:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers

:: mari ikut saya ::

Sunday, March 6, 2011

keperluan ke rumah mertua.

hello hello

macam aku, lepas reception terus ke rumah mertua kan. so aku buat list. even benda ni nampak macam remeh temeh, tapi awas lah kalau ada barang penting tertinggal kan. lagi lagi aku. rumah mertua as a second home sweet home *insyaAllah. lagi lah detail list tu.
* well aku memang terkenal dengan list yg konon konon detail kan. haha.


let check it out darling[s]....
* banyak dari list ni untuk bride to be je, untuk groom to be pun ada sikit. sebab aku tak tau apa keperluan orang lelaki. hehe


1. luggage

luggage kena besar. boleh angkut semua. lagi satu tak lah rupa macam minah indon kan kehulu hilir bawak paper bag lah, plastik lah. lagi lagi macam aku. kalau boleh satu rumah nk bawak. humban je dalam tu terus. senang!!


2. toiletries

yea, mungkin ada suami yang alert keperluan bakal isteri dah sediakan semuanya, mungkin ada yg tak alert. tp apa salahnya berwaspada sentiasa. lagi pula, setiap orang lain lain pilihan kan. mana tau, kita suka pakai syampoo sunsilk, pasangan suka pakai rejoice. so, masukkan sekali dalam list tu.

masukkan segala jenis keperluan dalam tu. deodorant, syampoo, sabun mandi, perfume, cologne, ubat gigi, berus gigi jangan lupa dan etc..


3. selipar / sandal / kasut kerja @ berjalan


pagi pagi, mak mertua kejut suruh pergi pasar beli ikan, takkan nk pinjam selipar adik ipar kot. buat malu jeee...

petang petang ayah mertua mintak tolong siramkan pokok bunga, takkan nk pakai high heels kot....style banget menantu aku ni....!! haha

even bila dah bawak selipar, sandal pun penting jugak. nk berkunjung ke rumah saudara takkan pakai selipar je kot. * unless kalau selipar ko betul betul coach!


dan penting juga membawa high heels atau wedges. selain menggayakannya pergi rumah saudara mara *lepas kahwin mesti kena pergi rumah saudara mara belah lelaki kan, sesi kenal mengenal, kalau tiba tiba kecemasan kena pergi kerja dari rumah mertua. ada standby kan???


4. baju tidur * yang sopan dan tak sopan


kalau boleh yg sopan tu, biarlah yg berlengan panjang. kalau boleh aku cakap. tp terpulanglah pada selesanya korang di rumah baru. agak agak malu, kn senang!

make sure jangan yg jarang okay. kang bukan suami yg terbeliak bijik mata, satu rumah fengsan!!! hahaha.

baju kelawar pun okay jugak.

pastikan baju kelawar yg baru dan takde lobang lobang ye. hahaha. * macam terkena kt batang hidung sendiri jeeeee.....

baju yg kurang sopan, tu dalam bilik tidur je pakai. jangan lah sesekali berniat nk pakai kt luar bilik tidur. tak pasal pasal kena maki dengan keluarga mertua. hahahahahaha. over uuu....!


5. untuk sembahyang

telekung, anak tudung.


sejadah juga.


6. panties / bras

haaaa??? nk gambar????? tumbuk kang.................!!
pastikan mencukupi ya......


7. getah rambut / cekak rambut / sepit rambut dan segala yg berkaitan dengan rambut


rambut panjang, lepas tu saja lepaskan masa tengah hidang makanan. takke menyiraaaaappp je rasa. tau lah rambut tu cantik!!!

bila mak pak mertua tengah cedok kuah kari kepala ikan, kantoi ada rambut. takke malu?????


kekemasan kena jaga okay.


8. sikat rambut

kalau rasa geli nk share sikat suami, bawaklah sendiri. ada je sesetengah orang yg tak suka berkongsi kan. lagi lagi memang dah tau, rambut suami @ isteri tu berminyak lebih, ada kelumumur. tak nak pasangan kecil hati, bawak je sendiri.


9. panty liner / pad

datang bulan, pinjam pad pulak kt adik beradik ipar. malu tak rasanya??? muka dah cantik, tp kenapa tak prepare awal awal betapa penting nya 2 benda ni???? sendiri mau ingat!


10. tuala muka / tuala mandi


sangatlah penting.........................!!


11. kain batik / kain pelikat


sekali, mak mertua teringin nk tengok skill kita pakai kain batik. haaaa amik kau!!! boleh refer kt blog ni. cara cara pakai kain batik. haha. takpun, belajar dari sekarang dari mak korang.
* peringatan untuk diri sendiri jugak ni....


12. seluar / baju untuk kegunaan harian
sama lah macam baju tidur tu. tp ni untuk kegunaan siang hari. pastikan menutup aurat atau elok dipandang. ingat, kita ni kt rumah orang lain. even mertua, hormat jugak tuan rumah. kalau kt rumah sendiri lain ye.


13. pakaian untuk berjalan
ala macam lah tak tau......


14. anak tudung / tudung
perlu ke nk explain lebih?


15. baju kurung etc
kalau adat orang jawa, di awal awal perkahwinan, suami kena bawak isteri ke rumah saudara mara. macam sesi beramah mesra lah. yelah, ahli keluarga baru kan. pakaian kenalah molek molek. haaa macam tu...


okay so far tu je yang aku ingat. list ni akan di update dari masa ke semasa. kalau ada apa apa yg idea lain, jangan segan silu nk share ye.....


daaa darling....


aku cakap1: aku tengah aimed coach sebenarnya. tu yg asyik gambar coach jeee. theeeeee...

4 comments:

aTy _faRed~ said...

setiap kaLi baLik umah mertua ai.. penuh kereta nganbarang2 ai jer..huhu.. segale comforter bantaL selimut ai bawak sendiri... :p

etty said...

kan. rasanya lebih selesa mcam tu...yelah takut jugak bila dah ramai ramai kt sana, tak cukup keperluan...thanks anyway. boleh jadi tips jugak ni....

dynamaisara said...

cayala etty..ni baru betol2 org nak kawin..gerun aku tgk ko prepare mcm nih..

gud luck my luv!!

etty said...

owh dina....!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails