:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

:: mari ikut saya ::

Monday, February 7, 2011

my jerawat.............gone!!!

hello hello

dari tahun lepas [november] simpan dalam hati nk beli skin product yg best best. sebab kondisi muka tak berapa nk best kan. lagi lagi nk kahwin ni.

tp sebenarnya bukan sebab fikir nk kahwin, nak make up nampak cantik semata mata. apa yg menjadi kerisauan aku, apa penerimaan bakal keluarga mertua tengok muka aku kn. bakal suami lagi. takkan sentiasa nk pakai compact powder nk cover jerawat batu kan. sedih kt situ.

so pergi watson, beli eucerin untuk blemish acne skin. harga promo masa tu rm60 utk 1 set tu.

mula mula pakai macam okay. tp bila masuk bulan kedua, macam tak okay. jerawat makin banyak. tak tau kenapa. mak dah bising. najib pun sama. sedih bila orang cakap muka makin teruk. aku siap menangis lagi mengadu dengan najib. kenapa muka aku macam ni?

siap aku keluarkan ayat yg tak best tau. aku cerita terus terang je lah ng korang ye. untuk jadi pengajaran jangan pertikaikan kerja Allah SWT.
bukan nk bangga diri ke apa, tp aku pelik.

aku pelik sebab, aku solat kt office. maknanya aku basuh muka lah kt sepanjang office hour. tp jerawat still naik even aku basuh muka. tapi orang yg tak sembahyang kt office tu [mestilah makeup tak basuh basuh kn dari pagi sampai petang], muka licin je.

yea, aku jeles. dan tertekan sebab kenapa aku yg selalu basahkan muka dengan air wudu' diuji macam ni. orang lain tak sembahyang, cantik je muka.

astarafirullahalazim.........

aku kena marah dengan najib sebab keluarkan hujah hujah tu. najib kata aku takde iman sebab pertikaikan semua tu.

ye memang salah aku. tp aku sedih.

yelah. mungkin kalau korang kt tempat aku, korang pun rasa apa yg aku rasa.

so, mak suggested pergi klinik kulit.

mak pernah pergi klinik ni. sebab ada masalah kulit. lepas tu mak cerita lah kawan mak pun ada masalah jerawat sebab salah pakai product, pergi dan alhamdulillah, terus hilang jerawat. mak kata lagi teruk kulit muka dia.

at last, pergi jugak walaupun ada rasa was was. sebab aku yakin, kulit aku lain dari yg lain. orang lain okay, aku tak okay.


kena charge rm40.


doktor bagi 2 jenis pils which is kalau aku google, ubat ubat tu adalah untuk buang darah kotor dan vitamin. apa nama ntah. dan cream sapu.

doktor kata, sapu kt tempat jerawat je, tp aku sapu whole face. yelah whole face ada jerawat! doktor ada kata slowly parut pun akan hilang.

doktor kata masalah hormon je. dan dia nasihatkan jangan makan coklat. tu sebabnya aku berpantang coklat skrg ni. * kalau nak sangat, asal rasa je.

permulaan, macam takde perubahan. tp bila ubat dah nak habis semua, makin okay pulak. *betul betul lepas majlis merisik / bertunang paksa hari tu
seronok sebab eh mana jerawat ni. selalu kalau sehari tak tumbuh jerawat baru macam tak sah pulak kehidupan. tp sekarang, bukan takde, tp jarang lah. kalau ada cepat jelah aku tepek ng krim tu kan.

tapi, mungkin sebab kan ubat makan atau krim tu, muka dan kulit aku jadi sangat sangat kering. dah macam kulit orang tua! tp takpe. gap antara maghrib dan isyak, aku sapu dengan vitamin e oil. macam bio oil tu, tp brand apa ntah. so boleh lembapkan balik kulit muka orang tua tu. hehe.
* minum air masak banyak banyak.

adik aku yg wanie tu pun problem gak. aku suruh dia pergi. dia pun macam berminat sebab dia nampak muka aku berubah. cuma tak berani nk ambilkan ubat utk dia, takut tersalah masalah kulit. aku doa doa, dia ada masa nk pergi klinik tu.

tak caya?

meh tengok gambar.



dulu siang malam aku pakai bedak sejuk. konon nk bagi muka kering takde minyak. alih alih ada gak jerawat tumbuh. stress betul.
tu adalah hot spot jerawat selalu tumbuh. lagi lagi kt pipi. * tensi


ini adalah gambar terkini. gambar hari ini. tarikh 7 feb 2011. dah takde bedak sejuk sentiasa bertepek kt muka. gembira bukan main!


haaaa caya tak??? eucerin tu sekadar di luaran. pills tu untuk dalaman. yea, mungkin faktor darah kotor tu. Allah je tau.


alhamdulillah. pagi petang siang malam waktu nk apply semua tu, aku berdoa depan cermin,

''ya Allah, hilangkanlah, keluarkanlah segala kotoran, kuman di wajahku. hapuskan lah segala jerawat. jadikanlah mukaku bersih untuk pandangan mata bakal suamiku, bakal keluarga mertua ku...''


doa je tak henti henti dengan niat, aku mahu menyenangkan pandangan mata bakal keluarga mertua aku...dan semestinya bakal suami aku.


alhamdulillah. doa aku diperkenankan. rasa gembira.


cuma parut tu adalah sikit sikit. tp amazingly, hampir pudar....sebelum nk macam susah gila nk nipiskan parut kan. dan dulu macam ada lubang lubang hasil dari korekan. tp sekarang dah kurang jugak. insyaAllah kalau rajin sapu minyak vitamin E, lubang tu terkatuplah.


so, nasihat pada yg pernah bermasalah macam aku, jangan tunggu lama lama. pergi dapatkan khidmat pakar terus. jangan percaya pada produk kecantikan semata mata!

nk tau klinik mana???


klinik pee lee see, melaka. area kampung jawa. nk bagi exact landmark, aku tak berapa nk tau. google je nama klinik tu, ada alamat dia nanti.


dan jangan lupa doa sekali. insyaAllah, doa yg ikhlas Allah akan bantu.


dan paling penting, jangan pertikaikan apa yg Allah bagi pada kita tp tidak pada orang lain. ada hikmah semua tu. semua tengah menanti kita. ingat tu....

semoga dikekalkan ketiadaan jerawat ni...amin...


selamat berjaya dan be gorgeous sweetheart!!!



7 comments:

cikPija said...

waaa kite pon nk gi klinik gakla hehe..jerawat kite pon xmo brenti membiak haha

meowwmania said...

smoga mak etty semakin cantik berseri pasni *wink2*

~SESEMUT~ said...

tahniah from me.
bukan senang nak bagi kulit hilang dari jerawat.
tahniah again. make sure maintain makan jugak ok.
biar 'tersiksa' skrg demi wedding yg cantik.
paling penting jgn makan belacan. u'll see the different

e.t.t.y said...

cik pija - haaaa, mmg kena pergi. sebelum terlambat baik check. nanti dah berparut susah nk hilang. btw, mlm td mimpi cik pija..ngeh ngeh ngeh.

mm - wink wink juga....

sesemut - oh man, belacan is my favvy. kena lupakan sekejap lepas coklat...thanks anyway....=)

Anonymous said...

tie... ubt tu kne makan berterusan ker? kalo berenti mkn ubt, jerwt tu naik balik x? hehehe...

Perunding unit amanah said...

i pun banyak jerawat, parut. Pastu yg jadi problemnyaer keje i sentiasa berjumpa dgn org, so bila muka cmni i malulah, hilang confident tau...then 1 day kwn i suggest beli foundation kat cni http://riasanggunbeautyconcepts.blogspot.com alhamdulillah kurang ckit problem i

Unknown said...

boleh tahu tak apa nama cream ng ubt ??

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails