:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers

:: mari ikut saya ::

Friday, April 30, 2010

zaman kanak kanak.

hello hello


aku rasa macam nk ajak mak balik kampung kt perak tu, tinggal lama lama. yelah, dulu masa aku kerja, nk balik pun jarang. dah lah jarang balik, kalau dapat balik pun sekejap je.
rasa tak puas nk main tanah kampung, panjat pokok kelapa.
nk pergi kubur abah, embahtok ng embahlain.

dan teringin sangat nk pergi kubur opah ng atuk kt parit 11. haish.

aku batak bila balik kampung. masa tu, aku tak kisah nk berjemur, nk ikut wak aku pergi kebun belakang rumah. tak kisah bergelumang dengan lumpur [okay tu tipu sebab parit dah rata], tak kisah jatuh buntut dulu sebab nk tarik ubi kayu. nyum nyum.
semua tu tak kisah sebab aku suka.

well, aku memang dibesarkan kt kampung pun. habis spm baru aku pindah ikut mak ke melaka. kiranya, adik adik aku dah jadi orang bandar dulu dari aku.

hidup kt bandar dengan kampung, takde pun beza mana. kt kampung, macam bandar jugak. tak lah ulu sangat kan. tiap tiap minggu aku dating kt pekan teluk intan tu.

masa kecik, aku lebih suka kalau balik parit 9 which means tu kampung belah mak aku. gila damai parit 9 tu compared dengan parit 5. ooo aku tinggal kt parit 5 ye.
parit 9 ni kira pendalaman tak pendalaman sangatlah. rumah arwah opah & atuk aku, rumah paling hujung dan sunyi. depan rumah mak lang aku, ada ban yg bermaksud tanah tinggi nk halang air sungai masuk parit. haaa acilah maksud tu eh.
seberang ban tu, ada sungai yg ada buaya. scary tak???

dulu pernah, aku dengan sepupu yg lain [masa kecik kecik lah], naik satu bot enjin. kitaorg cari siput. best gilaaaaa kot pengalaman tu. siap nampak buaya ternganya. tp sebenarnya aku tak sure tu buaya ke biawak!!!!! kakakaa

pastu kt ban tu, ada tali air. macam empangan lah. ada satu perlakuan tradisional nk tangkap udang.
nama dia, mengancor.
ada tangguk besar, rendam dalam air, pastu angkat. banyak udang ditangkap. udang saiz s je kot masa tu. tp heaven lah..
mana nk dapat lagi pengalaman macam tu kan.

sepanjang ban tu, ada banyak pokok. haaaa, situ pulak ala ala safari. ada monyet ke lotong ke aku pun tak sure. banyak gila.
pastu kt situ jugak kandang lembu @ kambing pakcik aku.

kt hujung kampung, nunnnnnn di sana ada lagi satu tali air mini. ceh siap mini. ingat mini fountain ke? kt situ, air jernih. air parit je pun, tp best gila feeling air terjun yg mengalir sepoi sepoi bahasa. eh????

petang petang je, berkubang atau istilah bandar, berkuak lentang, dalam parit sebelah ban tu. dulu air parit bersih. dasar nya pasir bukan lumpur. wahhhhh....bestnyaaaa!!!!!!!!!!!!!!!

dah penat mandi mandi, panjat pokok pelam @ mangga. buah yg kecik kecik tu. makan kt bawah pokok tu jugak, tak payah basuh terus makan pun selamat. hoh, soooorga!

pastu, pernah dengar buah rokam tak??? pergi google eh cari camne bentuk dia. tapi syg, sekarang dah takde kot buah tu. kalau nasib baik, aku masih boleh jumpa kt parit 9. panjat dan terus makan. terbaik dari ladang mak lang.
kalau kaum ibu ibu rajin, dorang tolong buatkan sambal kicap. jadi kami yg budak budak ni jadi tukang panjat dan tangkap buah rokam tu. aishhh tiba tiba terliurrrrr.

masa tu, keadaan luar rumah lagi seronok berbanding hiburan tv dan radio. masuk rumah untuk minum je. pastu keluar balik...main.

dulu, masa kecik kecik, aku ng wanie lah macam sepupu yg kaya sikit dari dorang. memandangkan abah bisnessman, pastu ada kereta, dah kira kayalah tu walaupun tak lagi kaya sekali. kira macam senang lah.
ada antara dorang yg tumpang rumah aku. kak wati tak silap. pastu abang ulai. haih nama timang timang sangat comel.
bila birthday aku, abah jemput dorang datang parit 5. dari kecil sudah dimanjai dengan party. nasib baik dah besar bukan kaki party.

aku rapat dengan sepupu belah abah. cheyah, jaja, nurul, kak ijan dan [semua yg takkan aku nk letak nama sorang sorang kot], tu semua belah abah lah.
belah mak, eton, kak zaimah, along elly, emi, kak zura, abg ulai, abg endoi dan lain lain lagi. [skema]
tp bila sekali sekali jumpa cousin belah mak, kt atas tu lah aktiviti kami.

urmmmm, mana nk dapat lagi pengalaman macam ni kan. kami semua pun dah besar panjang, dah beranak pinak. alangkah seronoknya kalau kita punya kuasa nk putar balik masa. masa hanya untuk seronok dengan sepupu sepupu.

aku rasa, bila aku dah anak nanti pun, dia takkan dapat rasa nikmatnya masa zaman aku dulu.


aku cakap1: aku rasa nk taip pasal lain, tapi tercerita pasal ni pulak.







bubye pengantin~to~be - take care!

2 comments:

sI tEDI said...

he he he he..

InsyaAllah, kenangan boleh berulang!

Papa meow said...

Heheh... btl tu :D

Meow2 ziarah lagi hehe...curi2 masa jengok belog. :D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails