assalamualaikum
alhamdulillah. setakat ni perkembangan umar raihan semua positif. lambat atau cepat je.
aku ada dengar dengar lah samada dari cakap orang orang tua, internet, kawan kawan, ada budak yg akan skip development tu. kan budak normal:
- meniarap
- menjalar macam komandor
- merangkak
- duduk
- berjalan
contoh selalu dengar, ada certain baby, tak merangkak, dia terus duduk dan berjalan. so dia skip bab merangkak. gitulah.
aku berharap sgt umar tak skip satu pun development dia. aku nak dia merasa semua tu. as a parents pun, aku tak mau terlepas moment perkembangan dia. kalau boleh nk rakam, tangkap gambar satu persatu perkembangan dia.
dan alhamdulillah, umar raihan merasa setiap step tu.
meniarap - lambat sikit. faktor banyak spend masa dalam rocker maybe. even bila buat tummy time, dia boleh relax, tp dia lambat pusingkan badan sendiri. tak silap aku, 5 bulan nearly to 6 bulan kot baru boleh pusingkan badan. ke depan 6 bulan. tu pun faktor ada rangsangan dan cabaran di taska.
menjalar macam komandor - haha time ni comel gila kan. kemain laju jadi komandor. umar raihan jadi komandor, 6 bulan nearly to 7 bulan. 7 bulan tu macam nk merangkak, tp setakat angkat bontot je.
merangkak - rasanya 8 bulan kot. mula mula dia belajar merangkak atas katil. waktu tu ktorg perasan, kalau kt katil pandai je merangkak. tp kalau kt lantai tak berapa. tp biar lama lama, merangkak.
duduk - duduk sendiri tak silap aku 9 bulan kot. duduk yg kukuh. lepas dah passed merangkak, duduk, baru dia belajar pegang sofa, meja untuk berdiri.
meniti - pun 9 bulan. jatuh kena cabinet tu usah cite. bila dah meniti, dia suka pulak nk memanjat. paling sadis, dia pegang walker, walker tu bergerak ke depan. jatuh....
berdiri dari duduk - 10 bulan.
berjalan - kemuncak kejayaan. umur 11 bulan dah bertateh. kejap je pun kejadian tu berlaku. sabtu setapak, ahad setapak, isnin dah banyak tapak. lepas isnin, dah satu rumah dia tatihkan. jalan jatuh tu biasalah kan. malas pun biasalah. nk berdukung. tak mau dipimpin.
syukur...tak miss pun satu step.
aku hangen ng laki aku hari tu. dia cerita lah, dia sembang ng kawan dia. tanya lah anak dah pandai apa. pastu kawan dia tanya ''anak anak ni mesti ada satu benda dia skip. anak ko skip apa?''...confident je laki aku jawab ''dia tak meniarap kot''...
aku dengar je tuuu, hangennnnnnnnnn je tau...
macam mana dia boleh terlepas pandang anak dia tak menirap. boleh jadi gaduh ni. mati mati aku cari video dia meniarap tu. pelik aku.
pastu aku cakap lah ''anak kita ni yang, baik tau....dia tak miss satu step pun tau...u ni underestimated dia lak..tak baik tau''
haaa bab underestimated kemampuan anak ni. alahai...janganlah gitu. yakin lah anak anak ni unik dan bijak.
macam aku, bukan nk up kan anak sendiri bijak ke apa. tp aku yakin dia boleh buat.
aku ajar dia turun katil, masa tu 7 bulan tak silap. alhamdulillah, berjaya. walaupun sedikit tersasar. relax lah, awal awal kan. takkan terus pandai. kalau pun dia jatuh, tu salah satu proses pembelajaran jugak. dia akan tau, sakit tu jatuh. so lepas ni kena berhati hati. macam suami aku, dia risau anak dia jatuh katil bila turun katil sendiri. aku selalu cakap ''yang, biarkan dia turun sendiri. kalau dia jatuh, dia akan lebih berhati hati lepas ni. dia dah pandai. percayalah kt anak tu''.
suami aku ni overprotective sikit.
lepas tu, dia pun percaya kemampuan anak. cuma tangan tu tak boleh kalau tak pegang. geram aku!! takpelah, at least aku tau anak aku selamat bila dengan dia kan.
aku ajar umar raihan minum guna straw, sehari je. percaya tak? aku sua dia gigit. lepas tu aku tunjuk kt dia siap bunyi slurrpp...pastu aku tengok dia sedut. pastu terbatuk batuk. mestilah dia dah pandai sedut kan...yeayyy!!!! bijak.
guna straw ni lambat jugak aku ajar. serentak dengan berjalan kot.
lagi satu, bila dah bertatih ni. ayah dia [again] bila nampak umar berdiri je, eh dia terus dukung. biasalah kan nama pun tatih. baru belajar berjalan. mesti ada jatuh. tp aku selalu marah. ''biarlah dia by. dia nk nk belajar jalan tu''....lagilah kalau berdiri, pastu duduk terhempas camtu. lagilah suami aku risau cam apa je. sekali lagi ayat aku ''standardlah yang. tengah belajar ni. kang dah terel takde dah jatuh jatuh camtu''....
jangan underestimate anak!!! percaya pada kemampuan anak....
tu aku selalu dok ulang ulang pada suami aku.
betul. suami aku sayangkan anaknya. dia tak mau anaknya sakit. tp sakit tu pun salah satu proses pembelajaran untuk membesar. kalau sikit sikit tak boleh, sampai bila dia nk merasa, nk belajar kan. tapi janganlah sampai abaikan anak tu kalau dia jatuh.
kalau dia jatuh, pujuk baik baik. aku selalu cakap ''nk membesar memang camni nak. sakit sikit yeee....''.....kadang kadang kalau dia jatuh tu, aku biarkan je. kalau terhantuk tu, aku diamkan je. kalau terhantuk, semua orang tekocoh kocoh, kang dia buat buat nangis. so kalau terhantuk sikit tu, semua buat tak tau. tp perasan lah, dia pandang kita dengan muka cembeng. hahahaha. pastu terus main. tp kalau laki aku, cepat cepat dia angkat. budak tu kadang kadang tak menangis pun. hehe ayah sayang lebih.
sesetengah parents, lagi lah. anak merangkak, sayang betul kt lutut anak tu. hahahahahah...dah normal kan nk buat camne...untung anak tu nk merangkak. bla bla bla bla..malas nk teruskan cerita. haha
gitulah dia perkongsian pendapat aku.
yg penting dari aku, ajar lah anak tu macam macam pun. percaya pada dia. mesti dia boleh dapat input yg kita ajar tu. percayalah......anak anak ni bijak.....
11 comments:
yup.budak2 milestone nya lain lain kan.heee.umar punya step sama mcm princess.princess now 9 bulan.dh boleh duduk.meniti dgn jayanya.hehehe
header tu...tak menahan umar raihan dan adik2nye ye mama...hehehe...coming soon leteewww...;P
Alhamdulillah..seronok tengok development anak ni...tambah pulak umar raihan dah dapat "kaki"...selamat bermain kejar2 la ye mama....:)
betul..tp anakku dh setaun 2 bulan, idok jln pun lagi..haha, senget pinggang maknya ni hah, ni mesti ikut skill mommydaddy yg dedua pun jln time umur setaun 2 bulan jugak..
I pun harap sangat anak i tak missed any milestone walaupun lambat asalkan dia enjoy each milestone..insyaallah one day dia akan merasa.. :)
mak etty dh tuko header jgk dh.hahaha
semoga umar raihan akan terus membesar dgn sehat n bijak.aminn
baru perasan header baru..adik2 nyekk..aamiin
ehh kita samaaaaaaaaa.semua. dr mula smpai abis kau cerita haha. kecuali part laki hang lupa umar skip meniarap tu.kekekekeke.,jgn mrh etty.
amboi.header blog,umar dan adik2nyee. weeeeeeeeeeeeeeee
Qaleef pon tak miss or skip satu pon..segale nye die buat..cume semua terlebih cepat jew..hewhew...:-)
bukak je blog etty terus nampak header baru..bak kata lisa, umar raihan dan adik2nya..hikhikhik
Alhamdulillah so far Alisha pun x pernah ter miss 1 step. meniti menjalar tu xyah cakap ler..bila terhantuk ke telentang ke menangis mcm kena dera..sekuat hati kot..adeh!!mesti jiran sebelah umah ingat aku dera anak..haha!
header tue comel jo.
moga abg umar nnatie jaga mama n adik2 yerk..sayang abg umar
betul tu etty..kena yakin anak kite leh wat..alhamdulillah hannah pun takde skip step..ekekkee..
bab ayah umar lupe tu mmg lawak..hihi
Post a Comment