:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

:: mari ikut saya ::

Tuesday, May 8, 2012

antenatal class / kursus peneman

assalamualaikum

antenatal class

alhamdulillah, semalam dah pergi.  actually, tak berapa nk class lah.  cuma lebih kepada memenuhi syarat nk bersalin kt hospital melaka.  nama sebetul, kursus peneman.
modulnya hanya memberitahu prosedur di dalam labour room [ejaan sebenar labor ke labour ek?] - LR selepas ini.
dibawa melawat kawasan - wad dan jenis jenis wad, melihat keadaan LR.
penyusuan bayi.
pendaftaran di hospital jika masanya telah tiba.

agak boring, tp bolehlaaa...sekadar cukup syarat je kan.

hospital melaka sekarang kan dah upgraded jadi hospital yg mesra suami.  so mana mana yg nk temankan isteri ketika bersalin, wajib amik kursus ni. cuma kursus ni untuk bersalin normal je.  kaedah lain, forceps, vacum, c-zer suami tidak dibenarkan melihat sama sekali.  suami pun dibenarkan berada semasa ''push push push'' sehingga anak dilahirkan.  sesudah itu, sila keluar ye.  sesi jahit menjahit pun tidak dibenarkan.  suami hanya akan dipanggil bila laluan dibuka sebesar lebih kurang 3cm [dah lupa. hahaha].  dan paling penting, suami hanya menemankan isteri semasa di LR sahaja.  di ward TIDAK! SOB SOB SOB....kena tidor sorang sorang...

masa dalam kelas tu, agak boring sebab nurse cakap sama mcm dalam slide.  cuma dia ada bagi tips lah sikit.  dan juga penambahan info tentang barang barang yg perlu di bawa ke hospital. mcm lampin, towel, baju semua orang dah tau kan.  pertambahannya adalah:

untuk anak

1.  lampin kain
kn kalau kt gomen hospital, syarat untuk discharge adalah, bayi kenalah berak dan kencing.  so tu kes normal.  apa yg diberitahu semalam, kalau pakai diapers, cepat kering kan. dan kita pun tak reti nk detect dia dah kencing ke belum.  so tu lah pentingnya lampin kain.  so anak dah kencing boleh keluar.  sehelai pun jadilah.

untuk ibu

1.  blue linen
tak sure kt hospital lain macam mana.  samada diberi percuma.  cuma di dalam LR ye diberi percuma.  blue linen yg perlu kita bawa tu adalah kegunaan semasa di dalam ward.  bila air ketuban pecah for sure banyak air melambak kan.  so inilah kegunaan blue linen tu.  dia adalah lapik plastik berwarna biru.  so nanti tak lah tilam tu basah. 
noted:  aku dah beli kt kedai hospital.

2.  termos, air mineral, air milo
termos tak perlu bawak sebesar-besarnya.  air mineral & milo pun sama.  bawak sekadar stok beberapa hari duduk di ward.  sebab hospital pun takkan nk simpan kita lama lama dalam ward.  hehe

rasanya tu je kot.  ke aku lupa tah.  haha.  nanti kalau aku ingat, aku update ye.

kt hospital melaka ni pun, adalah hospital rakan bayi.  so botol susu, fm adalah tidak dibenarkan

bila sampai sesi breastfeeding, nurse cuma terangkan kelebihan susu ibu je.  cara pegang bayi, cara menyusukan bayi [posisi], cara penyimpanan EBM.

nurse cakap untuk awal awal ni boleh je simpan dalam container plastik [well known as bekas dadih] tu.  cuma SEKALI je pakai.  then buang.  unless kalau bekas tu tertera number 5 di bawahnya.  tu boleh pakai berulang kali.  kalau stock dah banyak, dah boleh pakai storage bottle, bag mcm yg kita beli tu.

tiba melawat kawasan di sekitar ward, LR.  haha.  kelakar okay.  mcm rombongan cik kiah & pak seman yg buyong buyong.  semua senyum je tengok ktorg melawat kawasan. 
masa dalam ward okaylah.  takde apa yg pelik sgt pun.  ward yg third class tu mcm best sebab boleh borak borak.  second class ada 4 katil tak silap.  best gak.  yg first class kalau suami boleh teman bestlah.  ni tak boleh teman, agak boring.  so even aku layak dapat first class, aku rasa nk yg 4 katil tu je.  tp nurse dah cakap, tengok pada availability pada hari tersebut.  dapat hari ramai org nk beranak, tak ikut dah kau layak ke tak.  asalkan ada katil kan.  okay aku redha!

untuk kelayakan pengkelasan ward, sebaiknya sila bawa GL [guarantee letter] kalau anda adalah pekerja sektor awam.  even skrg kita semua ada sistem HErmis [camtu kot ejanya], kena bawak jugak surat tu.  maunya sistem down ke, still menyusahkan kan.  kalau suami isteri kerja gomen, bawak dua dua punya sekali.

