayalah....cantik...lagi lagi warna yg dipilih sangatlah menyerlah walaupun simple je hantaran tu. ni kang, tunggu cheyah belikan pen. pastu dah setel. tak kuasa nk beli barang lain.

duit mengalir macam air terjun lata kijang okay....

gaji dah habis, duit najib bagi makin menipis....

bil telefon belum bayar. aaaaaaaaaaaaaa....berukband lagi.....
*bayar pas habis majlis pun takpe kan.........

semalam pergi cowboy. aaa suka suka suka. dah beli bekas itu, bekas ini, beli itu, beli ini.....
boleh pangkah lagi checklist.....!!

owh ya.....

mini dais pun dah hampir siap. cayalah. gundik gundik beta memang terbaik. nanti aku up gaji! eh belanja steamboat sekali. hehe.....

dulu masa cheyah kahwin, aku yg terbongkok bongkok buatkan pelamin dia. tak sangka time aku, dia yg beria lebih. serius nk nangis je rasa malam td!!!
love u cheyah.....! love hadif too. * hadif budak gedik.
okay, abg syam jugak sebab tolong panjat memanjat ni.....
dan tak lupa, adik adik yg sanggup bersengkang mata. haha....
dan paling tak kan lupa, wakbok dan waksal yg banyak sangatlah membantu....

sayang semua lah kiranya! senang...takde sapa touching maching.....


aaaaaaaaaa...tatut....

tp tak sabar!

bye.

Friday, May 27, 2011

checklist seminggu je lagi.

hello hello


senang gila nk update checklist. haha. kerja org malas.





















klik lah utk nampak besar......


fuhhh fuhhhh...berdebor kemain....!! lagi seminggu lah......

Wednesday, May 25, 2011

ring for groom of mine.

hello hello

auwwww bising bising hari tu, sekali dah dapat dah cincin untuk pengantin lelaki. seronok seronok....

jalan jalan kt jusco nk cari bahan untuk guest book, lalu lah kt kedai yg jual kristal dalam batu tu. terteleng teleng last masuk jugak. sebab konon nk mencari cincin.

first row, dia tunjuk white gold + kristal. [sebab dah nama kedai kristal kan]. kitaorang macam...ala.......
sekali amoi tu tunjuk silver ring. ah terus suka. uit, silver pun beratus gak kot. tapi mahal lagi cincin perempuan lah kan.... =]


macam ni haaaa.....

color blue topaz. cun cun cun!

the groom to be suka color tu. sebab aku paksa dia suka!
* dia kan tak mau pakai mula tu.....so nk dia suka, belikanlah apa yg dia suka kan....

aku suka dia pakai batu kecik jeee, tp dia nk jugak batu besar. layankan ajalah....

btw, thankx cik kitty [u know who you are!!!] and semua bbf....sebab recommend kan kedai jual cincin lelaki kt jalan tar tu. dan dan tu jugak aku ajak najib pergi kl. tp sebab masa dah suntuk kan, cancel. nasib baik jumpa kedai kt jusco ni....

fuhhh...fuh.....lega dah sikit....

bila baca ni, jangan nk cepat melatah.

hello hello

-------------------------------------

update: ini blog, blog aku. tak suka baca...please get out. entry ni, aku tak point the finger pada seseorang itu atau ini. sesiapa yg terasa, terpulang. tapi, bagi aku, mak aku, adik aku, kami saja yg tau siapa yg kami maksudkan. aku wajar rasa macam ni, sebab aku tau betapa susahnya mak aku. aku tak kisah pun. tp aku memang fikirkan kesusahan mak aku.

memang tak semua budi minta dibalas. tp at least boleh tak fikirkan keadaan mak aku masa tu??? boleh tak???

sekali lagi, entry ni suka hati aku lah kan nk taip macam mana. so sila jangan nk menyibuk kalau kau tak tau hujung pangkal. tak komen pun tidak mengapa. sekadar tau je apa yg aku rasa......

orait???

--------------------------------------------

apa perasaan kalau dahulu kita yg bertungkus lumus 3 hari 3 malam jayakan majlis mereka...

tp kini..................

mereka hanya datang melenggang kangkung sahaja???


normalkah perkara ini dalam setiap majlis perkahwinan?

normalkah apabila saudara mara tak boleh ingat setiap budi yg telah kita taburkan?

normalkah apabila aku terasa hati?

normalkah apabila kita mengharapkan budi kita dibalas semula?


kalau aku tau, dah lama aku tegah mak aku supaya jangan beria ria tolong majlis orang. tolong seadanya cukup.
tapi aku tak tau ni bakal terjadi.

sekarang, penat lelah kami anak beranak macam tak berbaloi je.


bukan aku mengungkit.

tapi...............................wajarkah aku berdiam diri, menganggukkan kepala saja bila berdepan dengan situasi ni?

sedih aku tengok muka mak aku........


ditelan mati mak, diluah mati bapak......


apa nk dikata?????


betul kan apa yg aku rasa selama ni??? tepat sekali jangkaan aku.



aku cakap: sila jangan cepat melatah kalau ada yang terasa. dah itu keputusan yg di buat kan??????????????????????

aku cakap1: nampaknya ada yg terasa....i loikeeeee.....!!!

Tuesday, May 24, 2011

rama rama dalam perut buncitku.

hello hello

banyaknya rama rama. bak kata thaqif dulu, ame ame....* rindu pulak kt thaqif.

banyak nya tak buat lagi...aaaaaaaaaaaaaa i need more hours, i need more hand and leg!!

guest book! benda ni siap termasuk dalam mimpi aku tau. esok nk sanding, malam ni terkial kial lagi nk pergi binding bagai. haish...at last malam td, fikirkan sesuatu dengan adik aku. camne nk buat lagi murah dan senang.

cincin for groom. adoyai. hari tu najib tak mau pakai cincin. tp aku paksa jugak. merata lah kami mencari. tak jumpa. bila dah jumpa kt poh kong, takde pulak saiz dia. gigit jari tu kang kasi kecik sikit saiznya.

dan semalam, baru lah bbf group bincang pasal cincin. kt jalan tar ada satu kedai jual cincin untuk lelaki.....semalam aku pergi kl. tp baru baca malam....aaaaaa terlambat...stress lagi....
aku ajak najib pergi kl minggu ni, dia sibuk pulak. nampak gayanya macam takde cincin lah najib tu.

veil nikah. dah siap. tunggu akak tu courier. disebabkan aku sibuk, aku mintak dia remindkan aku kalau aku lambat nk bank in the rest payment.

kek kahwin. pun sama. bayar separuh. separuh lagi masa hari sabtu lepas dia deco deco eric. hihi.....

goodie bag nikah. kena follow up dengan org tu. dodol.

malam nikah. aku tengah pening. tiba tiba najib kata, tetamu akan jadi lebih kurang 100-120 orang. haaaaaaaaaaaaaaaaaaa??? ramai gila okay. so semua kena tambahkan. dari segi makanan, goodie bag. perlu ke aku tambah kuantiti goodie bag tu?? dengarnya kawan kawan office aku pun nk dtg malam tu sebab esok hari tu ada family day. saja je kan, owner company aku dengki nk buat family day sekali time aku kawin.

rehearsal. fyi, majlis kami nanti akan jadi majlis formal. tu yg kena rehearsal bagai. tp masa rehearsal tu, kami belum husband n wife lah. hari khamis. redah je lah.

hantaran. belum siap lagi. sekian. infact, tak lengkap.

cuti kahwin. company bg 2 hari je. bila dengar lyana mk dapat 5 hari company bagi, siap jeles...ahhhhh.....aku nk mintak lama-lama, punya kedek!


haaa apa lagi apa lagi.....even dah buat checklist yg baik punya complete, tp tetap juga terasa tak complete. rasa banyak lagi yg aku missing.

biarlah...aku tawakal je ni....

yang penting....aku nk nikah!

eh satu lagi..........aaaa pening jugak nk cari teman honeymoon ni.....hari hari dok tengok hotel, tiket flight.....

penat!!!


Sunday, May 22, 2011

film review - nur kasih the movie

hello hello

paling penting...aku tak suka cerita ni...sebab sedih melampau. haha orang nk kahwin ni memang sensitip terlampau....
dengan tengok ng mak + adik aku lagi...lagilah aku malu nk menangis kan. alih alih bergenang je lah air mata tu. bila dah penuh takungan tu, mengalir lah dia sendiri diam diam. haha.

part paling gembira: bila seisi keluarga gembira yg nur pregnant.

part paling sedih: banyak kot part sedih. tapi paling touching masa nur at last jumpa adam dan adam serahkan cincin tu pada nur.....

part kelakar: bila kt kelas tu, nur pesan kt adam ''hati hati bang''...haha....relax je nur kan...

overall, cerita ni memang best pun. jalan cerita yg simple. takde pening pening nk fikir....

g lah tengok sendiri....yg tak minat, tak payah habiskan duit...membazir....yg minat je boleh tengok....

enjoice.................

Thursday, May 19, 2011

bunting :: 1st draft

hello hello

sesemut: sebut macam banting ye, bukan bunting [mengandung] hahaha.


ni first draft dari op. hahaha just like we want. i likeeeeeeeeeeeeeee.........! kami mahukan yg catchy, tak terlalu kebiasaan macam bunting lain yg gambar berdua berdiri tegak. haha....

op baru pindah office. so ada white room. kami yg rasmikan dulu....

and yes, macam tau tau je kan ada white room, kami pakai baju hitam. lagipun hitam bagi ilusi kurus slim melim..auw....

best kan....white room match dengan baju hitam. nampak menyerlah. nasib baik aku tak pakai tudung hitam jugak. kang digelar wanita diselubung hitam...haha....

owh....lagi berapa hari, perut ni dah banyak sangat rama rama lah....haha.....

doa untuk abah.....

hello hello


hari ni birthday arwah abah......19 mei...

al fatihah dan semoga roh abah tenang dan ditempatkan di golongan golongan yang beriman.

makin nk dekat harinya, makin aku merinduinya abah.

lagi lagi bila buat kad kahwin hari tu...aku letak kt bawah nama mak aku...balu allahyarham.....sedih.

mungkin sebelum ni kerana dah terlalu lama ditinggalkan, aku tak sedih sangat. tp, lain rasanya bila dah nak kahwin ni....ya Allah....aku sangat rindukan abah...

siapa yg tak ingin diwalikan + dinikahkan bapa sendiri kan. tp....kalaulah masa boleh diputar....aku redha. dan aku bersyukur wali aku nanti adik beradik abah juga.

abah, andai kau masih di sini, aku lah anak paling gembira.

abah, andai kau masih di sini, aku percaya, kau lah insan paling gembira menguruskan hal hal perkahwinanku.....

selamat hari lahir abah....etty doakan abah sentiasa dirahmati oleh Allah swt. diluaskan kuburmu, ditenangkan rohnya....doa etty sentiasa ada untuk abah....


sayang abah sampai bila bila.....selagi aku berbintikan namamu......


al-fatihah....


aku cakap1: bride to be, bersabarlah dengan karenah bapamu dalam hari hari genting ni. itulah nikmat adanya bapa. korang patut bersyukur masih ada bapa yg sudi uruskan semuanya.....hargailah mereka selagi mereka masih ada disisi kita......

majlis aku tak grand pun.

hello hello

dah ramai bride-to-be blogger buat entry berkenaan grand atau tak grand nya majlis perkahwinan. sebab ada beberapa perkara yg orang bangkitkan.

tak semua mampu nk buat majlis grand, tp semua orang mengimpikannya. cuma cara tu yg berbeza. [aku pun wish]

orang yg mampu, pejam je terus grand majlis dia. hire wedding planner.
orang yg tak mampu, pelbagai perkara kena difikirkan sendiri...contohnya DIY. jadi wedding planner untuk wedding sendiri [macam aku lah tu]

macam aku, dont expect majlis aku nanti grand gila. majlis aku biasa biasa je. sebab aku tau kedudukan kewangan aku camne, najib camne. so majlis kami nanti more to meriah tp tak grand.
aku suka keadaan yg gembira, meriah dikelilingi saudara mara.

dan aku tau, ramai tanya kenapa aku buat kt tampin instead of melaka sebab aku duduk melaka kan. orang kata aku menumpang majlis belah lelaki....

ntah, aku pun tak tau menumpang ke apa. pada kami, biar gabung je majlis tu. senang.

macam aku...sejujurnya aku suka ada majlis kat tempat aku sendiri...macam b2b lain. tapi, keadaan aku tak macam orang lain.

aku membesar kt perak, kt kampung aku. saudara mara aku ramai kt sana. dan sekarang, merata rata saudara aku.

kt melaka ni, ada berapa kerat je kenalan mak dan aku. saudara janganlah cakap, yg ada family waksal [belah abah] & pakngah [belah mak].

so dengan itulah aku decide buat je kt tampin. saudara mara boleh datang sana je. senang kan. lagipun aku tak yakin saudara mara datang dan menolong. yg aku nampak masa kenduri jaja hari tu, ramai datang, makan dan balik. padahal dulu wak aku bertungkus lumus tolong majlis orang.

even ada lah makcik terdekat aku, dia tak tau pun majlis aku kt tampin. awal awal dah cakap nk datang hari sabtu. takde pun cakap nk datang awal ke apa. padahal dulu mak aku lah..........................okay cukup. faham faham je.

oleh sebab itulah, aku buat kt tampin. sedara boleh datang makan je. aku treat mereka bagai tetamu yg lain. tak payah buat kerja. aku pun tak terasa hati. aku pun tak sedih tengok mak aku sorang sorang kemas rumah tanpa bantuan lain.

pasal grand tu, tak semua yg ada blog [b2b] nk tunjukkan kemewahan mereka. nama pun blog kan. mereka cuma kongsi idea, jadikan blog tu satu medium untuk memperingati detik detik manis menyediakan preparation semua. ala lagi ke orang rajin tulis diary?? orang lagi suka menaip kot.

ada orang suka DIY. so dorang share kan pada semua, hasil DIY tu. mungkin ada yg cantik, orang pun excited nk cuba. yg tak cantik, tp berusaha nk cantikkan dan guna jugak idea tu. tu sebenarnya. semua orang nk jimat kan?????? tu yg pentingnya refer pada b2b blog ni....

lagi lagi perempuan ni, semua benda nk cerita. dapat benda murah, semua nk hebohkan. siapa tak suka benda murah.

dan semua orang akan faham, kahwin perlukan banyak duit! tu sebab mana yg boleh dapat murah, grab selagi ada peluang.

macam aku, alhamdulillah banyak benda dapat murah dan berpatutan. tu semua atas khidmat b2b blogger. survey survey survey.

orang akan nampak benda tu mahal, tp bg aku.....okaylah...bersyukur.....

pastu, aku suka tengok wedding yg cantik cantik. [siapa yg tak suka???] aku tak suka ikut kebiasaan orang. aku suka lain dari lain. so mana idea yg best best tu, aku cuba aplikasi kan pada majlis aku.....

yang penting, orang nk kahwin ni idea kemain kretip.

okay tu je. nk breakfast.

terima kasih sudi membaca sampai habis.

Wednesday, May 18, 2011

kaboy gendut gendut ku sayang...

hello hello


duduk macam orang!!! pandai cari port nk duduk...macam orang tua....


budget muka comel...


owh kaboy yg paling nakal, mulut becok!!!!!!!!!!!!!!

apa apa pun, mak tetap sayangkan kamu...love to max kaboy....jika kamu tiada, sunyilah hidup mak...tp tolonglah jangan mengiau tak kena masa. mau kena pelangkung....haha....


dah setahun kaboy datang dalam family kami semua. terima kasih kerana buat kami lebih gembira.....

Tuesday, May 17, 2011

pre wedd - bunting shoot

hello hello

hari apa ntah, kami ke office op. buat shoot untuk bunting. takde pun pre wedd bagai. instead of letak gambar yg typical bunting tu, aku bg idea lain.

nasib baik op baik hati layankan je. beria kot. nk pakai baju sama sama. padahal kalau bunting, gambar biasa tu je kan.

najib nk prop basikal, op layankan jugak. nk suruh aku amik cincin dalam beg, layankan jugak. aku nk tukar skirt, bolos saja dinding itu....eh??? silap tagline.

aku yg ehem korang faham faham jelah bila depan camera.....boleh pulak malu malu kan. whadahel betul...hilang sifat semulajadi...hipokrit sekejap.

semoga gambar bunting nanti cantik.....vogidabas...meletopppppppppppppssss!!

najib kecik hati pose yg dia nak tu, tak berjaya sebab kang aku sentap. haha....tak koser aku nak buat camtu yang oiiiiiiiiiiii............

omg lagi.........17 hari..................!!!!!!!!!!!!!!!!

mell hilang

hello hello

pagi pagi, sebelum pergi kerja kebiasaan aku, aku akan pastikan tiga tiga ekor tu ada depan mata. takde sorang, sanggup aku tunduk cari bawah katil. bila dah cukup bertiga, baru puas hati pergi kerja.

tapi pagi ni........mell takde....puas aku panggil...takde jugak. yg ada adik & ahboy je. main berdua. yg menjadi pelik aku adalah, awal awal subuh aku perasan adik panjat tingkap. selalu dia tak berani...

aku panggil kuat kuat. sampai adik mak aku bangun. haha. yelah cuti wesak kan. aku je bangla yg kerja harini...

sekali terdengar bunyi mengiau tp sayup sayup je suara tu. terus gegas betul betul kt wanie. cepat cepat bangun cari mell. gila stress minah tu kena paksa bangun pagi...mak aku dah marah mana ada mell tu, suara orang lain. well, instinct mak ni kan kuat [aku]. mestilah aku kenal suara mell camne kan....

semua orang keluar. melilau cari mell. mell tetap mengiau bila kena panggil. aku naik atas cari dia, takde. mak pergi belah kiri rumah. takde. aku suruh adik aku turun tingkat 2, takde.

aku sms bos aku...bgtau tak jadi tumpang dia. aku tumpang budak office lain. dia macam marah. haha..aku siap berpehlis pehlis cakap ada hal emergency. sanggup amik unpaid leave!

bila aku jengah corridor, nampak lah si mamell montel tu. tengah ketakutan atas bumbung rumah orang kt tingkat 1. dia pandang atas elok je masa aku panggil dia. alo lo looo takut ye kamell...

terus lah kami bertiga turun tingkat 1. tp cmne nk capai mell sebab bumbung tu rendah sangat. wanie turun bawah. tp mell tak reti nk lompat. asyik dok pandang aku je. wanie marah suruh aku turun sebab kalau aku kt atas, si mell mesti nk pandang aku je...okay fine aku turun..

dah kt ground floor, tetap jugak tak reti turun kan. mana mana kucing pun camtu kot. nebes!!

aku tolak bontot wanie, dia capai terus grill dapur orang tingkat bawah...terus rembat mell. terus aku peluk mell kuat. alahai...siannya dia. bulu meremang jeee...pastu rasa yg dia tengah takut....

aku tak dapat bayangkan camne dia boleh terlepas. dia terjatuh dari dapur, i dont think so. badan dia tak muat kot masuk dlm grill tu.

aku assumed, dia keluar masa pakcik tukang yg bikin rumah aku malam td balik. [malam td pakcik tu datang buat wiring].

agaknya semua dah ngantuk, so orang tak perasan yg dia takde. selalu mesti bertiga kan. aku pun ralat kemas bilik baru....

aduh lah mell. nasib baik takde apa apa jadi tau tak...kalau tak...........................berhenti kerja terus aku......

kesian mell....

ni td aku sms adik aku tanya mell tengah buat apa, dia jawab, mell tido atas almari. janganlah dia demam terkejut...

mell ni kan....malam td dia lain sikit. selalu orang datang rumah, dia menyorok bagai. tp malam td tak. pakcik amran tu drill dinding, dia relax je pandang apa pakcik buat.

mell, jangan buat macam ni lagi ye nak....terkejut mak.......

nasib baik jugak dia jatuh kt bumbung. kalau dia biar kt corridor, mesti gaduh dengan kucing lain kan....pastu mesti orang curi dia ke apa.

dah lah hari tu najib bgtau orang vietnam makan kucing, pastu ckap kt kawasan rumah aku pun ada orang vietnam....saja je tau........

alhamdulillah...terima kasih ya Allah kerana bagi peluang aku bersama mell lagi.......

dadik ku sayang....

hello hello


ingat comel buat muka camtu???????????????????


hadoilah adik ni.....!!


asal dari chow kit, maka muka pun harus macam gangster chow kit....kan??

adik sayang, paling pandai ambil hati....sayang sangat kt dia. perangai dia berubah lepas sakit hari tu....sebelah kiri side bar, ada gambar adik. sila tekan untuk menghayati kisah sedih masa adik sakit....

siam yang ku sayang, ku timang timang....

Monday, May 16, 2011

mamell ku sayang....

hello hello



lokasi: atas almari baru mak..
keadaan: tengah nk tidur...


hai semua.....uncles & aunties....
hawau u???????????


mamell sihat sihat jeee.....


okay bye, mell nk sambung tido......mell kan baby lagi, so kena tidur lama lama.....

Sunday, May 15, 2011

baju nikah - done!

hello hello

apsal aku reveal awal awal???

macam lah korang tak tau, yg aku ni memang rajin update blog, hari hari aku update kan...[mata ke atas, tangan ke dada]



lama tau nk tunggu baju ni...

at first suppose fitting pada 2 may. tp postpone hari lain, pastu postpone hari lain...sampailah ke semalam [sabtu 14 may]. bila aku dah keluar rumah, akak tu bagitau esok pulak [ahad 15 may]...aku macam....aku dah lah takde kereta...pastu dah kena pindah office pulak. susah kot...

ni sampai aku macam teremo pulak dengan najib...

aku demam, so memang tak larat nk naik bas...tu yg macam susah tu...pastu najib pun ada hal...kesian pun kt dia, tp takde siapa ke kesian kt aku??? sob sob sob....

aku pun faham lah jugak keadaan akak tu kan. dia cakap emak mertua dia sakit, so kena g kl. then butik dia kena rampas dengan tett...so dia nk berpindah barang barang dia. okay....aku cuba faham....

tu je lah kot dari segi tak puas hati....yg lain semua okay. outcome pun best, kemas....

tp okay je masalah tu kan. kawan kawan aku yg hantar kt designer pun faced this problem jugak. ate dah nama nya designer kan...kan kan....

okay okay, back to story....

aku tak pernah ada scetch wedding dress ke apa. yg aku nak, simple kurung moden sebab aku memang target nk pakai selepas kahwin. apa gila kain rm400 nk pakai sekali jeeee....then masa hantar kt akak ni, aku pesan tak mau ketat sangat. kasi loose sikit...dan akak tu suggest buat train sikit. tak silap aku, train tu istilah untuk kain yg berjela jela tu...

sebab nk buat kain yg flowwy adalah tidak kesampaian sebab aku beli chiffon untuk kain cukup cukup 2 meter je....so buatlah train tu kan...

outcome....???

okay baju muat. so takdelah gain weight kan. aku dah kurus!!! yeay....nk tips?? g beli korset. apa apa brand pun takpe. disiplin pakai hari hari...insyaAllah, boleh kurus dan shape your body...aku pakai cosway je...alhamdulillah, it helps me...

kain memang ada train. tp rupanya akak tu buat dari satin. suppose satin tu untuk lining kan. at first macam terkejut gak...tp biarlah...asalkan cantik....sebab malas nk sentap sentap...haha....

tu je kot. veil pun okay. tp tak guna tiffany blue. dia guna warna lain. mula mula macam pelik, tp bila dah try pakai, nampak matching jugak. yes ada pearl, ada 3d chiffon flower. yg macam aku nak....

alhamdulillah...banyak dugaan, tp at least....cantik jugak....setel satu perkara yg merunsingkan aku....

mari ku jamu mata matamu dengan gambar gambarku ini......


tudung dari mawar collection. ah tak sangka memang matching gila.....heart it so much!!!



tu je....sekarang, tunggu veil akak tu courier...pastu payment terus.....baju dah habis bayar.....

anyway, terima kasih banyak banyak kak H.....walaupun banyak benda yg terjadi, saya tetap suka baju saya ni...saya doakan akak berjaya dengan kerjaya akak...insyaAllah, akan datang, kita jumpa lagi....

yes, baju nikah & veil dah boleh pangkah dalam checklist!!!! yahoooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo!!!! dah boleh nikah...........................upsssssssssssssssssss!!!

Tuesday, May 10, 2011

birthday of me....26!!!

hello hello

[nk jugak letak entry ni pada tarikh 10 mei 2011. hihi]

dah 26 tahun ye aku ni???? cepat nya masa berlalu....baru rasa diri baru lahir semalam. kakakaakka....

paling best tahun ni sebab ada celebration. biarpun simple, tp penuh bermakna sebab sambut dengan orang orang yg aku sayang maksimum!

ada mak, wanie, waksal, wakbok, jaja, harith dan.....................najib the organizer. cettt buat suprise ye???? sabar je lah.

malam tu, memang plan nk ke rumah waksal. nk ambil copy surat beranak. sebab nk hantar borang mintak kerja kt n9. pastu najib beria suruh mak, wanie ikut sekali pergi tengkera. dia kata lagi ramai lagi best. aku macam??????????????? apahal dia ni....

dia cakap nk beli kek. aku fikir kedai kek celah mana yg bukak??? najib kata bisa diatur...adakah org secret recipe tu kawan ko????? haha nk secret recipe je kan...

pastu dah kt rumah waksal, dia suruh adik aku ambil benda kt belakang kereta.

dan taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!


aish, kalau tak fikirkan malu, aku dah lompat lompat kegembiraan dah....

last sambut birthday ada kek bagai.............masa kecik kecik kot. celebrate sama sama najib, tiap tiap tahun.. tp yg ada kek bagai, org yg makan kek pun ramai, adalah beberapa tahun yg lepas. arwah abah sangat rajin nk organize majlis ni semua....

pastu macam malu kottttttttttttttt....auw siap tunangku.....malu aku depan semua orang!!!!


kek sangat sedap....thanks sayang....moist choc cake, layer with cheese, pastu atas tu ada lagi choc melt...ahhhhhhhhhhhhhhhhh....nk lagi yang...pehlis....


muka sayang nk potong kek....


disebabkan family aku dah faham perangai aku, so dorang pun layankan je, tunggu sampai aku puas bergambar. haha...agak lama nk tunggu aku serve kek tu...

kejap kejap eh cepatlah tangkap gambar sama...kejap kejap buang flash tu, tak mau flash.

najib je malu malu nk enterframe.....

btw, sambutan ini adalah pada 9 may jam 10 pm. belum masuk 10 may...in advance lah kiranya.....

apa apa pun, terima kasih najib untuk celebration ini....

terima kasih emak....untuk 26 tahun ini....

terima kasih adik beradik....

terima kasih waksal & wakbok.....kerana sedikit sebanyak menolong aku untuk majlis pernikahan nanti....

terima kasih sepupu sepupu....untuk sokongan dan nasihat.

terima kasih pakcik2 & makcik2.....untuk bantuan dan sokongan yg tak berbelah bahagi...rasa bahagia bila dapat pakcik & makcik yg sangat baik hati dan betul betul anggap aku sebagai anak kandung bukan sekadar anak saudara....

terima kasih pada kawan kawan yg wish birthday...kawan kawan sekolah, uitm, blogger, fb...


happy birthday to me....
semoga panjang umurku...semoga murah rezeki ku....
semoga apa yg aku hajati akan dikurniakan...
semoga aku dapat berbakti lagi pada ibuku dan adik adik ku....
semoga jodoh kami panjang hingga syurga....
semoga majlis nanti berjalan lancar.....

insyaAllah.......

Monday, May 9, 2011

dapat handbag & wedding shoe.

hello hello


murah rezeki aku. yeeeee, korang kena percaya org nk kawin ni memang rezeki murah...yg penting, jangan lupa doa.....dok diam diam, mana Allah nk dengar kan....

aku mengidam benda ni....selepas ke http://www.princessvictoriastylo.blogspot.com/
aku mintak quotaton harga lain. mahal. tp bila ada entry baru keluar, harga best!!! lagi lah nafsu mencanak canak nk beg ni...

owh yea, aku memang aim nk coach by this year....

tp ntah apa hantu rasuk, aku nk sebelum kahwin...boleh? haha....

tp aku cuba faham keadaan semasa. aku perlukan duit tu sekarang. duit yg ada, untuk berkahwin, bukan beli bag. maknanya, hasrat tu aku frozen kan sementara...

mungkin rezeki selepas kahwin. tunggu je lah ye....

tapi................aku dapat lain....


teringat cakap cheyah sepupu aku tu ''coach banyak ciplak, tp cr takde ciplak'' okay fine, at last aku dapat jugak cr. haha. terus aku sms dia, ''i dapat cr youuuuuu....'' cheyah jeles.

full leather....tu pun tak pasti, tp najib yg terel pasal leather ni, confirmkan ianya leather. dan letak atas dulang. eh yang tu tak pasti lagi. kalau hantaran maker tu cakap boleh letak, letak. kalau tak, aku pakai dulu. hihi...


dan satu lagi yg buat aku gembira adalah, kasut kahwin dah dapat. eh ingat tak entry nk bayar bulan mei tu. kasut yg aku nak tu rm150 kan. aku macam tak yakin nk beli. so aku hold kan dulu payment. since nk singgah kl, aku nk survey kt kl.

at last, dapat.....apa yg aku nak adalah merah dan open toe shoes.

pastu teringat pulak, najib pernah cakap dia suka kasut cindarella. hahahahaha....okay dapat.
dapat pulak penuhkan apa yg najib nak kan, seronok aku....

3 inch high heels. macam tak confident nk pakai 5 inch. biarlah nampak ketot. comel apa....hiksss....yang penting harga dia bawah rm100.

aku beli kt princess. jangan pandang enteng pada princess tau. kt sana ada banyak wedding shoes!!!! yg macam aku nak tu, ada! almost rm2oo. jangan main main....

dan memang banyak pilihan cantik cantik kau...

semalam fitting baju reception, pakai sekali kasut ni. sedang elok elok je paras dress tu. sebab dress aku takde train.


ah cepatlah 4 jun!!!!!!!!!!!!

Sunday, May 8, 2011

thaqif & nysa yg mak etty sayang.

hello hello


balik kampung minggu lepas, berpeluang lah jumpa budak 2 orang ni. seronok lah mak etty kan. nk jumpa kt kl, entah bila. sebab ingat, sebelum kahwin ni memang nk jumpa


geram tau ng nysa tu. sombong! mak etty umpan dengan lolipop, baru nk datang. tp pandai, dah amik, terus lari jauh jauh...

btw, lolipop tu datang dari majlis eena. nk review majlis tu, nantilah. aku langsung tak tangkap gambar sebab hal yg satu tu....mood ke laut.

nysa ni bijak tau budaknya. dia suka ikut apa yg abang dia buat, orang sekeliling dia buat. comel sangat....


abang seperti biasalah. nk ajak main je...penat mak etty melayan. main kejar kejar sekali ng nysa...


dah petang sikit, main basikal kt luar. hujan masa ni, tp suka pulak thaqif ngan nysa main hujan. risau je demam kan...

oh yea, thaqif dah masuk frasa bertanya apa tu, apa ini. jenuh nk melayan. thaqif ada jumpa satu buku. pasal sampah ke apa. dalam buku tu banyak gambar lori kontena, lori sampah. thaqif tanya ni lori apa mak etty. haha mak etty main hentam jawab. mana lah mak etty tau thaqif oiii...

tapi ada satu ni, lawak. thaqif cakap ni lori siput. aku macam, haaaa biar betul budak ni. mana dia tau. adakah sebab rupa macam siput. ala lori simen yg pusing pusing tu. masa tu tengah on call ng najib. aku siap cakap eh mana thaqif tau ni lori siput. najib cakap eh memang nama dia lori siput lah! ahaha. maknanya aku lah yg tak tau!!!!!!!!!!!!! mesti ibu dia dah bgtau kot nama lori tu lori siput. sorrylah thaqif, mak etty tak tau lah. kalau tanya pasal barbie, mak etty tau lah. ngeh ngeh ngeh.


malam tu balik parit 5 ng wak semua. sedih jeee....

ada bincang sikit pasal majlis nikah. so wak timah, kak ijan ada. masa tu sempat lah main kereta dengan thaqif. pastu dorang balik.

masa nk balik tu, berkali lah kak ijan bgtau thaqif, ''mak etty tak ikut kita tau, nanti jangan tanya tanya'' alahai, sedih dah masa tu..................!!!

masa thaqif nk balik tu, dia pun tanya ''mak etty????''...mak etty tak ikut thaqif lah...


lepas ni, kita jumpa majlis nikah mak etty ye.......lepas tu, mak etty tetap akan sayang thaqif dan nysa selalu....walaupun mak etty ada anak sendiri.....

dugaan itu amat berat.

hello



lama gila lah tak update....mood jatuh merudum. kawan kawan yg tau pasal apa, mungkin faham keadaan si darah manis ni....

yelah dulu, blog lah segalanya. tp bila ada masalah yg hari tu, dah malas nk tengok blog sendiri, blog orang lain. asyik facebook je.

urmmmm, ingatkan tengah tunang ni takde dugaan yg berat berat. yelah sejak 2004, bermacam dugaan kami tempuh. rupanya kami diduga juga. agak berat jugaklah sebab bermain dengan emosi. tapi takpelah, aku malas nk ungkit. biarlah. apa yg penting, aku sentiasa doakan hubungan kami berjodoh hingga akhir hayat.

tapi............janganlah expect aku macam dulu. nk percaya kt orang sepenuh hati. aku lebih berjaga jaga sekarang. aku lebih alert pada persekitaran macam sesumpah! hahaha....

25 hari lagi. yes 25 hari lagi bakal menjadi isteri pada seseorang. seseorang yg selalu buat aku marah, bengang, sakit hati, sakit jiwa...tp dia jugaklah yg aku sayang. kadang kadang tanya pada diri sendiri, kenapa dia yg aku sayang?????????? aku takde jawapan tu! tolong korang, jawab kan soalan tu.....hehe....

bersyukur aku dapat sepupu yg sudi meminjamkan telinga, kawan kawan yg sudi mendengar dan nasihatkan aku...Allah je boleh balas budi korang. biar pun sekadar doa dan nasihat, aku hargai....

banyak yg aku kesalkan. kesetiaan, kehormatan. tp apa boleh buat, aku bukan sempurna....

doakan jodoh kami panjang.

doakan aku tabah menghadapi dugaan harini, esok dan hari seterusnya....

doakan hati aku tetap padanya, hatinya tetap padaku....

Tuesday, May 3, 2011

30 to go..............

hello hello


mood segala mood hilang sekelip mata. adakah normal???

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails