:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers

:: mari ikut saya ::

Sunday, April 1, 2012

perubahan hormon - perangai

assalamualaikum

hormon selalu dikaitkan dengan pregnancy kan. kalau komplen kekurangan / kelebihan diri pada doktor, mesti doktor kata hormon ni, hormon. rasa macam annoying. macam takde alasan lain. tu yg daku pernah cakap, doktor pemalas. haha. lagi lagi doktor laki. baik tak payah jadi doktor. haha. kena banned kang ko etty.

okay lets share apa perubahan hormon yg telah terjadi sepanjang aku mengandung ni.

attitude [perangai]

1. bertambah malas. ni pun dikira pembawakan hormon lah kan. haha padahal dah sedia malas. sampaikan suami cakap, yg malas bertambah malas sebab aku malas nk bawak plastik ringan balik dari soping tesco. bukannya berat pun. nak naik tangga sampai ke rumah aku pun, ya Allah malasnya aku rasa. sebab nanti dah sampai rumah, mesti rasa semput. bila dah semput, nk tegur aunty depan pun aku tak kuasa. lagi lagi kalau balik kerja. selalu aku akan biarkan kaboy, kadik, kamell main kt luar kejap. ni bila dah semput, dorang keluar cepat je aku paksa masuk sampai kang kaboy macam emosi dengan aku. ''cepatlah masuk miau, kakak penat, nk mandi''. tapi nanti mesti macam kesian je tengok muka dorang.

malas malas malas

malas pun boleh dikaitkan dengan kemalasan mengemas rumah. kalau hujung minggu kt rumah mak ni, suami lah take over kerja kerja memvacum. kesian jugak kt dia kena vacum sofa berbulu kucing tu. haha. tp apo nk buek??? aku kt dapur, dia mestilah handle hall kan.

bilik pun. disebabkan aku rasa rumahtangga aku hanya di dalam bilik je sebab aku tinggal dengan mak aku, pun aku rasa macam useless sebab aku malas nk kemas bilik. kesian je suami balik balik kena hadap bilik bersepah. terpaksalah merajinkan diri kemas bilik kang dia bukak mulut, sendiri yg sentap kan...

malas nk memasak pun bolehlah masuk dalam point malas ni. hehe. okay sebenarnya tak lah malas memasak, cuma aku malas nk fikir apa menu yg kena aku masak. kang aku tanya, ''yang, nk makan apa?''. kang dia jawab ''entah''. adoyai, tu yg lemah nk memikir apa nk masak ni ye. aku pun malas nk fikir sama. sebab aku tak suka makan apa yg aku masak. so tugas aku hanya memasak untuk suami. bukan ikut tekak aku. cuma kalau tak kenan dengan menu dia, aku bantah lah. boring lah makan tu, makan ni. haha. dah lah malas masak, bantah je tau...wakakakaka.
yelah suami suka seafood. buat sambal ke apa. aku pulak time pregnant ni, seafood memang ke laut balik lah. aku tak suka. aku suka ikan goreng je.

2. cepat emo

teringat aku satu malam tu aku termarah adik aku sebab burger ramly yg aku beli habis. aku lapar gila time tu. aku bukak fridge nampak ada daging burger. aku ingat ramly. tp rupanya brand lain yg mak aku beli. aku tanya adik aku ''mana burger yg akak beli''. dia jawab dah habis. okay lah kalau habis pun. tp jap lagi aku meroyan ''kenapa ko habiskan burger akak, kenapa tak makan yg mak beli tu??''. hahahaha. macam puas hati dapat marah dia sebab 3 bulan dia kt plkn aku takde punching bag kan. =))))
aku pun masaklah 2 keping. dengan niat, satu untuk aku, satu untuk dia. okay dah siap masak, aku cari takde roti. sekali lagi aku hangin. ''mana roti???????????????''. dia jawab dah habis. memang rasional pun dah hbis sebb dah lama beli roti tu. bukan baru beli. tp masalahnya aku tak puas hati lalu memarahinya lagi sekali. ''ko nampak akak masak tadi, kenapa tak cakap? td ko keluar kan, kenapa tak beli??????????????????????''. tinggi jugak suara aku. at last terus aku ngap dua dua keping daging tu. sambil makan, sambil kesat air mata. wakakakaka.

so bila aku solat dalam bilik, aku dengar adik cakap ng mak dia nk keluar beli roti. ''along nk makan''. aku dengar tu je. lepas tu aku fikir dah malam ni. kang apa apa jadi, aku yg menyesal. so aku jerit nama dia, cakap tak payah beli. beli esok je.
tahan lapar sampai esok.

ingatkan kejadian tu stop situ je. tp tak rupanya. adik aku mengadu kt mak aku yg aku marah dia habiskan burger. so tau tau je hari aku nampak ada pulak burger lain. aku tanya mak aku kenapa beli banyak sangat burger ni. teruslah mak aku bagitau benda yg betul kan. wah dalam hati terdetik, concern mak aku ni. tp bila fikir balik, laaa hai aku ni over betul. sian mak & adik aku.

bila aku cerita dengan suami aku, lagilah aku kena sedas. dia cakap kalau lapar kenapa tak amik kunci kereta, pergi kedai. sekarang kan dah ada kereta. a'ah kan. tau time tu nk maki hamun je.

masa awal awal lagilah. emosi gila tak dapat beli kuih vadey depan mydin. meleleh leleh air mata aku. terus laki aku bawak pergi mydin. beli gak kuih tu. makan malam tu sambil tengok ajl dengan rakus. esok pagi tersilap teknik gosok gigi, aku muntah. okay fine, terus tak mengidam vadey lagi. haha


3. cepat annoying dengan org lain

berbalik pada kisah tengok ajl sambil makan vadey, aku tak boleh tengok ana rafali. bila aku bukak mulut, mak cakap, haaa ko tengah ngandung, jangan cakap macam macam. terus tukar channel lain.

macam malam ni pun, aku tak boleh tengok ella. mak pun dah sound suruh aku diam. hahahahahahah.

macam orang orang terdekat yg annoying pun, aku senyap je. maki dalam hati.

awal awal trimester hari tu pun pernah. dah lah masuk mahkota parade nk muntah. plus lapar. ternampak pulak sorang mamat punk ni couple ng minah pakai tudung. terus tambah tambah nk muntah. eiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii......

padahal dulu sebelum ngandung, gasak kau lah kan. hidup kau. haha


okay tu je yg teringat. nanti sambung lagi.



6 comments:

veesakura said...

sentap u. mmg emo sungguh time preggy ni ya. i, kadang2 ja masa awal2 dulu. but now, memang cepat gila terasa. cepat gila nak nangis. cian baby, mak dia asyik emo..

~ NANA ~ said...

hoi ape ni mak budak malas2? haha

e.t.t.y said...

vee - haha. i ni kalau papa baby tak jadi balik pun i sentap kemain. fikirkan anak kot. cewahhh...

nana - ala cannot help lah. mmg mlas dan tambah malas.

Nadya Zahid said...

etty-hahahha :P i pon same la..cepat emo,cepat sentap n mlssssssssssss gile nak wat keje umah..
i nak baring je...hahaahah

veesakura said...

hikhikhik. what to do, papa baby kena rajin pujuk la :D

e.t.t.y said...

nadya - hahaha baring pun dah tak seronok sekarang. tak jumpa posisi yg best. so tak tau nk buat apa kalau malas. haha.

vee - baby kan, kalau papa dia balik, senyap je tau. merajuk sama kot jarang jumpa.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails