hello hello
bila sudah di rumah, terasa bosan pulak.
tiba tiba terfikir nk kahwin sekarang, buat anak, jaga anak. tak payah susah fikir kos nk letak anak kt nursery, tak payah fikir nk beli susu anak sebab wanita memang dah diberi satu keistimewaan iaitu membekalkan susu pada anak. so, aku memang nk fully utilize keistimewaan yg aku dapat tu. ceyy jauh berfikir nampaknya minah ini.
eh betullah. at least bila aku jadi surirumah sepenuh masa, aku dan suami boleh jimat 2 tahun budget nk beli susu anak. erm, harus aku fikirkan lebih mendalam lagi.
apa yg best jadi surirumah sepenuh masa ni ek?
bangun kena awal gak, ingat boleh bangun lewat lewat ke? pastu dah kena uruskan rumah. dah kena basuh baju, kemas rumah, sidai baju, lipat kain.
bergegas nk masak pulak. dah masak kemas dapur, basuh pinggan semua.
tu belum kira bila ada anak lagi. anak bising nk susu, berhenti kejap. unless anak minum susu botol. silap silap tengah menyusu, kita tertidur sekali. dah rugi beberapa minit.
anak meragam nk berdukung...aish parah jugak kalau camtu.
anak berak kencing, takpe lagi. normal lah kan. tak berak kencing apa kes lak tu.
suami balik rumah, lunch kt rumah. kena sediakan makanan, kena cedokkan lauk untuk dia.
bila suami balik office balik, ingatkan semua kerja dah setel. tp rupanya belum.
kain yg disidai tadi, kena angkat dah. lagi lagi ada baju anak, kain lampin. tak boleh berjemur lama sangat.
pas angkat, kena lipat.
anak kencing atas lantai cicir pulak. aish, kena mop lantai lagi.
kalau ada anak besar, tumpahkan pulak air kopi susu atas sofa. aish, kena lap pulak. fabreeze pun dah habis, so tak dapat nk selesaikan masalah.
bila masanya untuk diri sendiri sebagai surirumah ni????
suami balik, kena layan suami lagi. makan malam, kalau dapat suami yg cerewet taknak makan makanan lunch tadi, apa kes lagi sekali??? adeh...
kena tidurkan anak, kena tidurkan suami pulak. diri sendiri tak tidur tidur sebab fikirkan esok nk masak apa eh. suami tak suka makanan berulang dalam seminggu.
wanita wanita.
kau ingat senang jadi wanita ni??
kalau wanita kata susah, mungkin kita, anda tak jadi orang. mungkin mak mak kita dah surrender nk bela kita kan.
tp mungkin ada wanita yg tak boleh nk sahut cabaran ni, that why ramai 'orang' dibuang di masjid dan sebagai tempat lain lagi.
sila hargai mak anda, isteri anda, bakal isteri anda ye wahai lelaki.
okay, satu lagi benda nk share dengan kaum wanita. kaum lelaki pun boleh join sebab mesti nk sang isteri lebih masa berpantang kan. opss, apa apa sila klik sini. klik tau...
klik klik klik. anda memerlukan ini.
orang lain, sila prihatin tanggungjawab wanita.
aku cakap1: walaupun dah kenal lama dengan dia, tp aku masih tak kenal perwatakannya bila dah jadi suami nanti
aku cakap2: harap harap suami aku nanti tak cerewet macam watak yg aku cipta di atas.
aku cakap3: terima kasih mak , abah!
bubye pengantin~to~be - take care!
2 comments:
Mcm dah terbaca je sebahagian entry ni kat mana ntah..
Apapun..surirumah ke bekerja ke terpulang pada diri sendiri untuk cipta suasana pada family sendiri. Hati mesti ikhlas...selalu fikir untuk bahagia maka kita InsyaAllah menuju bahagia.
Beza bekerja vs surirumah ialah terasa betapa puasnya melihat anak di depan mata dari hidup terkejar2 dengan waktu semasa bekerja.
sy pun pernah baca gak, tp lupa source dari mana. copy paste jelah yg mana teringat.
ye, kepuasan sebenarnya terletak pada keikhlasan menjaga anak, menyuap makan anak dari tangan kita sendiri tanpa guna tangan org luar.
yg penting wanita kena pandai2 jaga rumahtangga supaya dpt keluarga yg sakinah.
insyaAllah
Post a Comment