hello hello
raya tahun ni, first time berduaan. belum lagi bertiga.
tahun ni, first raya kt rumah mertua, tampin. tengahari atau petang raya tu, baru balik melaka. maybe sampai raya ke dua je. the rest, kt tampin. sound macam asyik sebelahkan keluarga mertua je kan. tp pada aku, seronok kot. sebab????
selama ni, kalau beraya kami anak beranak ke rumah waksal je. sehari suntuk kt tengkera, lepas tu balik rumah tengok tv, tengok movie, tido sampai lebam. makan kuih raya sampai buncit. habiskan rendang, ketupat sampai boroi. tu je lah.
yelah, sedara mara aku ramai lagi kt perak. nk balik perak, macam tak je.
so begitulah raya aku sebelum ni.
tu yg aku cakap, tahun ni seronok sebab dapat keluar beraya dengan suami.
pagi raya balik dari sembahyang raya, ke kubur arwah ibu suami, kemudian ke rumah wan [nenek] in law. bila balik dari rumah melaka, kami ke rumah sedara mara yg kat tampin, rembau etc etc. masa tu lah boleh kenal kenal dengan keluarga dan saudara mara belah suami.
sebenarnya dari kecik, kami jarang keluar beraya. sebabnya dulu kt kampung, tetamu datang tak putus putus. semua nk melawat arwah embahtok, embahlain aku. bila nk keluar je, orang bagi salam. jadinya memang ktorg dah terbiasa beraya je kt rumah. tunggu je duit raya dari rumah. hihi...............
so boleh katakan, aku adalah excited nk sambut raya tahun ni.
balik melaka, nk pergi rumah waksal. tp jaja, cheyah tak balik melaka tahun ni. entah dapat jumpa bila. maybe esok esok nya kot. lepas tu, nk bawak mak pergi jasin rumah pakngah. lepas tu, dah tak tau nk beraya mana lagi sebab tu je family yg ada kt sini.....shopping, tengok wayang kot. harharhar.....
tp sampai sekarang, still tak tau camne nk hadap suami bersalaman di pagi raya. dah lah banyak buat dosa dengan suami. asyik nk melayan je kan, ajak bertekak je. hahaha....mesti nangis kaw kaw. oleh itu, jangan mekap dulu. dah nangis baru mekap cun cun.....
okay...tu je untuk petang ni. mood raya je kt office ni, sentuh kerja pun tidak dari isnin hari tu.......dasar gaji buta!!!
3 comments:
kn??yumie pn terfikir cmne le nt nk hadap suami di pg rye..owh xdpt bygkn..huhu
hahaha...yelah, selalu nk cari pasal ng suami kan....samalah kita.
selamat hari raya mak etty!
mintak maaf yer kalau ada salah dan silap :)
dan selamat beraya bersama somi terchinta ;)
Post a Comment