masuk pulak LR.  haha masa ni berdebor kemain.  aku punya imagination adalah bilik yg besar gila, katil yg takde tilam, hanya besi semata mata.  sekali silap!!  LR cun ah gak.  siap ada sofa untuk suami duduk situ teman isteri yg kesakitan.  oh tidak, sampai skrg aku masih terbayang bayang keadaan dalam LR tu.  takut kot...
once suami dah masuk, dia hanya dibenarkan keluar untuk bersolat sahaja.  toilet semua dah ada dalam tu.  tak boleh keluar sesuka hati sebab nk jaga privacy orang orang nk bersalin. 

satu je yg paling penting semasa berada di dalam LR.  please respect the rules. sebab LR adalah tempat paling sibuk dan sesak!

macam mana nk pergi ke kursus peneman ni?  well senang je.

sila bawa suami sekali.  dan juga ''buku merah jangan lupa bawa''  =)

bila usia kandungan dah masuk 7 bulan, sila ke hospital melaka ye.  [hospital lain tak tau camne prosedur dia].  pergi ke bahagian O&G yg bersebelahan dengan klinik pakar.

kaunter O&G belah kanan, so nanti tanya nurse dulu kt kaunter.  nanti nurse suruh masuk bilik 11.  sebelah kaunter je.  jumpa nurse dalam tu, cakap nk attend kursus peneman.  nanti dia akan minta buku merah kita.  tanya dah berapa minggu.  kalau sedang molek je nk dekat bersalin, dia akan tunjukkan bila tarikh tarikhnya.  so far, setiap minggu hospital akan buat kelas ni 2 kali seminggu.  hari isnin dan khamis.  so pilihlah mana yg korang nak.

nanti nurse akan pesan, ''hari tu nanti jangan lupa bawak salinan kad nikah ye.  kelas start pukul 8.30 pg, tp datang pukul 8 tau.  report kt kaunter dulu''.  gituwww....

hari kejadian, siap siaplah breakfast kt rumah dulu.  makanan dan minuman tidak disediakan. 

kadar bayaran kursus adalah free of charge!!  tapi kalau dah free tu, janganlah kau harap byk sgt info kau dapat kan...kan aku sudah bilang, kursus ni sekadar cukup syarat nk bawak laki temankan dalam LR tu. 

okay tu jelah.  aku pun tak ingat apa lagi nurse tu terangkan.  eh kenapa cepat lupa ni, padahal semalam je baru attend.  hahaha.


8 comments:

Unknown said...

i hr tu xbwk pn blue linen tu.hehe.even nurse pesan beli pad yg ade tali pn,i bantai yg pad maternity biasa tu gak.sudahnye lps deliver nurse pkaikn pad yg hospital bg yg bertali tu.hahaha
baby lak,xdenye i pkaikn lampin.bile doc tnye baby kencing x,i jwb je ye.i assume comfirm baby dh kencing sbb time tu dh 2/3x baby berak.xkn le baby xkencing2,ye x?hahaha..

p/s:jgn le ikt cara i yg t'lbh kondifen ni.hehehe

Shakina Farhan said...

harus la baca ''buku merah jangan lupa bawa'' tu dgn nada lagu zizan yg kena bann tu kan..haha..

Syima Syaz said...

napa takde pic pic ke? blh imagine..i rasa i bersalin kat hospital terdekat je la....mana lagi...gomen

ctmah said...

simple je ek.aritu ada check kt hospital serdang psl antenatal class ni.free gak tp dalam 2 jam camtu jek.xbg nama pn lg.hihih
btw, i follow u.nice to know u

e.t.t.y said...

yUmIe - habis kelas, ktorg gegas cari lining tu tau....tp kalau baby dah berak, confirm lah dah kencing. mcm kita jugak. hahahahaha

Shakina Farhan - haha mestilah. keluar je dari kelas tu, ktorg dah nyanyi dah...lalalalaalaaa

Syima Syaz - alaaa ada, tp maleh nk transfer. boleh je bersalin kt gomen. kawan kawan lain okay je. cuma kena positif lah ye.

ctmah - a'ah kalau free, better pergi. tp kalau berbayar ni, banyak pulak ceritanya. details. ni sekadar basic je.

sarah shamsyul said...

etty : agak2 da 38w,stil leh g x kelas tu,kt hosp.mlk tu?

e.t.t.y said...

Lara is Veelara - alamak beb, i tak sure lah. cuba try call GH, tanya kt O&G dept.

sheAYANG said...

Assalam.
Salam singgah.
Thank you untuk sharing ni.
Ada juga info.Berdebor2 plak rasa nak beranak ni. Huhuhu.
Doakan eh.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails