:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

:: mari ikut saya ::

Tuesday, November 2, 2010

my wedding ring.

hello hello


apalah ertinya menaip entry tanpa gambar kan. lemau je rasanya. who should i blame? memory card?? dia mana mengerti apa apa. kerana dia adalah memory card. haha.

marilah kita bercerita tentang cincin lagi. kerana aku begitu poyo sms dengan najib tanya ''mana cincin i? i rindu lah''

tidak kah kamu jelak mendengarnya?? hahaha. maafkan diri yg sedang darah manis ni.

wek wek wek. sendiri taip, sendiri geli...

semua gambar credited to habib jewels's facebook. terima kasih kerana wujudnya fb hj, boleh buat entry. hehe.

[esok nk repair hp. nasib baik warranty card dah jumpa. kalau tak, masak aku]


jumaat lepas, ternampak benda ni kt atas meja budak office. excitednya aku. yelah. jualan gudang, lepas tu tengok macam murah murah je kan lepas diskaun. wah...teruja habis. terus sms najib ''minggu ni ada jualan gudang habib jewels kt mydi mitc. kita pergi nak?''

najib pun kata, kalau takde apa apa, kita pergi lah tengok tengok.

see, niat di hati mau tengok tengok je. sekali sudah terbeli lah....

tips: kalau nk tengok, jangan gatal tangan menerai. kalau nk sangat, buatlah sekali je. tak payah nk try semua yg ada. jangan jadi macam aku. cincin rm24k, rm11k, aku dah pakai. ko pernah??? hahaha. bukan apa, penat SA tu terang macam macam, keluarkan itu ini, sekali ko tak beli, takke kecik hati dia. lagi lagi orang melayu. so nk tak nak, kena jaga hati orang, supaya orang pun jaga hati kita. beli lah. ingat tu...

nasib baik yg aku pilih tu cantik. memang suka. kalau beli dalam keterpaksaan, menangis di kemudian hari pun tarak guna jugak kan.

aku ni spesis jakun kot. yelah. mana pernah nk pergi test mengetest sebelum ni. orang kata, survey. aku kata beli terus. kan.............gitu lah alkisahnya, kenapa aku beli cincin kahwin awal. oi, cincin kahwin okay. cincin merisik belum lagi. dan cincin tunang takde sebab aku tak bertunang. advance tak???


sebelum ni memang dah pilih. cincin mahu white gold. sebab aku suka.

dan aku pelik pada sesetengah pendapat, white gold takde harga kalau nk jual balik. apa ke ngok nya korang yg fikir camtu? cincin kawin, perlu ke gadai???? adeh lah. nama pun cincin kawin kan. by hook or by crook, cincin kawin tak boleh digadai.

tp bagus gak kalau pendapat tu boleh dipakai. kalau beli cincin white gold, isteri isteri yg dapat suami kaki kikis, penjudi, minum arak selamat lah dari dikikis kan. at least cincin tu tak hilang. sebab takde value kan. buat apa jantan jantan ni nk amik cincin tu. haaaa, kebaikan jugak ye. faham tak ayat aku ni???
cincin ni memang cantik. aku dah try dah. malangnya, tiada saiz yg betul betul sedap. seingat aku, ni cincin saiz 13 atau 12. muat memanglah muat. tp muat habis. tak selesa. geram tak kalau dah jumpa yg cantik, tp tak muat. hai lah jari. kenapa gemuk sangat. ke jari 14 ni jari favourite?? sebab kebanyakan yg habis, saiz 14. kira jari ni, jari yg hot lah kan? haha.

ni pun sama. aishhhhh....geram betul..bila rasa give up tak jumpa yg sesuai dengan saiz jari, rasa bersalah pulak nk keluar dari hj tu. terpaksa lah tambah focus. pandang kot kot ada yg berkenan.

najib pulak kata, kalau boleh ambil yg 1 batu besar. tp yg tinggal batu kecik kecik. aku cakap macam cincin mainan. kalau batu besar, yg rm24k & rm11k tu lah.

at last, terjumpalah cincin yg saiz aku. white gold + yellow gold. cantik pada mata aku, pada mata mak aku. oh ye mak aku ikut jugak. tp dia tak pilihkan. dia tak kose nk temankan aku berjam jam. lainlah kalau dia pun dapat barang sebentuk cincin kan. ahhahahahahaha.

cincin tu najib dah bawak balik. bila parents dia tengok, pun parents dia tanya kenapa tak beli yg 1 batu? hahaha. alasan aku senang je, cincin yg tinggal,semua macam cincin tikam 50sen. daripada nk kejar cantik, last last orang kata tu cincin murah. baik beli yg banyak batu, tp memang mahal kan. ntahlah. tu pendapat aku.

kt fb hj, takde gambar cincin aku tuh. kalau ada, dah letak dah.

harga sebenar??? urm rm3k lebih. tp bila ada diskaun, turun gila gila, dan jimat gila gila. best gila gila....

merasa lah aku nk pakai cincin hj kan.

masa dah bayar tu, najib kata dia nk belikan sekali earrings. tp bila tengok, alahai...kocik yo. pastu 1k lebih. serius, kecik gila dan tak berbaloi. aku bgitau, instead of bagi earrings, baik bagi rantai. 1k dah dapat, even halus, tp yellow gold. bolehlah dari si kecik subang tu kan. dia kata, nanti dia fikirkan.

ala, cincin tu dah okay yang. i tak mintak apa apa pun lagi. tp kalau nk kasi lebih, gelang pun takpe. hahahahaha.

pastu, buat malu aku je najib ni. dia ingat, masa nk sarungkan cincin nikah tu, mak dia yg akan sarungkan. sabar jelah. tu masa tunang. masa nikah, pengantin lelaki lah yg sarungkan kan? hehe. tu lah, kot ye pun tak nak beradat sangat, ingatlah sikit sikit basic adat orang melayu.
* perli ni... =P

tp...pengalaman cari cincin kahwin ni....sweet sangat sangat. tak dapat dilupakan. sebelum ni, memang najib pernah bagi aku cincin, dan kami pergi sama sama. tp tu lain lah.....kali ni, rasa best gila.

sampai rumah, sms dari najib....''bila dah beli cincin, rasa tak sabar nk bernikah pulak rasanya''

hahahahhahhahahahah. dua dua dah kemaruk dah.....


padahal, tarikh pun belum confirm lagi. camno tu??????

kalau apa apa jadi, cincin takde value nk jual dah. ahahahhahahahahhahahaha.


LARIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII......


aku cakap: plan nk ukir nama kami, tp lupa...............! adoyai. satu abjab rm8 ye kt hj....

3 comments:

meowwmania said...

jap jap konpius nih...mane cincin tawin mak etty sbnrnya huhuu..

e.t.t.y said...

cincin nya ada kt pengantin lelaki dong. bulan 6 ni baru dapat ku pakai...

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

salam
nice
moga bahgia selalu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails