:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers

:: mari ikut saya ::

Thursday, March 18, 2010

pakcu pet shop

hello hello

okay. yg dijanjikan telah pun tiba. ni pun dikira promote gak lah ye. tp promote free. ehem, kalau owner tiba tiba nk bagi komisen, itu rejeki namanya, rejeki anak anak.

sebenarnya, aku dari dulu tak plan nk kasikan mell. atau nama lain, neuter, sunat, mandulkan ke apa apalah nama saintifik dia. sumpah aku memang nk mell ada anak. tibalah satu masa, mell tunjuk yg dia nk mengawan. aku runsing gila. aku google. terjumpa ini.

aku ym dgn sorang abg yg aku kenal, tanya macam2 kt dia. since dia pun bukannya doktor kucing, dia suruh aku tanya kawan dia yg mana pakar kucing gak lah.

tengah tengah malam, balik dari genting aku punya penat tp mell buat hall bising tak hengat, aku ym dengan doktor ni. ohooo, dia suggestkan aku neuter kan saja si mell......

ohoooo. berat hati ni wey...tp bila fikir masak masak, ada kebaikannya. aku tak mampu nk bela banyak kucing sekaligus. dan korang taulah, mell pengarang jantung aku. selain si adik. mungkin anak sulung, aku sayang gila kt mell. jadinya, aku tak nak kasih sayang aku pada mell tertumpah kt yg lain. which mean, anak anak dia lah kan.

dan bila mell dah beranak, kang kena bagi kt org, buang ke. oh man, aku rasa aku tak sanggup nk buat camtu kot. so i have no choice.

okay siap siap buat appointment dengan pakcu, oh ye, link ke blog nya sini. pastu aku mintak tolong encik najib yg baik hati ala busuk busuk cayang cayang dia. haha.

setel, esok hari ahadnya dengan tak cukup tido aku menjaga mell supaya tak buat bising, aku ke bangi. ye kedainya di bangi. setelah setuju dengan charge yg dikenakan, aku setuju nk travel jauh jauh. demi cintaku pada mellinda eh bukan encik najib ye??? heheheheh

sampai sampai [ish, malas nk cerita part sesat....malu lak aiiii], di sambut penuh ramah tamah oleh pakcu, tuan punya blog ini. sekali lagi aku link kan. : )

nampak sangat pakcu memang sukakan kucing. mell yg tengah nervous tak campur dengan hati aku lagi. sap sap soi, pakcu tenangkan mell. dia peluk mell, haha. mell gedik terus diam, cuba aku dukung, manja lebih.

bla bla bla sembang apa yg patut, tengok kucing yg ada dalam kedai tu, mell pun dipisahkan dengan aku. waaaaaa, gila sedih aku masa tu weyyyy. kalau takde encik najib masa tu, aku dah nangis goleng goleng stok hentak kaki lah.



asrama sementara mellinda. sempat aku masuk kejap, say bye bye kt dia. ah dia pantang nampak aku, dari diam terus bising. erhmm sayang mell tau! tu tandanya dia kenal tuan dia sapa. [tanda anak panah, bilik mell]

ni dari depan kedai. kalau sekarang dah tukar aku tak taulah pulak. gambar semua ni, aku mintak izin pakcu dari blog dia, tp aku letak dulu, baru aku mintak izin. boleh tak camtu? : )sebab masa pergi hari tu, aku tak sempat nk snap gambar.




lengkap semua kelengkapan anak anak. mainan semua ada. oleh kerana, kelengkapan anak anak aku dah cukup, takdelah rambang mata nk itu, nk ini.
pakcu jugak ada bagi discount ye untuk makanan. keterangan lanjut, tanyalah sendiri. kang pandai pandai je aku letak, tersilap info lak. habis aku kang.


kt area depan, banyak gila kucing. haha seronok betul aku tengok. yg bestnya kt kedai ni, takde diskriminasi kucing ye kawan kawan. sesetengah petshop yg aku pergi, nk persian je. kucing kampung taknak. tak baik tau uols. kucing kampung pun ada value apa. cun cun macho macho gak apa. tp kt sini, semua baka kucing ada. bagus bagus....

pasir pun ada. cuma takde pasir brand yg aku pakai. fido dido tu. kalau ada, aku dah borong dah hari tu. hehe. saya tak berani lah nk tukar pasir pakcu. hehe.


okay, ni map nk kesana. senang je. ingat, seksyen 15, bukan 5 macam aku!!! ahahah. alamak, terbagi tau pulak sebab munasabah aku sesat. shame shame lah.
segala info, boleh tengok kt blog pakcu sendiri. nk tanya, tanyalah banyak mana pun. pakcu ni pun banyak mulut nk jawab soalan korang.
service pakcu memang okay. aku puas hati walaupun jauh nk ke sana. kes aku, pakcu yg hantarkan mell balik. korang kena pandailah bodek bincang baik baik dengan pakcu.
pastu, aku suggestlah korang gi sini. mostly kedai, cina punya kan. ni sokonglah org melayu. jarang org melayu nk bukak petshop. tahun tahun akan datang, turn aku pulak kot bukak pet shop. hhahahaha. berangan lah wey.
okay, kalau pergi tempat pakcu ni, sila mention nama aku...etty. hahahahahahahaha.
ish main main je.
sekali lagi, nk tau perihal anak anak, pergi ke blog pakcu. banyak info di sana. pakcu ni pun kira otai lah dlm pertandingan kucing. byk tips yg dia bagi. jangan terkejut kalau satu hari nanti, aku menang kucing tercantik. hahaha. sekali lagi berangan apa salahnya kan?
korang ingat, persian jeke yg boleh masuk pertandingan???? kucing kampung pun bolehlah. silap silap kucing aku yg aku kutip dari chowkit tu menang kucing terhebat seantero dunia. haha sapa nk jawab tu?????
okay aku sudahi promotion ini dengan pergilah, jangan tak pergi.
aku cakap1: paling best, anjing takde. so, takde keraguan.
aku cakap2: terima kasih banyak banyak pakcu.


bubye pengantin~to~be - take care!

1 comment:

Juz Call Me Sharz said...

haha..suke entry nie sebab xde anjing bile masuk kedai..best2!!
lagi satu kite ade angan-angan yg sama nk bukak petshop..bile agaknye berjaya kan??nak bukak klinik kene cr doctor pulak..leceh..hehe.. :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails