baru baru, ijah kawan baik aku selamat bersalin anak lelaki. seminggu lepas tu, eena pulak. well, bila kawan kawan beranak ni, perkara pertama aku akan tanya adalah, susu badan [BM] ke susu formula [FM]. antara kawan kawan lain, ada yg dah campur, ada masih EBF [exclusive breastfeeding]. alhamdulillah. seronok aku dengar walaupun kadang kadang ada cerita sedih disebalik EBF journey masing masing.
ijah adalah kawan yg dah lama aku kenal. macam adik beradik sebab arwah abah kawan baik dengan arwah ayah dia. so memang aku concern habis lah bila dia ceritakan masalah dia. kekurangan susu. so yg mana aku tau, aku share dengan dia. nk suruh dia google here and there, macam tak dan kan. so aku sms je lah. paksa dia cari itu ini. haha.
okay, ini antara information yg aku dapat dari google. tak cukup ni, kalau nk tambah, cari sendiri.
1. sayur alfalfa
okay ini first time aku tau. dia macam taugeh. boleh baca dari sini. - http://ayhsaf-nur.blogspot.com/2011/01/milk-booster.html
2. longan kering
rebus tambah gula sikit, then minum. ni pun aku dapat dari link blog kt atas.
3. mee suah
ni aku tau dari lyana mk. dia cakap masa dalam pantang, dia makan ni untuk tambahkan susu dia. alhamdulillah, it works for her & baby fayyadh. [blog dia ada dlam list aku ni]
4. herbatussauda
5. pil asi
kalau baca dari forum susuibu.com, ramai kata berhasil, ramai kata takde apa apa perubahan pun. for me, it depends to our body itself. kalau tak serasi, tak payahlah continue. kalau serasi, boleh je amik. agak agak kalau baby cirit birit, ruam, hentikan. yeay, maybe it doesn't suits with your body. kesian baby kalau kita paksa juga. maybe ada alternatif lain.
pil ni boleh dapat kt kedai jamu. tengok kt bawah kotak tu, persediaan tradisional. haha.
6. the sacred tea
aku pun tak tau apa jenis tea ni. tp boleh tengok kt blog ni - http://ratuchummell.blogspot.com/2010/04/milk-boosters-reviews.html
7. horlicks
hohoho. ramai dah cuba ni. banyak juga yg berhasil. simple je kan, beli horlicks
8. roti
9. kurma
makanan terbaik kita, apalagi kalau bukan kurma kan....ada yg makan macam tu je, ada juga yg blend dengan susu. macam menarik je.
10. halba
ala ni yg kita letak kt nasi dagang ni.
11. oat
waaa ini antara milk booster yg terfamous jugak among mommies. nasib baik suka.
12. red dates - kurma merah
so far aku tak pernah jumpa yg raw red date. tp ramai mommies suggest minuman ni and it works!!! boleh try kalau sedap. nom nom nom
13. supplement shaklee
perasan tak yg botol besar tu alfalfa complex. tengok balik gambar yg first tu....
14. susu
ada susu untuk ibu yg menyusu badan iaitu anmum lacta. kalau tak suka susu gitu, minumlah susu apa jenis pun. asal susu yg terbaik. yg keluarkan susu yg terbaik, input kena baik jugak kan...
15. tempe
sumber protein.
banyak lagi milk booster. lain ibu, lain milk boosternya. kalau kita menghadapi masalah kekurangan susu, boleh try lah buat research dan experiment pada diri sendiri. kalau berkesan jangan lupa share kt blog
selain tu, jangan lupa doa banyak banyak semoga rezeki anak kita murah untuk dapatkan hak nya sebagai anak.
ini ada doa dan zikir untuk banyakkan susu ibu
eena kata memang ada cabaran. kita kena tabah untuk menegakkan hak kita sebagai ibu utk memberikan yg terbaik utk anak kita. jgn give up. yg penting hati dan pendirian kena tetap, mind set kena kuat berkata yg kita boleh bagi pada anak kita susu yg terbaik ni. berdoalah untuk menyusukan bayi kita selama 6 bulan pertama. kalau berjaya 6 bulan, ke setahun pula. lepas setahun tak salah untuk lanjutkan tempoh penyusuan ke 2 tahun pula. itu hak mereka.
selepas tempoh tersebut, tepuk dada tanya selera.
good luck to mommy to be, mommy and to myself.
6 comments:
Bguss entry eety...ada doa sekali...utk mummmy to be mcm With Julia nih pun patot amalkan awal2 lagi kan so nanti masa deliver senang nak menyusu...chaiyok2 :)
best baca2 kat sini...
thanks mak etty ;))
thanks sgt info2 ni..
and pagi tadi baru breakfast ngan jus kurma susu..memang terbaik...:-)
habbatus sauda pun selalu juga minum utk hialngkan ngan addicted nescafe..berkesan juga:-)
saye sekarang hari2 minum holick cicah roti..atau milo..setiap pagi dan malam minum susu kambing hi-goat.. kurma pon same.makan selalu..air masak kosong jangan lupe jugak..dan yg paling penting..mind set kene kuat..:) gud luckk dear..
Hehe... sy lak terjumpa milk booster saya ni secara tidak sengaja... nak tahu blh tgk kt blog saya...
http://marvix8.wordpress.com/2013/10/03/my-milk-booster/
Selain doa... ada zikir2 asmaul husna jugak yg blh diamalkan... :) pun ada dishare di blog saya... semoga membantu mommies semo... :)
Post a Comment