:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

:: mari ikut saya ::

Wednesday, November 3, 2010

dah sudah. alhamdulillah.....

hello hello


sekarang ni, takde benda lain [selain hal kahwin] yg buat aku lega dan gembira 500%!!

anak anak teruna sudah kuhilangkan terunanya. muahhahahahahahahah....

ohhh mummy tidak kejam, mummy mahu jaga kesihatan, emosi, fizikal, populasi kamu berdua dengan sebaik baiknya. sian mummy tengok, dua dua stess, sampai bulu tak henti henti nk gugur ke medan perang. tak dapat awek, stress lah ye? sampai bergaduh adik beradik....ish ish...not good.

lepas ni, boleh main macam selalu ye. jangan gaduh gaduh lagi tau...

so tarikh 1.11.2010, akan aku ingat selalu....


muka si jantan yg masih lagi terunanya belum diragut.


''muka camni sikit punya macho pun takde ke awek yg nk mummy?????''


akhirnya...petang menjelma tiba. jantung aku ni...uhai jangan cakap....takut, seriau, gabra, semua ada. terima kasih banyak banyak pada kak tedi. banyak bagi nasihat, tunjuk ajar, pedoman, langkah bijak dan macam macam lagi. pagi selasa dia sms aku tanya camne budak budak dah sedar ke belum. sebab hampir ke 24 jam ahboy, adik berpuasa.

aku ikut nasihat kak tedi. tunggu bius dah hilang 100% baru bagi makan, minum.

infact, ahboy terjaga dan berjalan malam tu. tp jatuh jatuh sebab bius ada lagi. waktu tu aku tanya kak tedi, boleh ke bagi makan, ahboy dah terjaga tp jalan tak betul.

kak tedi said....''no....tunggu betul betul sedar''

okay...adik menurut perintah kak....hehe.


sampai je rumah. tengah tunggu mak bawak balik cage pinjam dari maklong. adik dah selamat masuk cage. kaboy tunggu dulu ye kaboy...cage tu besar, boleh golek golek dalam tu kaboy....


okay, dah dapat tempat yg selesa utk both my boys. kesan bius yg sangat kuat. aku budget pukul 8 masing masing dah sedar, dah boleh makan. tp tak.

adik bangun, jalan nonong nonong pergi toilet. kencing. good boy lah. tengah mamai boleh ingat mana tempat dia kan. tempat jatuh lagi dikenang, ini kan pula.......hahhaahah

kaboy bangun, minum. lepas tu nampak cam stim je, aku masukkan balik dalam cage. dorang sambung tidur.

malam tu, dorang tidur dalam cage. tanpa makan.

esok pagi, adik dah keluar. ahboy pun sama. pandai ko dia keluar sendiri dari cage tu.

nampak sangat lapar. yelah 24jam tak makan.

ikut lagi cakap kak tedi. bagi wetfood. bagilah. makan bertambah tambah. memang kelaparan...mell pun gedik. mentang mentang kelmarin dia ikut berpuasa. hahaha.


dah makan, semua baring keliling aku. sambung tidur...yaAllah mell, awak memang suka tidur camtu kan???

rasanya kesan bius tu buat dorang tintong kan. tengok lah. sebelum ni mana pernah sekatil si adik & kaboy. ni okay lah. mell dok tengah tengah kan.


kt hall, penuh dengan barang dorang je. cage pinjam dari maklong akan dipulangkan segera. carrier coklat, carrier baru. cik pija, i beli kt jusco. rm63.


mamat yg semalam, masih teruna, tp harini, sudah tiada teruna lagi. dah baik nampaknya. dah boleh grooming....


si mell anak dara yg kak nam! sebok nk masuk dalam carrier baru. padahal cuba kalau masuk betul betul bawak naik kereta, mulut dia paling bising....


disebabkan malas nk lipat simpan cage banyak kali, sebab ada besi yg dah patah sebab asyik pulas pulas je...bawak masuk dalam bilik. alas dengan tilam tu. so sapa sapa yg temankan mummy tidur, boleh tidur dalam tu dengan selesa. kesian kadang kadang adik @ ahboy tidur atas lantai je.


okay...nampaknya tu jelah cerita sunat menyunat anak anak mummy. mummy takde petua nk bagi lagi. tp mummy rajin letak minyak gamat. tu je.

okay, see you next entry. daaaa darlings....



aku cakap: bila tengok adik macam tu, fobia betul aku...takut benda lama berulang lagi.....nasib baik, syukur kedua duanya selamat.....terima kasih Allah...

2 comments:

meowwmania said...

alhamdulillah dah selamat....senang dah kan

pasni makin sihat lah bebudak tu dan bertambah manja

yg betina tu tak spaykan ke mak etty?

e.t.t.y said...

aunty mm - si kamell tu dah lama dah spay kan. dari dok kt kl lagi..tu yg gemok tu...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails