:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers

:: mari ikut saya ::

Thursday, April 12, 2012

mengidam 2 benda

assalamualaikum

cara aku mengidam, so far tak mintak yg pelik pelik. 

dominos pizza classified chicken [memang favvy aku]
roti coklat la boheme jusco
nasi goreng daging masak merah
mee goreng
kuih sagu [yg warna merah, ada bijik bijik tu] - dapat makan masa kt PD hari tu.
custard puff - pun dapat makan masa kt PD.  sedap tak sedap belakang kira, asalkan dapat kunyah makanan tu kan

lagi apa tah aku lupa.  tp alhamdulillah semua dapat.

tapi masa aku baca blog sorang aunty ni, aku terkesima lantas saliva ku terus terliur liur.  aku nak!!!!  dan anak pun menjerit sama ''saya pun nak momma''. haha over nya perasaan itu.

aku mahukan biskut tart gulung yg gebus gebus. 

mana nk cari ni??  sekarang bukan musim raya.  haaaa...nk nangis okay fikirkan benda ni akan aku dapat atau tak...kalau ikutkan rezeki anak, insyaAllah akan dapat sebab semua makanan yg dia [eceh guna nama anak pulak] teringin akan dapat.  tp yg ni aku macam terbau bau je takkan dapat.  sapa yg nk layan permintaan aku ni kan, ada ke org nk buat dalam kuantiti sedikit semata mata untuk aku?  macam tak berbaloi je...

nk aku bakar sendiri?  ya ampun, aku adalah sangat tidak suka makan masakan yg aku masak sendiri okay.  even sedap aku masak [ehem], jgnlah ingat aku macam macam kebulur.  aku makan sebab kadang kadang nk temankan suami aku je.

lagi satu, dari dulu tekak aku teringin nk makan ni.  tp belum sempat nk buat.  insyaAllah permintaan tekak akan ditunaikan oleh suami.  sebab dia kata dia boleh buat.  her her her.
aku teringin makan roti canai ala ala buatan tangan arwah embahlain [nenek belah abah] aku. 

teringat ingat kt tekak ni camne rasanya.  yg penuh dengan kesegaran dan kewangian minyak sapi.  oh..............aku rindukan arwah embah aku......!!!  sob sob sob.

ya Allah, permudahkan segalanya. 

ya suami, tunaikan impian tekakku...

2 comments:

yUmIe said...

ok tart gulung my feveret..huhu

nilam said...

kalau nak cuba kuih tart yg gebus kak seri, emel akak - nila.kush@gmail.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails