hello hello
bride to be, yang nk buat ujian saringan HIV boleh ke poliklinik peringgit, melaka.
[ada klinik lain, tapi since aku buat kt sini so share pasal klinik peringgit je lah]
bayaran masih rm1.
waktu operasi.
isnin - khamis : 2.00 ptg - 4.30 ptg
jumaat : 3.00 ptg - 4.30 ptg
appointment tak perlu. datang je bawa borang warna hijau. borang boleh didapati di pejabat agama islam melaka.
sebenarnya, borang ni siapa yg ambil tahun 2010 tak dikepilkan sekali. so kena ambil separate. maksudnya kalau korang dah ambil pada tahun 2010, borang hijau takde.
siapa yg ambil tahun 2011, borang hijau ada.
itulah yang diberitahu oleh kerani pejabat agama islam tu.
kes aku, ambil tahun bila tak ingat. tp masa tu hanya ada borang nikah sahaja. so aku kena ambil borang hijau.
borang hijau tu free of charge. borang nikah rm1.
okay clear???
aku tak buat lagi hiv test. dah merajuk dah hari tu najib buat sorang sorang. ntah bila aku nk buat...tak best pergi sorang sorang wok...
No comments:
Post a Comment