doktor cakap, kalau kurang mengambil kalsium, ibu mengandung akan menghadapi:
1. kekurangan gizi
2. kereputan tulang dan gigi
3. gigi rosak
4. kaki akan rasa kebas kebas
5. kaki cramp / kejang / sejuk
6. tenaga kurang
oleh yg demikian, para para
antaranya adalah:
i) susu
tips: kalau boleh kurangkan susu berperisa sebab ianya manis. tak elok pulak untuk kesihatan kalau manis manis ni.
ii) pil kalsium yg dibekalkan oleh klinik
iii) minuman atau yogurt asli
iv) cheese
v) dadih - sengaja tak letak yg fancy fancy, kang terliur sapa nk tolong mak buyong ni buat dadih??
vi) ikan bilis
tips: ikan bilis pun elok diambil untuk naikkan HB pada sesiapa yg kekurangan HB.
vii) pelbagai jenis susu untuk ibu hamil
tips: kalau boleh dapatkan sample dulu sebab pelbagai jenama, pelbagai rasa. ada yg sedap, ada yg macam aiskrim rasanya, ada yg terlalu manis. jenis yg manis ni, baik kita kurangkan sebab takut berat badan naik mendadak. ada sesetengah pendapat kata, takut bayi terlalu besar. pada ibu ibu yg yg memang pernah melahirkan anak takpe, dah ada laluan. tp untuk ibu yg pertama kali mengandung, elok kurangkan. kalau anak besar, susah nk melahirkan secara normal. ikut suka hati masing masing lah kan. pilihan di tangan anda.
viii) susu kambing
walaupun ada orang tak boleh telan susu kambing ni, tp percayalah HI GOAT ni susu kambing paling sedap. takde bau kambing pun. kahkahkah
tips: beberapa orang kawan dah minum susu kambing ni sepanjang pregnancy mereka, dengar cerita kuning anak pun tak berapa nk tinggi. contoh ijah kuning range dalam 6, kemudian turun ke 4. nani pun macam tu jugak. takde lah sampai kena admit hospital.
ix) soya
ada beberapa pendapat mengenai pengambilan susu soya. so adalah dinasihatkan supaya membuat research terlebih dahulu.
saya : maaf tiada komen. saya pun tak gemarkan soya.
tips: nk selamat dan kurang manis, buatlah soya sendiri. dalam kotak tu semua manis manis. tak elok untuk kesihatan. kang kena kencing manis.
x) tauhu
dalam kumpulan soya jugak kan?
xi) tempe
pun sama berada dalam kumpulan kacang soya
so, terpulang pada masing masing punya tekak nk ambil kalsium jenis mana. ambil banyak, banyaklah khasiat kalsium dalam badan untuk kita dan anak.
jangan lupa, semasa breastfeeding pun, kalsium jangan dilupai ya. juga semasa dalam pantang.
gambar semua dari google. terima kasih.
5 comments:
MIL kina pun tny xminum soya ke masa pregnant ni? xtau la xminat plak soya..suka susu budaya (culture milk)..haha
kina ni kena culture shock kot. haha. tahlah sebab kita pun terbaca bad review pasal soya kot tu yg terus tak suka. kina minum je susu biasa tu.
Hi nice to meet u etty...mummny to be kan? bgus sgt entry neh, suka baca utk wat rujukan bila deliver nanti...leh keep in touch always ya...see u again...do so follow me back...tq :)
aaahhh i hari2 minum soya yeos.ape blh buat..baby suka, mak pun layan....
uuuhh dadih...terliur
kita alami kekurangan kalsium...now preggy 4months...amik susu kambing tu pun okay kan...?
Post a Comment