:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers

:: mari ikut saya ::

Saturday, March 5, 2011

S.O.S kit

hello hello

satu hari tu, aku mimpi ngeri tau. pasal hari kahwin lah. banyak hal yang terjadi, tapi paling tak bley tahan, isu inai tak merah. inai aku warna kuning! dengan dah nak bersandingnya lagi, nk ke tampin lagi. haha.

esok terus gegas buat S.O.S kit. actually, kit ni adalah untuk peringatan pengapit kita jugak. para para pengapit, kena alert pasal kit ni. so adalah tanggungjawab kita sebagai bakal pengantin untuk buat list S.O.S kit ni dan terangkan pada pengapit. kalau terlupa pasal ni, nahas lah wedding ko...

pengapit tu aku rasa macam PA kita untuk beberapa hari. apa yg kita lupa, tugas pengapit lah yang tolong mengingatkan. so penting untuk berkomunikasi dan sering pesan-memesan.

okaylah. aku share ye apa S.O.S kit yang dah aku listkan. hari dah dekat nanti baru email @ print kan untuk pengapit.


1. backup inai - inai tiub

in case korang nk pakai inai daun dan terkena pulak inai tu tak berfungsi seperti yang diharapkan, ketika itu, inai tiub sangat berfungsi ye. lagi lagi bila sedar jari tu bercapuk ke, atau apa apa jelah. so boleh tempek sekejap inai tu. dan tinggg...!! terus merah.
* hoh, mimpi tu betul betul menakutkan aku tau!

2. minyak kapak


ini adalah petua untuk mendapatkan inai yg merah. ada petua yg aku dapat, boleh juga pakai vicks. so baik standby 2 benda kecil ni.
cara pakai - sebelum basuh inai, sapu dulu minyak kapak @ vicks pada jari jemari. dalam beberapa minit. kemudian, basuh! insyaAllah, merah.


3. sewing kit


maunya baju pengantin terentas ke apa kan, tak ke kabut??? oleh itu, sewing kit amat berguna di kala kecemasan. sediakan jarum dan benang. rasanya ada je kan jual kt kedai rm2 yg dah siap macam macam warna benang tu.....done!
tapi, kalau tak mau bawak bekas yg besar, sediakan benang yg sesuai dengan warna baju pengantin korang. enough! mudah bukan?


4. extra shoes


kalau tiba tiba tumit tu patah di kala tengah berarak, apa perasaan korang???
sediakan payung sebelum hujan. short and brief.


5. selipar


takkan nk kemana mana pakai high heels kan??? urm...


6. tissue / wet tissue

sangat penting lagi lagi masa akad nikah. haha. lagi lah pengantin macam aku kan, cembeng!
juga siapa yg planned pelamin berada di luar rumah. dapat pulak atap zink. okay, siapkan berdozen tissue please.....dan untuk pengantin yg kuat berpeluh walaupun berada di dalam aircond. oho, kena ingatkan najib ni, sebab dia kuat berpeluh.

wet tissue - kalau berlengas sangat, boleh lap kan??? ops, maksud aku bukan lap muka. tp di mana manalah yg tiada make up cantik beribu ribu tu. haha.


7. lip gloss / lipstick

lepas makan, sure bibir kembali tak bersinar. maka inilah fungsi membawa lip gloss sekali. dan tugas pengapit untuk tolong apply kan pada pengantin. hehe.



8. extra brooch / pin baju / jarum peniti


untuk tudung, baju etc etc.




9. blotting paper

selain tissue, blotting paper adalah untuk menyerap minyak di muka, leher. penting jugak!!


10. breathmint
gula gula mint. kalau lah tak sempat gosong gigi, mungkin boleh menolong. hahaha. ada ke pengantin lupa nk gosok gigi???? ada kot.... =)
hehe, takdelah. at least, biarlah pengantin lelaki@ perempuan rasa selesa. takkan nk biarkan orang sebelah tahan napas nk bercakap kan???



tu je yang ada dalam senarai aku. yang mana perlu dibawa semasa reception, letakkan dalam beg yg comel. aku fikir, beg comel pun boleh jadi prop untuk pengapit pegang kan...* dan untuk hadiah terima kasih!

dont worry yana, i will get it for you...


okay semoga membantu......daaaa...!!


update: thanksss to meowwmania

11. mineral water
mineral water mungkin juga sesuai untuk outdoor photoshoot. kang haus!!!



aku cakap: all pictures credite to google and other sources. thank you in advance...

3 comments:

meowwmania said...

mineral water jgn lupa! ;)

Anonymous said...

banyak betul checklist ni. Rasanya dulu masa kahwin x buat checklist pun. Buat checklist utk barang2 hantaran je. Yang lain tu alhamdulillah berjalan lancar.

sesemut said...

yg minyak cap kapak tu betul ker?
u dah try?
apa kata try seketul kat hujung jari sesapa. bukan jari sendiri la, nanti org kata gelojoh plak.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails