assalamualaikum
pagi tadi meroyan jugak. sebab lambat sgt check up. datang awal kot, pun dipanggil lambat. siap tido tido aku kt kerusi tu. lantak lah dengkur ke tak. [sekarang aku kronik berdengkur, tido duduk pun boleh dengkur tau. hihi]
harini still tak jumpa doktor. nurse kata next appointment lagi 2 minggu baru jumpa doktor. scan pun jangan haraplah. tak pelah, nk scan pergi panel je senang kan. aku pun skrg check up kt panel gak.
harini mcm biasa, check jantung anak, kedudukan anak, bebel bebel pasal breastfeeding, jaundice, bengkak kaki. yg best kt KK ni pasal tu lah. byk nasihat dia bagi. kalau kt panel, takdelah semua tu kan. pandai pandai kau lah.
urine okay, HB tak amik [kalau tau takde aku telan ubat iberet busuk tu], BP okay [aku pun tak tau okay ke tak bacaan dia, tp anggap jelah okay. hehe], kedudukan anak kepala kt bawah, tp nurse kata since ada tempat tempat kosong ni, dia boleh lagi berpusing, oh please anak sila duduk diam diam okay, jgn tiba tiba naik pulak. tinggi rahim 34 cm, bengkak kaki, memang bengkak so nurse continue pesan suruh tinggikan kaki masa tido, kalau tak kang berat nk angkat kaki, nk berjalan, memang pun! so kena ikut cakap nurse. lepas tu dipanggil masuk dalam bilik nombor 5 inject kancing gigi untuk kali kedua. umak aih, kali ni kemain nurse nora tu cucuk aku. terasa betul sakit. tp kejap je sengal sengal tu. balik rumah kejap tido, bangun tu terus elok dah. normal lah kan.
perut aku pun dah makin besar. jalan pun dah mcm penguin bak kata vee. jalan slow slow sambil pegang bawah. sebab terasa mcm nk jatuh je perut aku. mesti anak aku pun dah besar kan. hari tu panel check berat dia dalam 1.6kg. skrg mesti dah 2kg.
suami aku tengok perut aku pun, dia kata besar. sweet pulak bila aku baca dia chat ng kawan dia, sms kawan dia, dia cakap isteri aku dah sarat. haha sweet tang mana aku pun tak tau. skrg baru tau, makna sarat tu apa. hahahaha.
bila dah sarat ni, nk bergerak pun malas. kalau dah duduk tu, static jelah aku duduk. nk amik remote TV pun aku sanggup tengok cerita tak best, pastu kalau adik aku lalu baru aku suruh dia tolong amikkan. lagi lah kalau kena mencangkung mcm nk amik barang kt bahagian bawah fridge ke, azab nk bangun. kalau kucing aku lapar, takde makanan dalam bowl, alahai nk tunduk sakit, terpaksa lah tunduk gak demi kasih sayang kt kucing.
bila tidur pun sama. katil queen tu pun rasa mcm tak muat nk tampung kitaorang. aku dah lah tido tepi [sebab senang kalau nk sheeshee tengah malam], kadang kadang nk terjatuh tau. ko bayangkanlah ktorg dah berempat skrg ni...!! heh mesti pelikkan dah berempat bukan bertiga.
KUCING AKU!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
laki aku tu lah. konon kalau takde kaboy tak boleh tido. pui lah. aku tengok elok je berdengkur kalau kaboy takde. tp memang, dia akan bawak kaboy masuk dalam bilik sebelum tido. pastu kang aku masuk bilik, sorang dah tido, sekor pun dah tido atas bantal yg mmg dah reserve utk dia. kalau dia masuk dengan kaboy, kang dia keluar balik dia cakap ng aku ''shhhh yang nanti masuk bilik jangan bising bising tau, aboy dah tido''....ptffffffffffffffffffffffff....geram pulak aku kadang kadang. hover tau. kalau aku naik atas katil, kang dia sound aku ''slow slow sket, kang kaboy bangun''....sakit jiwa oiii....
lagi kelakar, kang dia popok kaboy, dia cakap ''abang sayang boy sekor je tau''. aboy pun jenis kucing yg bising mulut dia, kang dia membalas lah miau dia tu. haha comel lah dorang ni.
macam malam tadi, lagi kelakar. mell memang dah tido dalam bilik aku. dia menyorok bawah katil. time aku solat, baru dia keluar. pastu dia bising bising lah nk keluar sbb dah lama gila dia dalam bilik tak keluar. nk sheeshee ke apa kan. then aku dah siap siap nk tido, aku nk keluarkan si mell [ng kaboy sekali sebenarnya]. tp suami aku dah terbangun waktu tu sebab mell kan mulut bising miau miau dengan lantangnya. ''jangan keluarkan ahboy. biar dia tido dalam''............''tak, i keluarkan amell je''..........tapi kang aku fikir, ahboy suka nk keluar dalam kul 3pagi camtu. aku malas nk bangun. so aku keluarkan jelah. lagipun dia duduk dekat ng pintu dan gaya mmg macam nk keluar. pastu aku bukak pintu, maka keluarkan dua dua ekor tu. suami aku tanya ''ahboy mana?''.....''ada bawah katil kot''.....kahkahkahkah...aku dah senyum senyum. mampuih kalau dia tau.
dah baca doa tido semua semua, aku pandang suami aku cakap ng dia ''by i mintak maaf ye kalau ada buat salah silap kt u''....isteri isteri, sepatutnya cakap ni tiap tiap malam sebelum nk tido tau, tp aku setahun sekali baru cakap. haha. pastu suami aku pun balas ''yea, i maafkan. takde salah pun''.....''alhamdulillah, u dah maafkan i. i keluarkan kaboy tadi. hahahahahahahahahhaha''......terkekek kekek aku gelak. laki aku pun tahan gelak, tp dia geram tu sebenarnya. terus dia pandang dinding panggil ahboyyyy...wekkkk gedik!!!!
see...dalam tak muat atas katil tu, gedik nk panggil kucing tido sekali. aku bukan tak suka, aku suka kot kucing aku tido sekali. sebab aku kalau laki aku tak blik melaka, memang aku panggil dorang temankan aku. tp bila dah berdua atas katil tu, time sarat ni, please lah jangan tambah bebanan lagi...aku ni tinggal tak jatuh katil tau. kau tau lah, bila ada kucing kt atas katil tu, tempat dia tido tu memang dah reserve tau, kita takkan letak kaki, takkan usik tempat dia. haaa, siapa ada bela kucing tau lah apa yg aku maksudkan. kita rela tak tido atas bantal, kalau kucing kita baring kt bantal tu. tido sipi sipi je. tu aku lah, org lain tak tau.....
so kalau lah suami aku baca blog aku yg ni, tolonglah...isterimu sudah sarat sayang....perutnya kini sudah keluar dari tilam [bak kata hana dulu]......
9 comments:
hehe comel taw entri ni... jrg lelaki suke kucing pastu ckp2 dgn kucing.. hehe
sy pun antu kucing gak..tp xnak la bwk tido sekali..sbb dulu penah kena kutu kucing besar giler mcm nasik! fobia kejap, haha
setakat nak belai2 n peluk2 tu ok lg :D
oo tu kutu babi. masa kt kampung, pernah kena. tp kucing yg ni sebab indoor cat, mmg takde. tu yg selamat.
haha..sabau jela..tp mmg syok tido dgn kucing..sbb bulu2 die tu mcm panas je..jgn tido perut himpit kucing2 tu dah la ye etty!..haha..
Haha! Comel gila hubby u ngan kaboy. oh,i missed my anak bulus la.huhu. xpe etty,jln cm penguin pon still comel tau. mst baby etty lagi besar dri my baby time kuar nnt ni. sbb skang pon dah 2kg.hehe
lawakla minta maaf dlu,padahal sbb da kuarkn aboy awal2...rindu gak kt kucing2ku d umah mak....
Ht2 tdo berempat tu taw...nnti perut lebih dr katil...
Shakina Farhan - hahaha dorang yg himpit kita tau tak...*tipu
veesakura - ala vee, sian u. sian dorang gak mesti rindu kt u kan...skrg tak tau berat baby berapa. i agak je 2kg. next week check up panel baru tau. harap harap takdelah besar sgt. seadanya cukuplah kn.
Lara is Veelara - haha tu lah. kita dah siap siap senyum dah masa cakap tu. nasib baik dia maafkan...
tergelak snsorang baca blog akak..hahaa cumell lah..
etty!! same laaaa..bila dah duduk tu depan tv. remote jauh..sanggup tengok cite ntah pape.semata2 malas nk bangun..hahahhaha..kelakar la wei
i pon dah xlarat bergerak beb..siap doctor dh bg mc suruh rehat ok...
Post a Comment