:: the real love for us.... ::

Daisypath Anniversary tickers

najib & etty

Daisypath Anniversary tickers

:: tunang~tunangan ::

Daisypath Anniversary tickers

:: umar raihan ::

Lilypie Third Birthday tickers

:: mari ikut saya ::

Thursday, July 14, 2011

teman suami kerja overtime. hehe.

hello hello

hari sabtu lepas, merasalah jadi PA sekejap untuk najib. sebab aku teman dia pantau kerja dia. yelah, kerja pegawai persekitaran ni, kena jugak kerja hujung minggu bila diperlukan. kacau masa kami suami isteri. * kami weekend husbandWife.

aku emo sikit masa dia kata kena pergi office. yelah sepatutnya kami ke seremban. ada kenduri kawan ayah mertua. anak datuk. so aku dah imagine aku nk pakai baju vogueeee gila. lepas tu imagine aku dapat w-favor yg best gileeeeee....aaaah best best. semangat gosok baju. *tipu, baju tu tak payah gosok pun.

sekali..............punah angan angan aku tu. merajuk masuk bilik air. booooo tak malu merajuk tak dpt pergi kenduri anak datuk, masuk toilet. booo lagi.

turun masak lunch dengan adik ipar.

siap masak, naik atas balik. jenguk orang yang punahkan angan angan aku tu. eh tido lagi.

lepas tu, tak malu pulak. dia pulak yg merajuk dengan aku. ahhh sudah.....baby besar kena dipujuk jugak, kelak merana diri. hahahahahhaha....

biasalah kena tarbiah sikit. aku tunduk kepala je lah...kena taat suami katanya.....*amboi, ko buat protes merajuk masuk toilet boleh pulak. hahahah

so aku merelakan pemergian overtime suami. sob sob sob.

sekali masa kt bawah tengah lunch, najib kata ''nak ikut i ot tak??''

wahhhh pucuk dicita ulam mendatang. walaupun ikut pergi buat pantauan sampah, asalkan di sisi suami, aku rela. wahhhhh gitu...

terus siap siap gosok baju bagai. najib naik atas terkejut tengok aku gosok blouse. ''eh apa susah gosok ni, tak turun kereta lah. buat pantauan je''

haahhahahhaha mak over nokkkkkkkkkk.......

malu gak, tp dalam nada sinis aku menjawab.....''ala biarlah....jap g mesti singgah mana mana tu''
padahal muka dah merah malu dicop beria beria ni. =)

siap siap, kami menuju lah ke destinasi.

tugas aku, catit nama tempat sampah yg belum dipungut dari ke rembau, pedas, lubok china & tempat tempat mana lagi ntah. memang berjalan jelah. dan penting, memang tak turun kereta! =P

sempat lagi singgah beli durian kt rembau. syok gila tengok orang gila borong durian. durian kampung paling aku suka! siap kalau beli yg rm5 punya, ada warranty. kalau balik rumah durian tu tak elok, keras ke apa, boleh pulangkan balik. haha. cool kan....siap dapat discount lagi....

paling best kt lubok cina tu lalu kampung yg memang tradisional gila. penuh halaman rumah dengan pokok durian, siap gayut gayut durian belum masak. ah heaven gila dpt duduk kampung dikelilingi oleh pokok durian kesayangan dan kegemaran....hihi....


balik rumah, apa lagi, kekah kan durian lah.....yg mana kitaorang beli rm5 tu pastikan semua merasa. yg hantu durian kt rumah mertua tu, aku, najib ng along je. yg lain lain tu sekadar makan bukan pelahap macam ktorg. tp mengenangkan takut ada sesuatu di dalam perutku, maka ku tahan jebatttt!!!! *tapi takde pun. theeeeeeheeee


so begitulah. nk kata gedik, tak lah gedik sangat. bukan aku yg nk ikut, suami yg ajak. tp bagus jugak, kalau dia pergi sorang, mesti dia penat buat pantauan tu berjam-jam takde org tolong nk catit nama tempat sampah. lepas tu balik rumah mesti gila babeng punya penat. ni kitaorang balik happy lah takde nk penat ke apa, siap kenduri durian.....




hehe....lepas ni kalau nk pergi ot, ajak i ye suami........


malam - pergi kenduri potong jambul jiran rumah tampin - layan dvd kl gangster sambil sambung balik makan durian. * KL gangster tu best rupanya. tp biasalah, mamat hero tu poyo. bukan seth*an....=P

3 comments:

Chika said...

Tempat seorang isteri adalah di sisi suaminya.... see, dpt makan doyan lagi tu.... hehehehe

e.t.t.y said...

cik chika - hehehe. ni suami isteri gedik nama ey.

Misz Pinkie Winkie said...

sedapnya doyannn ;)
lin pon baru pas bedal 3 bijik

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails