assalamualaikum
* entry panjang gila
anak dalam perut dah 34 minggu. macam tak percaya. kejap je masa berlalu.
kalau borak borak kosong dengan suami, mesti ada ayat ''kejap je kan''. haha. lepas tu mengenang nostalgia lama. nostalgia masa buat UPT, rezeki dan first trimester.
last period kalau tak silap 23 september 2011. masa tu dah plan, since kami berjumpa pun jarang, kami rancang untuk kerapkan berjumpa time subur. haaaa tips ni. yelah waktu subur orang berbeza beza kan. so kami gunakan pendekatan yg senang. gunakan sebaiknya. lagipun kita sebagai wanita ni, mestilah alert dengan badan sendiri waktu subur tu kan. lagi lagi maklumat di hujung jari. google je tanda tanda sedang subur, berderet kt google. sekadar berusaha. tak salah pun kalau aku share kt sini.
kemudian, sementara nk tunggu next period datang, masa tu dah plan lepas period akan datang ni, nk ajak suami pergi honeymoon lah. lagipun tak silap aku time tu aku ada post pasal ayah mertua desak suami bawak aku pergi langkawi. haha. time tu kerja tempat lama, so banyak masa cari maklumat hotel bla bla bla. paling best dah dapat harga yg menyeronokkan kt PD. ala lupalah hotel apa. yg ada private swimming pool tu. tu kan angan angan sebelum kahwin. sebelum kawin plan pergi ke japamala tioman sebab ada private pool. tp mahal sgt. then tengok kt PD ada. tp ktorg sangatlah tak sempat nk pergi even ke PD tu!!
so tu yg plan nk honeymoon lagi dalam bulan 11 camtu.
tunggu tunggu. period tak datang. tapi symptom period tu ada. perut cramp. breast sakit. so tak terdetik pun yg aku mengandung. sebab yelah lebih kurang 4 bulan kahwin, orang orang sekeliling dok lah sibuk cakap dah melekat ni, tp tak melekat lekat pun. so dah lali dengan perubahan badan dan kata kata org sekeliling. [sebab tak mau kecewa kan].
aku ni pulak jenis akan note bila aku period, dalam calendar dah tick dah bila next period aku. kalau pun tak tepat jangkaan tu, tp still dalam minggu yg aku expected tu.
bila dah beberapa hari terlepas hari sepatutnya aku period, cuak gak. tp sakit perut tu tetap jugak datang. aku ni kalau period mesti guling guling lah. senggugut teruk gila. so kalau perut cramp tu mestilah aku ingat senggugut aku kan.
tp dah seminggu tak datang jugak period, so we decided beli UPT tu. kali ke berapa tah beli benda ni. hahahhaha. beli yg tak mahal, tak murah. sedang sedang. tp still bawah rm10 lah. hahaha. yelah kalau negatif kan membazir.
malam pergi guardian, beli.
subuh tarikh 2 november 2011...aku pun test tu. since ini adalah lain macam punya pattern UPT, macam terkial kial sket nk buat tu. hahaha. gilo. kena celup celup pulak tu.
mula mula terus blank benda tu. ah frust gila kot. yelah beli satu je. pastu beli yg lain macam punya pattern. ingatkan salah celup ke apa kan.
tp lama lama, appear first line, lepas tu second line. ahhh hati dah dup dap ni. lama lama tu clear pulak double line tu. macam terkejut gila. kalau baca org lain punya blog, siap jerit dalam toilet. tp aku speechless. suka ada, tak suka pun ada. tak tau kenapa ada perasaan macam tu. then terus keluar toilet, kejutkan suami.
''by by bangun by tengok ni...satu line je'' ceyy konon sedih lah kan.
''satu line. okay takpe, nanti cuba lagi...krooh krooh krooohhhh''. ampeh punya laki.
aku pandang je UPT tu. sedih tau tak diherankan suami.
''by bangunlah.............double line ni. i acah mak enon jeee''
''haaa, okay okay. kita pergi clinic nanti ye...kroh kroh krohhhhh''
aaaaa time tu, aku sentap gila tau tak....aku menangis sebab suami aku macam tak heran je. padahal sebelum ni kalau single line tu, dia yg sentap lebih kan. mengalir je air mata aku....
lepas tu suami aku pun peluk dari belakang. dia amik UPT tu, tengok. pastu dia ulang balik cakap ''kita pergi klinik nanti tau. dah pergi mandi, solat. sujud ucapkan terima kasih atas rezeki ni''
terus senyum balik. sms kak ijan ''double line lah you. peknen ye??''. lepas tu sms kak yanie pulak. ayat yg sama dan mintak tolong bgtau kt bos yg aku nk pergi clinic kejap.
pergi klinik, berdebar bukan main. masuk bilik doktor, doktor suruh buat urine test. lepas buat test tu, doktor tanya klinik terdekat kt mana. dia nk arrange next appointment untuk buat buku. lepas tu boleh lak aku tanya ''so sekarang result saya mengandung ke tidak?''..hahah sengal punya soalan. ''laaa mestilah pregnant. kan saya suruh awak pergi klinik pada tarikh ni, then awak buat buku merah''....ooooo. masa tu tak sure lah dah bape minggu.
keluar je bilik doktor, kami berdua tersengih sengih macam kerang cukup masak. then kami bersalam sambil ucapkan tahniah pada diri masing masing. ''sian u sayang, doktor tak cakap pun tahniah, awak bakal jadi bapa''....''haaa tu lah...i ingat doktor cakap camtu nanti. kita pergi klinik lain lah jom. i nk dia ucap kt i camtu''....haha sengal. pastu gelak gelak. dalam kereta macam tak percaya. bluuuurrr je masing masing.
sampai office, dah kecoh rupanya. malu lah i tau. blushing i tau...
okay tengok pada gambar bawah ni, boleh lah aku cakap appointment buat buku pink tu tarikh 10 november. mula mula KK tengkera tak mau terima aku. dia suruh buat kt tempat lain. tp guna kuasa veto suami lah kan. nk jugak!!. at last dia letak aku sebagai pesakit di luar kawasan. cettt...
masa tu lah kenal nurse nurse yg baik baik, doktor rina. best sgt. takde garang ke apa. doktor rina suruh datang esok, nk buat scan pulak.
tarikh 11.11.11........first time jumpa anak sendiri. scan kt KK jalan gereja. old school gila scanner dia. takpelah, asalkan nampak kan. masa tu suami tak tengok sekali. sebab doktor rina kata ni bukan klinik dia, menumpang je kt KK lain. so takut kalau staf KK situ tak selesa kan. suami pun redha je. just tunjukkan kt dia gambar yg doktor rina print kan utk suami.
hey baby. kecik nya kamu time ni. sekarang dah pandai kick mama kan...
tarikh keramat.
bila tau mengandung, ktorg terfikir macam mana nk surprise kan pada family. macam macam fikir. at last tak jadi pun. suami call ayah dia bgtau aku mengandung. lepas tu dia jugak yg bagitau kt mak aku. motip sebab aku segan yg aku mengandung. cittt porah..!!
awal awal mengandung, alah tu takdelah sangat. lain org, lain pembahagiannya kan. mabuk, emosi lebih je. muntah muntah tu boleh kira lah berapa kali. tu pun time gosok gigi.
tapi bahagian aku, perut cramp yg tak henti henti. macam aku senggugut. macam mana tak risau kan kalau melibatkan perut dan rahim kita. tu part aku.
makanan takde pantang larang. yg mana tak boleh makan macam org lain cakap tu, aku still makan jugak. tp sikit lah. aku tanya pada mak aku, pada kak ijan. so far, dua dua reference ni cakap boleh je makan, tp sikit. so aku makanlah nenas, minum air kelapa. alhamdulillah takde apa. makan bukan untuk kenyang kan.
anak memang pembawa rezeki. tarikh 2 november aku dapat tau aku mengandung, tarikh 3 november rupanya rezeki aku yg lain pulak tiba. aku dapat pulak kerja gomen pulak. alhamdulillah. mak pun berkali kali cakap, ni rezeki anak ni. macam tak percaya, tp itulah hakikatnya.
masa tu kami suami isteri memang tengah mencari kereta untuk aku. yelah, masa tu dah mengandung, macam susah je aku nk tumpang bos aku kan, kena jalan jauh. bila dapat kerja government tu, urusan pembelian kereta pun jadi mudah. rezeki anak sekali lagi. dapat pulak nego harga paling best kereta kelisa aku tu, tip top conditon pulak tu. rezeki rezeki rezeki....syukur alhamdulillah.
sekali lagi anak ni menyenangkan hidup aku. mula mula masuk kerja kt tempat baru ni, macam takut je kalau mabuk teruk kan. takut asyik amik MC je sebab morning sickness ke apa kan. rupanya baby behave sangat sangat...baby evening sickness je. petang ke malam je flat. pagi elok je. cuma muka pucat tu biasalah. awal awal.
dan first trimester berlalu dengan cemerlang di tempat kerja baru. tanpa MC yg berderet. seingat aku, sehari je aku MC sebab gastrik.
dan itulah sejarahnya yg tak pernah aku cerita kt sini. maka hari ini, aku ceritakan segalanya.....
im 34 weeks pregnant and still counting.....
3 comments:
seronok kan cite psl preggy momentos..hihi
sy pn tgh dok hitung hari ni..mgu depan masuk la 36 mgu.huwaa tkot giler...hee
mmg btol lah wak..time mengandung ni rse cepat jer masa berjalan...tup2 ni nak beranak dah..he3
jumpa blog ni. akan jadi reference ku yang baru menjadi m2b hhihi.
Post a Comment