aku copy paste dari blog misteri aku untuk dikongsi bersama. since yg boleh masuk tu adalah kawan kawan dan saudara yg tersayang je. moga boleh dipakai guna oleh korang korang.
-----------------------------------------------------------------------
ramai kawan kawan tanya ''camne kau bela kucing rumah atas ek?''
oh, meh sini saya pun senang hati nk bercerita itu ini kt uols. memang agak complicated sikit nk bela kucing kt rumah atas compared dengan bela kucing kt rumah bawah. kena pastikan rumah bersih dari bau dan benda benda tak seronok dihidu dan dilihat. tu memang kena pastikan diri akan berkomitmen. jangan nk angan angan taik ayam bela kucing, tapi tak hiraukan keperluan kucing tu.
1. najis - pastikan kucing tu dilatih supaya membuang kt tempat yg sepatutnya. petua saya, beli satu sangkar yg sedang sedang ataupun sukati uols lah nk beli saiz apa. seminggu pertama, letak kucing dalam sangkar dalam masa yg kerap beserta dengan bekas pasir dan pasir najis. contohnya, sejam masuk, sejam keluar. memang susah sebab kucing tak boleh duduk diam. tp kau org kena kuat lah. pengalaman saya bela kucing siam, memang dorang tak nak. asyik mengiau je. tp nk buat camne, saya kuatkan semangat. lagi lagi yg si kecik ni, saya kena banyak sabar. masa mell dulu, saya masukkan dalam sangkar 3 hari bekerja je, rabu hingga jumaat. sebab isnin selasa saya cuti. dan hari sabtu tu, saya tak keluar mana mana sebab nk pastikan apa yg saya buat 3 hari tu berkesan ke tak.tp mell, memang kucing yg baik.
actually, dari mula dia dah tunjukkan yg dia senang belajar. ingat tak saya cerita dulu, malam pertama je dia tidur dalam sangkar, malam seterusnya, dah merata rata dia tidur. tp bila nk buang, tetap dia masuk dalam sangkar dengan sendirinya.in fact, malam pertama kt kampung baru pun, mell tido dengan saya. cuma esok pagi hari rabu tu, celik mata je terus tanya kt kak hana, ada bau taik tak??? haha.yang penting, kena bersabar dan terus melatih dan mendisiplinkan kucing kita.
sedih nk pergi kerja pun, takpe. berbaloi baloi bila kita tengok, dia dah pandai cari tempat dia.tips saya, lagi senang kalau bela dari kecik.
2. makanan - kucing ni depends kt kita untuk cari makanan. makanya, tugas dan tanggungjawab kita nk bagi makanan yg terbaik. untuk indoor cat ni, nasihat saya, bagilah makanan yg terbaik. seperti iams atau royal canin. tu yg saya bagi contoh harga dia reasonable lah. yg lain tu, tak pasti mahal ke tak. in fact, brand ni ada repack dan kalau pandai cari pet shop, ada jual yg murah. bukan apa, brand ni dia control supaya bahan kumbahan tu tak terlalu busuk. kucing indoor, elakkan lah dari bagi ikan goreng, rebus ke apa yg selalu kita bagi kt kucing yg bela kt kampung kampung tu. confirm taik busuk. saya pernah bagi mell makan ikan rebus, taiknyaa....hekkkk..busuk!!!
rumah atas ni, pengudaraan tak lancar sangat, tu yg kita nk elakkan dari rumah berbau kalau bagi ikan goreng @ rebus. bagi je makan biskut tu. kurang lah sikit bau dan taik tu agak keras, tak lah lembik.kalau makanan lain tu, ditambah pulak dengan sistem tandas yg tak berapa nk elok, pasti rumah berbau. contoh saya bagi rumah sebelah jelah ek. kucing tak lah banyak sangat pastu membuang kt toilet pastu bagi makanan dari sejenis brand ni. tak masuk rumah pun boleh berbau busuk tau dari luar.
senang cite, yg mahal tu, berkualiti. percayalah.
3. hiburan - kesian pada kucing indoor yg tinggal seekor je. macam mell. memang kesian. untuk hilangkan bosan dia, dia tido siang masa org takde. jadinya pola tidur dia berubah dan sonsang dengan manusia. kita tido, dia jaga dan sibuk ajak main sama. tp tu tak dapatlah nk tolong kan. [nasib baik mell pandai main sorang sorang, cuma tak sedap bila malam malam bunyi loceng tu kuat pulak rasanya]jadinya, balik je kerja, saya main dengan dia sampai dia penat betul. dan malam tu, dia pun tido lah juga macam saya. dan time tido dia jadi berlebih lebih pulak kan.oleh yg demikian, banyakkan permainan untuk kucing. bola, stracher, teaser for cat cukuplah. taknak beli mainan, ikat je ribbon ke, tali ke kt mana2, atleast dia boleh main sorang sorang kt rumah.
[ish jangan kedekutlah beli mainan dia]
saya sebelum pergi kerja, letak semua mainan dia kt tengah tengah hall. balik kerja tengok semua tu dah berubah tempat. so saya assumed, dia main jugaklah. tak la tido je kan. belaian pun penting tau. manjakan dia. seaktif dia pun, dia akan tau yg kita ni tuan dia. apa yg saya praktikkan, bila dia makan, saya tunggu. even saya yg suapkan dia. dan memang nampak, dia tau nk bezakan siapa tuan dia dalam ramai ramai yg melayan dia main. so sweet.
4. keselamatan - ooo sangat penting. lagi lagi bila kau duduk rumah tinggi. saya yg tingkat 7 ni tak bukak pintu balkoni pun mula mula mell kt sini. takut dia jatuh. kemudian, saya pasang pagar. dan kalau boleh, pakaikan dia neck collar yg ada loceng tu. kita boleh detect dia kt mana kan. macam mell, dia suka meluru ke pintu utama tau. sya sedar sebab dia ada loceng, kalau takde tu, entah entah tak sedar yg dia dah keluar.dan grill pintu utama pun, saya dah pagarkan. jangan lokek nk pagarkan pintu jika ianya mengundang bahaya dan ketidakselesaan org lain. kucing kan nakal, asyik nk keluar je. untuk elakkan orang lain kejar dia, baik pasang pagar.macam saya, kn jiran saya ada bela kucing dan bau busuk kan, saya memang tak bagi mell keluar untuk elakkan dia berbau dan mandi selalu. tp saya faham, dia nk berjemur kt tempat tempat panas. lagi lagi balkoni sya tak dapat panas matahari yg terik. jadi, saya bukak je pintu kayu, dan dia pun dapatlah berjemur kt depan pintu bukan kt luar aka koridor. masa waktu kerja, pintu balkoni tutup. saya tak berani nk bukak sebab pencuri dan takut mell melompat kejarkan burung.
hehe.tu jelah rasanya. basic information. yg lain tu, biasa je macam jaga kucing kt rumah bawah.
sesekali tak salah bawak dia jalan jalan. kt rumah bosan. yg ada kereta, bawak je jalan. biar dia jakun. yg ada taman, bawak ke taman. biar dia makan rumput, golek golek kt rumput tu. balik kang, mandikan lah. tp kucing kan pembersih. hehe saya teringin nk belikan cam tali anjing tu, tp tu lah. kucing bukan cam anjing kan yg boleh kita pegang, dia berjalan.maunya bila kita pegang, dia bantai baring tido atas jalan. kata tak pernah jumpa jalan. haha.apa yg penting, komitmen.
tu je.bye.
----------------------------------------------------------------------
aku cakap1: selamat membela dan semoga rezeki korang murah semurah murahnya...amin.
aku cakap2: nk pergi bookfair ni. ada sesiapa yg pergi??? tegur tegurlah kalau kenal ye.
bubye pengantin~to~be - take care!
1 comment:
best tips nie..mane tau lepas nie kene dok apartment pulak(klu boleh nk elak kan).. :)
Post a Comment