:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

:: mari ikut saya ::

Tuesday, April 3, 2012

check up 27 -28 weeks

assalamualaikum....

mengantuk!!!  ni baru balik check up.  dengan tangan kiri sengal sengal nya lepas cucuk kancing gigi.  la hai...nurse ni inject kancing gigi ke, kasi ubat tido ni....

sebenarnya tak check up pun harini, tp 2 minggu lepas HB aku 10.8, tu yg kena check harini.  HB aku jenis turun naik.  tp macam pelik lah hari tu kenapa turun mendadak kan.  rupanya sebab aku banyak minum teh & kopi.  ooo tu lah kekurangan / keburukan minum caffein ni. oleh itu, kalau korang baca kt mana mana ibu mengandung jangan selalu amalkan minum caffein, silalah percaya.  kalau tak, mendapatlah nk datang KK 2 minggu sekali.  [kalau korang check up kt KK lah!]. 

check up sebelum ni aku ada mengadu kaki aku cramp.  nurse cakap kekurangan kalsium.  even dah makan pill kalsium, silalah minum jugak susu.  baekkkk....

setelah mengamalkan pengambilan susu sebanyak 2 gelas setiap hari, maka alhamdulillah.  hilanglah cramp di kaki. 

di rekod lepas tu, dia tulis slighly medium utk kotak kaki bengkak.  tp harini punya result check up, dia buat dash [-] je.  tandanya kaki ku tiada pembengkakan.  yeay...berkat urut malam tadi, pakai stokin.  kt office pun letak kaki atas kotak.  jangan juntaikan kaki  ye.

so far untuk harini:

berat - nasib baik tak naik kilog kilog.  naik bape gram je...fuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....padahal sehari sekali mesti makan aiskrim.  siap ada stok aiskrim kt rumah.  fuhhh..
kesimpulan sehingga harini [28 weeks], berat dah naik sebanyak 8 kg.  nurse tak cakap apa apa.  lagi lagi pasal minum air gula.  maka kita senyapkan sahaja.  kalau kena minum nanti, telan sajalah labu.  *kesat air mata...........

HB - hari tu 10.8 kan.  hari ni tulisan berwarna biru.  11.5.  alhamdulillah.  pembantu makmal tu siap cakap, esok turun lagi.  cisss mulut kau...tp memang macam tu lah.  HB aku ni turun naik.  harini bacaan 11+, next check up jadi 10 pulak.  nk makan kerang hari hari??  yakkksss...geli pulak tekak aku.  horlick???  aku beli sepeket besar 2 bulan lepas.  tp tak pernah sekali pun aku sentuh.  sayur bayam, ntah kenapa aku dah boring.  harapkan iberet folic je. 

kaki - cramp dah hilang so far.  next day tak tau lah kan sebab aku tidur kepala kt kipas, so angin tu jauh dari kaki.  bengkak pun tak lah berapa bengkak.  sedang sedang je.  tak macam minggu lepas.  baguslah kaki aku ni.  behave. 

kedudukan baby - dia tulis pulp. 

jantung baby - macam lumba kuda pulak bunyi dia.  bacaan dia 140. lepas tu dengar dia banyak bergerak.

BP - okay je. 

tinggi rahim - 27 cm.  baru perasan.  tinggi rahim ni ikut minggu kita mengandung ye?  sebab aku check balik buku aku, masa check up minggu ke 14, dia tulis 14 cm.  check up minggu ke 25, dia tulis 25 cm.  so since harini adalah minggu ke 27 berapa hari tah, so dia tulis 27 cm...

special case - haha, siap special case.  takde apa cuma kena cucuk tu je.  next check up, second inject pulak.  dush dush.  

extra - nurse cakap nanti khamis dah masuk 28 weeks kan, boleh start kira pergerakan anak dah.

ruangan masalah - no complaint.  hehe.

tapi sebenarnya aku ada gak komplen.  aku tanya kenapa kaki aku mengelupas teruk gila.  pastu start gelap kt sendi sendi tu.  nurse cakap normal.  baeklah.  then aku tanya lagi, normal ke kalau berdengkur.  nurse pun cakap normal sebab badan letih, saluran pun makin sempit.  fine.  kalau aku google pun, memang normal.  yg tak tahan malam tadi aku berlumba dengkur dengan laki aku.  aku dah dengar dia dengkur, aku pun dengkur lah sesuka hati.  yg pelik tu, time pregnant ni kita rasa tau kita berdengkur.  rasa je angin tu keluar dari kerongkong.  dan berdengkur tu kalau posisi tidur menelentang je.  kalau mengiring takde.  tp aku selesa tidur menelentang sebab belakang aku sakit.

jumpa doktor, doktor tu tak cakap apa apa.  everything normal, anak sihat ibu pun makin sihat.  haha.  no scan.  mesti suami kecewa.  tapi dia dah ajak pergi 3d scan.  yeay!

4 comments:

Lyena Vee said...

alhamdulillah. yg penting baby ok. hehe. i pon dah start minum susu plus amek kalsium jugak. kurang cket la cramp tu

e.t.t.y said...

kena rajin minum susu kalau tak azab okay nk tahan cramp tu kan.

Lyena Vee said...

haha! btol3x. tapi yg tak tahannyer, tengah i minum susu, ada plak menjengukkan kepala dia, nak minum jugak. teka sapa? smokey! adoyaiiiii

e.t.t.y said...

hahahaah. ala dengki lah kucing dia nk minum susu. kucing i takdenya nk minum susu. cuma adik kan, dia suka tengok air mengalir tau. kalau dia nampak i tengah tuang susu, kang dia kacau dengan tangan dia susu tu. pastu jilat tangan sendiri. apa punya perangai.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails