:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers

:: mari ikut saya ::

Sunday, March 20, 2011

sabtu 19 march 2011

hello hello



[ni entry untuk diri sendiri. untuk kenangkan sepanjang hayat]

semalam kan kami keluar. cari kain baju melayu najib, kain pengapit lelaki, jumpa vendor wedding favor.
gila!! nk tau siapa owner vendor kitaorg tu??? dayah okay! tengok balik gambar masa asmidah nikah. ada pompuan perut buncit nama dayah kan? dia lah!!!
omg mcm apa apa je tau...masuk masuk kedai, fikir macam kenal je pompuan ni. gaya tudung mcam tudung dayah.
yaAllah, korang dapat tak bayangkan macam mana perasaan tu? bayangkan nk jumpa orang yg korang tak kenal lah konon konon kan. sekali BFF korang!!! hahahahahahah.
aku dengan dayah tergelak je masa tu. tak boleh nk pandang each other. kalau pandang je ketawa. so buat buat lah macam tak kenal kan, pastu bincang balik.
alih alih, aku dengan dia je bergosip sakan. najib ng suami dayah je yg bincang....

alhamdulillah. dapat best price with the best outcome. insyaAllah....

selesai sudah hal wedding favor.

no more telur ye...sob sob sob. telur mungkin ada. tapi mungkin untuk tetamu di malam pernikahan.

tak mau kasi tahu dulu apa jenis favor tu. suprise.
actually, ntahlah. baru ke tak ntah pattern kasi orang tu. sebab kan, kami tak mau kasi beg yg penuh berisi. dan juga tak mau asingkan untuk tetamu biasa dan vvip. so rasanya, favor tu sesuai sangat.

since jumpa kt jusco seremban 2, ke jakel lah kita..

siapa kata shopping dengan lelaki tak penat??? hahaha penat sangat okay. lagi lagi bakal suami kau tu cerewet gilak!!! dia tak bagi aku duduk. bila nk duduk je, ''eh yg ni camne? okay tak warna dia?'' saja je kan.....padahal dah tau kot okay ke tak. dengki lah tu...

tp takpe, last last dapat pow kain lace. hahahahaha. lace yg tinggal 2 meter. tak tau lah jenis dia apa kan. tp kalau tengok pakej kahwin harga dia rm580. tp aku dapat 2 meter dengan harga rm50. okay lah kan. cuma beli lace tu je, lining belum beli.

actually masa tu ada 2 jenis yg aku berkenan. chiffon full beads!!! tawar tawar, dapat harga yg sama jugak. tp.................fikir fikir susah kot nk basuh. dry cleaning bagai. so end up amik je lace. since najib kata tahun ni raya family sana purple theme. hantaran baju purple, so tambahlah satu lagi baju kan. ngeh ngeh ngeh....

selesai beli baju, ke rumah bff fiza pulak. tengok dia yg dah habis pantang. alorrrr lorrrr tomeinya baby dia....macam muka baby anak mat saleh jeeeee.....pastu sangat behave jeee. tak nangis pun. tp asyik nk ajak main je. tak mo tidur....
kami bawak sekali kfc. sebab tau fiza suka makan kfc dan dah habis pantang kan...
lama jugak kt rumah dia. siap nk habiskan tengok movie.

pastuuuu...ke melaka. cari kad kahwin. aku tak buat survey pun pasal kad kahwin ni. yg tau, kt melaka ni punya hot vendor, kadkadkahwin tu lah. otw tu call kawan najib, tp kedai dia tutup pulak. so memang kena ke melaka. actually op kitaorang pun ada bisnes kad kahwin. tp, ntah najib kata, cari lah orang lain.

tapi, tak berapa kenan lah ng kadkadkahwin ni. corak terlalu fancy. macam tak sesuai nk bagi semua orang. yelah, majlis aku memang akan ada ramai vvip. so takkan nk tempah yg lain utk vvip kan. kalau boleh, biar semua orang terima kad tu. then budget kami pun macam bawah 40sen je kan.

fiza kata masa dia beli tu, 40 sen je. dah boleh dapat 2 side family, glossy paper. ni yg worth 40sen, guna paper biasa jeee....sooooooooooooooooooooooo...tak best.

minggu depan dating lagi tengok kad kahwin lain.

ke ssf pulak. konon nk cari bunga telur kan. tapi najib nk jugak yg macam ktorg nampak kt zc nilai tu. ala yg macam asmida punya. pastu dia nampak bunga ssf, dia suruh je aku pakai bunga tu utk handbouquet. dia kata tak payah fresh flower ni. kalau nk, dia boleh bayarkan. tengok!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! kalau bab bab tu je, asal boleh nk sponsor kan. hahaha.

