:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers
Lilypie Breastfeeding tickers

:: mari ikut saya ::

Tuesday, April 6, 2010

gila cengeng!

hello hello


aku serius tak boleh baca blog yg emo pasal kucing ke apa. lagi lagi kucing mati. hoh, boleh rosak keyboard aku kena air mata maria masin ni.

aku ikut satu blog ni. bukan jadi follower ke apa, ikut baca. bolehlah tahan best sampai aku bookmark page dia. so bila aku surf je, aku bukak blog tu.

beberapa hari aku tak buka blog dia, sekali harini aku buka, terjumpa entry pasal arwah kucing dia. ahhh, kat mcd ni, terus aku close. tak sanggup nk bergenang air mata kenangkan kalau jadi kt aku camne gamaknya eh.

i love both of them!!!!!!!! sayang sangat sangat. dan aku pasti, once aku kehilangan salah seekor dari dorang, aku pasti meroyan. tp tak tahu tahap camne royannya aku.

walaupun, orang lain kata anak anak aku tak comel, aku tetap sayangkan anak anak aku. lagi lagi si mell. dia datang ketika aku berharap sangat yg aku nk ada kucing tanpa aku bayar beratus nk dapatkan kucing yg cantik. ive got her for FOC. aku dah didik dia, tatang bagai minyak yg penuh.
adik, pun FOC. datang dalam hidup aku atas dasar belas kasihan kucing terbiar.

mereka walau tak comel kucing lain, tp mendatangkan rezeki pada aku.

minggu lepas, aku pergi kl, mak kata mell mengiau je malam malam rindukan aku. terharu aku dengar. tp mell tetap mell. macam daddy dia. bila aku takde, baru nk ngendeng2. bila depan mata haram nk kt aku. cisss

dah 2 hari ni, aku tak tau camne dia kt sana. harapnya janganlah sampai tak makan rindukan aku. dan harapnya jugak, bila aku dah balik, dia lupakan aku!

mell mell. dia dah gemuk sekarang. tak lah nampak yg perut dia kosong. ada masa masa je dia nk bermanja dengan aku. dari kecik sampai sekarang perangai tak ubah ubah.

adik pun sama. tp adik lebih manja lah dari mell. bila aku tidur, dia mesti nk tidur depan mata aku, gesel gesel hidung. hoh, nakal jangan cakaplah camne.
satu perangai pelik bila kt melaka, tempat dia minum adalah dari di aquarium ye. nanti aku upload gambar camne dia minum tu. bangun tidur je, tempat first dia tuju, akuarium ikan mak aku. hari first kt melaka, punya takut nk dekat, sekarang minum kt situ, tengok ikan sampai mengantuk pastu tidur kt situ. macam macam.

mell satu lagi update, ada kudis kt batang hidung dia. dari mana dapat aku tak pasti. tp last aku tengok dia pagi semalam, dah kering sebab aku letak minyak gamat. lupa nk bawak krim luka tu. pastu kt telinga pun merah merah. aish pelik aku datang dari mana kuman kuman tu semua. pastu minggu lepas, dia sakit mata. bila kita tengok mata dia, warna kelabu. tp dalam mata yg warna putih tu, turns to warna merah dengan urat urat yg banyak. risau gak ni kalau buta ke apa kan. duit tengah takde ni, dengan daddy nya pergi sabah. tapi lepas sehari dua, okay. mula mula mata kiri, pastu jangkit kanan. dan sekarang, dah okay mata tu.

update dua dua sekali. pantang bukak pintu. cepat cepat lari tak cukup tanah. kesian betullah anak anak aku ni. bila dapat keluar, terpancar seri dalaman aura seri lah bagai. cepat cepat lari naik tingkat atas. lepak situ. aku bukan tak bagi keluar, tp aku takut dia berak rata rata atau rosakkan bunga hidup segan mati tak mahu auntie depan umah tu. segala anak pokok nk gigit. tp yg paling risau, takut orang kidnapp anak aku!!!! atau dorang turun bawah laju laju pastu kena langgar ke apa kan. omg!

aku cakap1: terima kasih mak, walaupun mak tak baca blog ni


bubye pengantin~to~be - take care!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails