assalamualaikum,
entry panjang gila.
umum tau kalau check kt KK memang kena kira pergerakan harian baby semua. tak taulah kt private kena ke tidak. okay macam leceh, tp sebenarnya senang nk monitor kalau ada apa apa jadi. risau lah kan.
so aku masuk 28 minggu hari khamis hari tu. start hari tu kena kira dah. suami aku pun dah remind banyak kali ''baby gerak tak?''...........''gerak je ni''.
walaupun faham, tp agak tak faham camne nk kira. haha. kira ikut suka hati aku jelah kan. =)
nk bawak buku pink tu masuk dalam handbag aku tiap tiap hari, aku macam sayang nanti buku tu kemot kemot. so aku buat chart sendiri. macam ni ha. buat kt excel je.
start dari hari 1st aku mula mengira, okay je. cukuplah 10 kali pergerakan tu. kira macam mana, asalkan dia gerak, aku tanda kt bahagian masa. gitu.
so semalam adalah hari paling mendebarkan bagi aku dan suami. serius nk nangis [dah nangis dah dalam kereta sebenarnya]
pagi lepas siap preparation meeting, aku dengan officemates aku lepaklah kejap sementara nk tunggu yg lain masuk meeting. sembang sembang, baby bergerak. tengok jam, dalam pukul 9. okay noted dalam kepala dia dah start gerak dengan aktif. selalu pagi pagi tu slow sket, macam ikut mama je lemau nk pergi kerja. haha.
lepas selesai prep, mak mak dara ni pergilah cari breakfast. nasi lemak daun pisang. aku makan nasi lemak ayam goreng, milo ais kaw. kaw gila milo tu sebab pekat kot siap ada kerak kerak [eh??] milo kt dasar gelas tu. memang best lah.
masuk je kereta, aku dah start weng weng. mengantuk gila. kebetulan malam tu memang macam tak cukup tido.
sampai je office, memang tak boleh blah lah mengantuk tu. dah boss takde, boss kedua pun takde, boss ketiga pun takde, boss keempat pun takde. aku apa lagi, tidur kejap kt cubic aku. tp macam tak selesa lah sebab terjaga jaga. eceh nk take 5 pun gatal nk selesa bagai. haha.
last last kawan aku ajak masuk bilik meeting terus. haha menarik bukan. bayangkan dari pukul 11 aku tido dalam tu sampai pukul 2! sepanjang aku tidur, aku hanya merasakan pergerakan baby pada pukul 11 atau 12 camtu.
aku memang mengantuk. pukul 1 aku terjaga, semua budak office takde. aku siap keluar amik bantal aku, then sambung balik. ya Allah nasi lemak apa aku makan ni? dia rebus air ketum sekali ke??? bangun pukul 2 tu pun macam mengantuk lagi. haih...tak bley jadi ni...tahan tahan...
then sebelum solat zohor aku pergi toilet. keluar je toilet aku rasa senak, perut mengeras, sakit perut. then aku fikir, eh budak ni, kenapa tak gerak ye. ah aku dah cuak dah. aku pun fikir, bila last time aku rasa dia gerak. then aku teringatlah yg pukul 11 @ 12 tu. ya Allah, lepas tu dia tak gerak. haaaaaa...
dalam surau, aku tunggu jugak dia gerak gerak. aku usik usik perut. selalu bagi response. tp ni tak. dia diam je. bila masuk waktu asar, ramailah budak office aku masuk surau. then aku mengadu kt nanie baby tak gerak. dah nanie buat mata terbeliak macam terkejut sgt kan. ah risau lagi. dia kata maybe aku penat. masalahnya apa yg buat aku penat sebab hari tu memang aku free sikit. boss meeting kan. yg aku tau, aku cuma mengantuk gila!!
masuk office, aku sms suami aku. bgtau baby tak gerak. dah dia pun cuak, call. pastu aku lupa dah apa yg dia cakap. wakakakakakaka.
last minute job datang. kena draft surat. padahal hati ni berdebar debar ni. suami aku pulak sibuk call lagi sekali tanya. hailah, tak tenang aku.
boss aku takde dalam office masa tu, aku keluar je. selalu aku jumpa dia dulu tanya ada apa apa lagi tak. then baru balik. ni tak sempat nk sms, terus je aku balik. dalam kereta aku pulak call suami aku. aku suruh dia balik melaka [hari isnin bukan turn melaka]. malam kang bawak pergi klinik kalau ada apa apa jadi. risau ni weyyyyyyyyyy!! baru je end call, dia call pulak. ''u pergi call klinik mana yg u selalu pergi tu, doktor ada tak time sekarang ni. u pergi dulu, nanti apa apa bagitau i. scan ke bla bla bla'' - aku lupa.
so aku called lah klinik wahidah yg selalu aku pergi tu. tp fikir klinik wahidah ni aku kena masuk bandar kalau nk pergi sana. jammed. so switch to klinik an-nur. klinik tu memang jalan aku balik. call tanya ramai orang tak, nurse tu cakap takde orang pun, plus doktor pun ada. terus aku shoot ke sana.
jumpa je doktor aku minta maaf sebab tak bawak buku pink. doktor ni suka nk tengok buku pink kita sebelum buat apa apa. aku cakap aku ada hal emergency, baby tak gerak dari pukul 12 td. so scan. aku dah cuak dah. air mata ni tinggal nk mengalir je kalau benda yg aku nk tengok tu tak berdegup - JANTUNG-.
ALHAMDULILLAH jantung anak berdegup degup. dah mengalir dah air mata ni, tp mengalir lesu jelah. mengalir kegembiraan. haha. doktor pun kata anak awak ni kurang bergerak. tp jantung normal. saya diamkan benda [scanner yg dia pegang tu] ni pun, dia senyap je.
pung pang pung pang doktor tu tenyeh scanner tu kt perut aku, selesai. gender pun tau. haha rahsia. tu next cerita kalau aku rajin.
doktor kata tengok dulu macam mana malam ni. kalau tak bergerak jugak, cepat cepat pergi klinik atau hospital pagi esok [harini]. sekali lagi risau, padahal td macam dah gembira lagi lagi lepas tau gender.
keluar je klinik, call suami tak berangkat. so sms je bgtau jantung normal, tp baby memang tak gerak sgt. bgtau lah jugak apa yg doktor pesan tu.
aku ada bagitau pasal apa yg aku makan pagi tu. doktor kata jangan makan nasi lemak lagi. anak awak tak suka lah tu. bila fikirkan balik, aku ni jarang gila makan nasi lemak. memang boleh kira berapa kali je aku makan nasi lemak. so memanglah lepas ni aku fobia nk makan nasi lemak.
then on the way balik, aku fikir apa eh makanan yg aku suka makan, anak aku pun suka menikmati makanan tu. haaa!! tingg...tetiba aku teringat. aku kan sekarang hantu aiskrim. aku akan makan aiskrim hari hari. tak cukup beli kt koop, aku beli yg dalam tupperware tu makan dengan roti. tp aku dah lama tak makan sebab suami aku marah, dia takut aku kena minum air gula sebab hari hari makan aiskrim. rasanya last makan aiskrim, hari khamis lepas. aih tak boleh jadi ni. kena beli ni untuk gembirakan anak aku so that dia akan aktif lepas ni. aku pun cerita lah kt suami aku nk beli aiskrim, tu je caranya buat anak aku gembira & aktif.
sekali betul kau....!! masuk je area peti ais econsave tu, untuk pertama kalinya, anak aku bergerak dengan aktif. hahaha tergelak aku. sms suami, dia pun gelak. hai lah macam macam tau anak mama ni. sampai rumah, apa lagi teruslah aku makan aiskrim tu dengan roti. wallahhhh...nikmat betul.
so malam td, suami aku pun tak balik sebab aku dah rasa normal balik pergerakan tu. time nk tido tu lagilah dia aktif. aku bgtau suami ''siang td dia dah puas tido lama, malam ni berjaga lah dia''. hehe.
sampai kena bobok kan dia, selawat nk kasi dia tido. haha last last tak kisahlah nak, gerak lah, mama nk tidoooooooooo.............
dan harini, aktif seperti biasa. seronok lah aku kan. tak payah nk risau risau lagi.
haih, pengalaman tak meraaai pergerakan anak ni kan.....cuak tau....
nak, jangan lah buat camni lagi. mama pun tak mau makan nasi lemak lagi pasni. kita makan yg sihat sihat je pasni okay....
so mana yg dah masuk 28 minggu tu, alert lah dengan pergerakan anak. dalam tempoh dari pukul 9 pagi sampai 9 malam which is 12 jam kan, make sure pergerakan adalah sebanyak 10 kali. kalau kurang, cepat cepat pergi klinik atau hospital. tapi, kalau pergerakan anak terlalu kerap contoh start kira dari pukul 9 pagi, then genap 10 kali gerak pada pukul 12 pm, pun sila lah ke klinik. better than late okay.
9 comments:
etty...i rasa sbb u byk tdo kot, so baby pon ikot sama kuat tdo...haha
sedih sikit baca entry ni..
takut pun ada..
jaga diri elok2 eh nok..
eh tak, jaga baby elok2 eh nok
kau tu aku tak kesah sgt!! kikikiki
ooo, macam tu eh. lunch tadi, i makan ikan. memang baby kurang gerak. agaknyer my baby tak suka ikan la kot kan sebab selalu i makan ayam. kalao ayam, memang berselera giler. hehe
mcm i xtau yg mane 1 bergerak..payah gak kan?
xtau baby no 1 or 2..heheeheheh
smoga sumenye dipermudahkan untuk kite eh....
nana - wakakakaka. agaknya dia dah terikut ikut perangai i, kuat tido. anak mama lah katakan...
madam - ko mmg tak syg aku kak, aku je syg ko. hahahaha
vee - haha. ikan lah bagus utk otak baby. u cakap camtu, confirm dia suka balik.
nadya - adeh i tak dapat bayangkan kalau ada 2 org dalam perut i ni. mesti gelombang gila perut kita kan...
ha tu lah etty...makan nasi lemak daun ketum... hahaha i pun cuak jugak masa u ckp tu..
pandai u pancing dia kan..good2
hehe. Msti cuak kn..i klu jd cmtu,i pasangkan surah2 dlu....xpun i rehat jap....then so far,alhamdulilah xda ape..
Tp mmg kite akan cuak klu baby kurang gerak
syima - kata anak mama. mestilah dia ikut taste mama kan.
lara - eh bila i masuk kereta, i akan pasang mp3 ayat quran tau. so sepanjang dari office ke klinik dalam 20 minit, even terpasang al quran, dia senyap je..tu tambah cuak. =)
i pon kdg2 kjutkn die xnk bgn...tp klu ade daddy ea...snng je babby bgn...cuak tol tme 2...
Post a Comment