cari punya cari. last last beli berus tandas 2! ahahahahha. sebab murah kan satu rm2. beli lah satu utk rumah sendiri, satu utk bakal bilik air aku. ngeh ngeh ngeh.

dan terfikir buat apa aku buat bunga telur kan. sebab malam tu bukan ada majlis berinai pun. takde siapa yg nak pun. so............amik keputusan, tak payah nk DIY bagai bunga telur. beli bunga ssf tu, alter sikit sikit, letak kt mini dais. dan mak td suruh letak bunga rampai sikit....alhamdulillah. dalam kalut kalut nak dekat tarikh ni, ditenangkan hati supaya boleh berfikir....

pastu g jusco. cari bantal. ni pun sama. aku tau je najib tu jenis camne kan taste dia. tp dia saja je nk buli aku....
dia tak bagi aku rehat. ada je yg dia tanya.
tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii....gembira jugak lah, dia tanya pendapat aku kan. yelah bantal untuk aku jugak. dia tau mana yg terbaik....cayalah sayang i....

dengan jusco takde plastiknya. adoyai.

tau. dia bawak bantal peluk ntah camne gaya ntah. asal dia berpusing je, bantal tu terpelanting kt kepala aku. pastu aku marah dia, dia marah aku balik. pastu gelak gelak.
malu aku sebab masa dia tibai aku tu, semua orang macam sengih sengih. tah apa apa....

okay, last sekali untuk pujuk aku sebb tunggu dia lambat gila pagi tu, dia belanja aku durian. dapatlah makan durian walaupun durian jusco. pastu beli buah berangan sikit. nk rasa kan....

balik rumah, dia tolong angkatkan cabinet baru mak. makan jap apa yg mak beli kt pasar malam. pastu dia balik. terus rindu balik. sob sob sob...

tak sabar nk kahwin. nanti dah dating, dia tak payahlah balik tampin kan. esok pagi baru g kerja dari melaka.

dah kawin kang, tak boleh duduk serumah. maksud aku, tak boleh duduk melaka. sian dia penat drive hari hari sejam lebih ke rembau. takpelah. at least boleh jumpa seminggu tu berapa kali..............


sebenarnya, start semalam tak berapa best. sebab aku naik bas ke tampin, smpai kul 10 kan. aku call dia tak angkat. nk kena ni. sekali dia belum mandi lagi. tension lak aiiii....duduk kt tempt bau busuk, tunggu setengah jam kot...
time dia sampai tu, konon konon feeling romantik lah tu. dia sms ''cuba pandang tembusi tiang tu'' sebab dia stop kereta aku tak nampak. konon konon nk pujuk lah tu. haaaa tak dapat. masuk je kereta terus aku emo. dalam kereta pujuk mmg tak jalan lah. aku kan. tengah panas hati, mana boleh dipujuk. makin panas adalah....

dah lah hati tengah panas, sekali dia nyanyi pulak lagu awan nano. lagilah aku berasap!!!!!!
aku tak suka kot lagu tuuuuu......sekali ada lagu padi, sahabat. terus aku suruh dia kuatkan radio. mula mula cam annoying gila najib ni. dia cakap ''i tak suka kuat kuat. i nk drive''. cehhhh menyirap okay....!!!!
sekali tu dia kuatkan radio sekuatnya, dia pulak oven menyanyi kuat kuat. hahahahahah...tergelak je aku....

last last, okay dahhhhhhh.....dah berbaik baik...natural je benda tu.....

sebenarnya, ntahlah rasa macam najib tak kenal aku lagi....aku mmg panas kalau aku yg menunggu. aku tak suka menunggu. aku memang punctual. tu yg kalau nk aku naik bas, dia mesti dah ada kt sana. dia yg kena tunggu aku...!

then aku kalau dah panas, tak boleh terus pujuk. nanti aku terus menerus panas hati...tunggu lah kejap, aku sejuk sendiri. tu yg aku agaknya banyak kali pujuk diri sendiri kot....najib pun kata, kalau pujuk pun takde gunanya sebab tak jalan. hahahahahhahaha....

dah kahwin kang, ntah camne agaknya kan......makin romantik ke, atau terus tak romantik. yelah najib ni, romantik dia lain. tah. macam romantik, macam tak....

takpelah, yg penting urusan nikah ni dipermudahkan. bila stress pasal bunga telur tu, last last tak payah buat. takke ianya dimudahkan????? kan...cuma mungkin kena doa banyak banyak dimurahkan rezeki.....

okay nk terus post. tak payah check sebab aku sendiri yg faham.

kalau korang baca sampai habis, terima kasih....

1 comment:

lily lotus said...

yer sesama. sampai habis akak baca..hehe..tak sangka bff sendiri ekk jadi orang kuat

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails