assalamualaikum
secara rasminya, belum lagi cecah 35 minggu. khamis ni insyaAllah. minggu depan dah 36 minggu dah. org kata dah molek sangat lah kalau nk bersalin time tu. wuuuuuuu....cuak cuak....
makin lama makin sarat. yea dah faham sangat dah maksud sarat tu apa. contoh kalau tengah baring nk tukar posisi tidur tu, siap kena pegang besi katil tu tau. atau dah siap siap sedap duduk, kena berdiri, memang kena cari sesuatu untuk gapai sebelum berdiri. hahaaaaa bayangkan betapa saratnya. [siap adik aku perli, ko nk beranak dah ke long??? cettt]
minggu lepas hari Jumaat aku EL. well tak terfikir pun nk pergi cari MC ke apa sebab aku rasa, aku perlukan EL bukan MC. kalau aku pergi jumpa doktor, for sure doktor kata ni normal, normal, normal. so dia pun malas nk bg aku mc kan. suami suruh aku pergi klinik pun, aku tak mau. lagi best golek atas katil. sebenarnya tak best mana pun bila dah cecah minggu ni.
hari khamis hari tu dah rasa perut ni tegang gila. keras. aku suruh kawan aku pegang pun, dia cakap keras gila...kalau dia yg pegang pun buat muka tercengang, lagi aku yg merasai ni kan. sakit sangat. nk jalan pun kena bongkok. at last jumaat tu EL jelah. bedrest.
dan hari sabtu tak dapat datang KL jumpa BF - thaqif, dan GF - nysa. sobsssss.....
bila aku tanyakan soalan pada group wanita & kehamilan, semua cakap tu normal dan tanda tanda dah dekat lah tu. aku hanya mampu membalas dengan senyuman kelat. oh man....anak mama dah nk keluar ke? tak sabar nk main ng miau ye.. haha over.
kadang kadang bila perut mengeras tu, suami nk pegang pun aku tak bagi. rasa perit sangat. tp sebenarnya, bila dia pegang tu membantu untuk kendur jugak. anak ayah ni memang ikut cakap ayah dia. bila mama dia pujuk suruh lembutkan sket badan tu, dia buat tak tau je. makin keras ada. tp bila ayah dia usap usap sambil cakap ''baby, kesian kt mama, lembutkan badan tu please....''...teruslah dia lembutkan badan dia. aihsssss....padahal kalau dia tengah rolling rolling dalam tu, ayah dia pegang perut, terus diam. ni terbalik pulak. ada baiknya jugak tangan ayah dia ni kan. kui kui...
perut mengeras sebab nurse cakap, ada lagi space dalam ni utk dia betulkan kedudukan. last check up hari tu, nurse cakap memang kepala dah kt bawah. tp since ada lagi ruang ruang kosong, maka baby boleh bertukar posisi. keras tu maybe dia berkuak lentang, buat stretching kot.. =))
lagi satu symptom yg aku rasa aku tak boleh tahan ialah, terasa sakit ngilu gila kt ari ari tu. macam terasa nk kencing, tp ngilu sangat. rasanya macam terkena kencing kotor. tp sebenarnya takde pun kencing kotor time pregnant ni. mungkin berat baby dah bertambah so dia himpit pundi kencing aku.
dari sumber sini - babyzone
doa sangat baby keluar bila dah cukup bulan walaupun tak sampai tarikh sebenar jangkaan. eh jap jap. 36 & 37 weeks tak boleh. time tu ayah dia pergi outstation ke JB. no no no baby. tunggu ayah balik okay. penat ayah pergi kursus peneman hari tu. haha.
* even waktu tu anniversary ktorg. dulu aku harap sangat dia keluar time tu. boleh jadi hadiah paling bermakna utk kami suami isteri. tp disebabkan suami pergi outstation, hanya tinggal harapan. takut aku nk bersalin sorang sorang.
dari sumber sini - dumex
apa yg aku highlight kan warna pink tu memang betul betul terjadi. macam macam aku mimpi sekarang.
so far at this stage, im enjoy with my pregnancy.
tak enjoy dan buat spoil adalah tiba tiba terbau baju yg dibasuh dengan downy passion warna merah tu. cooooooooooooooooiiiiii......!!
6 comments:
sy pun ahad depan genap 36 weeks.. cuak x terkata... bby selalu sgt mengeras pastu kt ari2 selalu sgt ngilu2 mcm nk kencing, bile p kencing, sikit je yg kuar.. huhu stress mak.
hujung2 ni memang menguji kesabaran. i dulu pon perut suka mengeras masa time2 macam u, etty. tapi bila dah full term 37weeks++, macam dah xde benda. slumber je tawaf sana sini :)
liyana - ari ari sakit tu sampai terduduk tahan sakit kan...
vee - eh 37ws dah tak rasa apa ek?
sama lah apa yang awak rasa tu..kalau nak bangun dari katil tu, 2 3 kali pikir..he3
wau 36 sudah ruper yer...at least julia boleh tahu mcm mana perasaan bila berada di minggu tersebutkan...moga baby sentiasa dalam keadaan baik...aminnn
utk i la, x rasa pape sangat. mmg berat nak bangun dari duduk or nak mengiring. tdo,mmg dah terlentang. tapi kalo dah start jalan, cam ringan ja rasa perut sbb perut dah ke bawah. hehe
Post a Comment